Jumaat, 11 Jun 2021

Memancing di Pulau Puaka


Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke memang takde. Jadi aku develop hobi baru. Memancing. Locals dekat pulau ni rata-rata setiap rumah ada bot/perahu sendiri. Kalau kene buang keje ke, derang akan turun laut jadi nelayan dan salah satu sumber utama pulau ni perikanan. 

Selalu nya kami memancing malam. Keluar jam 5 petang balik esok subuh nya. Atau kami sambung lagi mancing pagi di pulau pulau. Kalau pagi tu mancing ikan karang lah. Kerapu, ketarap dan lain lain. Kalau mancing malam ni macam ikan merah, kaci, pari, duri dll. Ikut la rezeki dapat apa. Kadang-kadang balik kosong je. 

Local dekat pulau ni navigate atas laut manual je. Takde nye pakai GPS. Sebab dah tempat derang membesar kan. Jadi derang tau la lokasi pulau pulau ni. Tak pun tengok bintang untuk tau arah. Dan jugak rumah api. Jadi rumah api ni sebenar nya penting untuk tolong kapal kapal besar/tongkang untuk navigate masuk ke port. 

Banyak pantang larang dekat bila dekat laut ni yang orang local di sini cerita. Aku tak ingat semua. Yang aku ingat macam jangan tegur kalau nampak benda  pelik dekat laut. Macam ada orang lari ke atau perempuan bawak anak ke jalan atas permukaan laut. Jangan komplen ikan apa yang kita dapat, kalau kecik tu kecik lah. Kalau tercium bau pelik macam wangi ke atau sangat hanyir ke, diam je. Kalau nampak ‘ancak’ di laut tu, jangan la usik atau pegi ambik makanan tu pegi makan walaupun lapar sangat. Ancak tu makanan yang letak atas daun pisang dan di hanyut kan ke laut untuk persembahan hantu laut. Boleh google. Ada banyak pantang lain yang local sini cakap, tapi aku dah lupa. 

Perjalanan tempat kami memancing ni agak jauh. 2 jam gak perjalanan atas laut. Keluar pukul 5 sampai dalam pukul 7 di lokasi. Jam 7 ni kira gelap jugak, macam jam 8 di Malaysia. Masa perjalanan pergi tu pemandangan dia sangatlah cantik. Kiri kanan ada pulau, ada bukit bukit. Aku perasan ada satu rumah api dekat pulau kami tu sebelum kitorang keluar ke laut lepas. Jadi rumah api ni jadi penunjuk untuk kitorang masuk ke pulau balik. 

Dan masa tu bot kami je yang keluar. Masa pegi tak nampak pun bot lain pegi. Masa tu masa malam pasang lampu memang kitorang je ada. Tak tau la pulak kenapa orang lain taknak keluar. 

Dan malam itu rezeki kami tak bagus. Arus bergerak laju sangat tak macam apa yang kami predict. Tide table dah tengok dah sebelum plan dan kami jangka arus tak selaju ini. Tapi sayang nya arus memang selaju laju nya, dah berapa kilo bandul letak. Tetap hanyut. 

Jadi masa tengah malam tu kami cadang untuk balik je la. Sebab memang tak boleh mancing pun. Habis kan makanan dulu bekal yang kami. Tekong start enjin dan kami pulang. 

Masa kami pegi tu visibility tak bagus. Tengah jerebu. Ala sebab bakar ladang sawit tu dekat sumatera. Bintang dekat langit pun tak nampak. Jadi navigator kami ikut perasaan hati dia je untuk balik. Tapi apa yang kami perlu bila nak masuk  balik pulau adalah rumah api. 

Tiba tiba tekong kami tu stop kan boat dia. 

“Kau nampak tak apa aku nampak?” - Tekong cakap

“Apa yang kau nampak?” - kami tanya dia balik

“Tuuuuu” - dia tunjuk keliling kami

Dan apa yang kami nampak, sekeliling kami ada banyak lampu rumah api. Dalam puluh puluh la. Sepatut nya ada satu je. Sayup sayup je, sebab masa tu tengah jerebu. Ah sudah macamana nak balik ni. Silap silap kami berpusing pusing je dekat laut tu. 

“Jadi macamana ni?” - tanya tekong tu

Lepas fikir fikir tu. Kitorang decide untuk stay je di mana kitorang berada. Sebab tak boleh nak decide, lampu patut ada satu je tapi jadi puluh puluh. Keliling pulak tu. Arah mana kitorang nak tuju ni. Memang confuse lah. Lagi pun takut minyak habis. Labuh kan sauh dan kami tidur je, mood mancing pun dah takde. Seram jugak masa tidur tu. Dekat tengah laut ni kalau yang biasa pergi memang takde bunyi langsung, senyap je. Deafening silence. 

Nak kata seram sangat cerita ni tak la. Tapi masa tak dapat balik tu takut jugak la. Sebab kami taktau apa niat ‘benda’ tu nak kacau kitorang. Sampai tak bagi kitorang balik dari laut. Nasib baik haritu cuaca baik. Takde ribut. Kalau ribut, tak tau la mana kami nak tuju. 

Masa tu subuh jam 4:30 pagi kitorang tunggu cerah sikit dalam 5:15 dah balik. 

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...