Memaparkan catatan dengan label Pontianak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pontianak. Papar semua catatan

Ahad, 13 Disember 2020

Puntianak Saka Moyang


Kejadian berlaku pada tahun 2011 masa tu aku berumur 17 tahun. Arwah nenek moyang (sebelah datuk) aku masih hidup lagi ketika itu. Aku dan family aku akan sentiasa melawat moyang di rumah makcik aku ( teh mah) di Kl.. 

Nenek moyang aku ni dah uzur sangat umur arwah masa tu 90 tahun.. Arwah dah tak boleh jalan cuma mengesot je kalau nak pergi mana².. Seluruh rambut nya berwarna putih dan diikat kemas. Rambut nya tidak pnjang cuma paras bahu.

Satu hari , semasa kami sekeluarga melawat teh mah dan moyangku , tiba² teh mah dan anak² nye buka cerita pasal moyangku yg membuat kan kami satu family kecut perut. Kami satu family ni penakut.

Teh mah bagitahu kami yang moyangku waktu malam akan berdiri tegak dan akan ketuk pintu kuat² setiap bilik cucu² nya termasuk bilik teh mah aku.. Dia akan merayu panggil cucu² nya untuk buka pintu , sebab nak masuk bilik diorang. Anak² teh mah setiap malam akan menangis ketakutan. Moyangku akan memanggil sambil merintih mendayu² bayangkan lah moyangku tu tak dpt berjalan dan tiada kekuatan tapi macam mana dia boleh berdiri tegak dan berjalan² waktu malam ? 

Waktu siang , moyang aku akan makan banyak kali seperti org kelaparan. Dia akan sentiasa lapar dan lapar lagi. Kebanyakan org² tua yg uzur takkan makan bnyak.. cuma makan untuk hilangkan lapar sahaja. Tapi moyang aku lain ,  Kami yg tengok pun rasa takut je. Kadang kala dia akan makan dengan rakus dan akan bagi pandangan tajam dekat kami. Padahal arwah mata nya sudah sepet.

Malam tu , aku dan adik2 ku bermalam di rumah teh mah. Kami tidur di ruamg tamu bersama moyangku. Tapi jarak kami jauh juga  lah dari arwah. Kami tidur asing².. Aku tak dpt lena masa tu , aku sempat tengok jam pada handphone.jam menunjukkan pukul 3 pagi.. Tiba² , arwah mengesot dari tempat tidur dia nak pergi dekat aku n adik² aku.. Aku nampak je arwah mengesot.. Aku terus sorok dlm selimut. Tapi masih boleh nmpak arwah. Kalini arwah berdiri tegak dan rambut nya mergerbang dan panjang. Dia bercakap tapi dengan nada yg perlahan seperti berbisik. Arwah cakap dekat aku , dia perlukan pengganti dia dah tua tak mampu.. jadilah pewaris dia. Masa tu juga aku menjerit ketakutan.. Semua terjaga dan masing² terkejut dengar jeritan aku , dorang terus buka lampu. Alangkah terkejut nya aku tengok moyang ku tengah tidur lena.

Sebulan juga aku tak melwat teh mah. Takut punya pasal.. Petang tu, kami dapat berita moyang telah meninggal dunia. Kami sekeluarga terus bergerak ke rumah teh mah. Masa tu lah kami tahu yg arwah membela saka tujuan nya biar lah aku saja yang tahu. Semasa tenat arwah nak buang semua saka yg ada. Teh mah mencari pengamal perubatan. Selepas proses membuang saka arwah meninggal dunia walaupun agak susah untuk arwah "pergi"



...................  


Selepas arwah meninggal aku fikirkan tiada gangguan.. tapi sangkaan aku silap.. setiap malam aku akan bermimpi benda yg sama dan berulang.. situasi nya aku di ruang tamu rumah teh mah dalam keadaan gelap gelita.. aku berdiri tegak dan akan ada suara bisik dekat aku " akan ada menunggumu genap umur mu 18 tahun. Terima lah ambil lah dan biar ia sebati dengan mu". Terus aku tersedar dari tidur dan badan aku berpeluh teruk.. mimpi apakah ini ??

Hari² aku mimpi benda yg sama... sampaikan aku benci waktu mlm.. aku takut nak tidur.. sebelum tidur mesti aku dengar bunyi org mengesot.. sama bunyi nye seperti arwah buat tiap kali dia mengesot.. yg pelik aku sorang saja yg diganggu... 

Genap umur aku 18 tahun.. pada mlm hari jadi aku , aku mimpi kan arwah moyang aku... berdiri tegak di dapur teh mah... moyang aku tunduk secara perlahan² dan cuba untuk merangkak ke arah aku.. dari muka moyang aku tiba² berubah menjadi mkhluk yg teramat hodoh... muka makhluk tu betul2 depan muka aku... muka nya hitam hancur isi nya terkeluar tiada mata dan rambut mengerbang... makhluk tu menjerit ke arah aku..  "Terima aku , aku warismu.. aku akan jaga mu aku adalah darah dagingmu ambil lah aku" .. Aku terus tersedar dan melihat tgn aku penuh dengan kesan cakaran.. 

Akhir nya , aku buka cerita juga dekat family aku.. mak aku cepat² bawa aku berubat jumpa salah seorang pengamal perubatan seorang ustazah.. Ustazah tu potong limau nipis dan pegang kepala aku smbil baca ayat suci Al Quran...  "hmmm.... seram nya dik muka yg ganggu kamu ni.. macam mana lah kamu boleh tahan gangguan tiap² mlm.. takpe lah kita usaha buang dia".. ujar ustazah tu.. ustazah tu sendiri rasa muka "benda tu" terlampau seram.. 

Ustazah meminta aku untuk mandi 7 air kolah masjid , 7 jenis bunga , mandi bersama kain putih dan mcm² lah cara untuk halang benda tu dari gnggu aku.. "asal nya dia pontianak yg terbang di hutan , tetapi disebabkan arwah moyang kamu "ikat" dia.. dia lupa asal usul dia iaitu terbang sebab tu dia dtg kepada kamu dgn merangkak ".. tambah ustazah tu lagi.

Alhamdullilah , dengan izin Allah.. saka tu dibuang jauh dari aku dan diterima oleh sedara jauh aku.. 

Sepanjang berubat , ustazah bagitahu kami yg dia teruk diganggu.. pontianak tu akan dtg kepada nya dan menjerit "jgn cmpur urusanku" ,dia keturunan ku" .. ustazah tu baca ayat² suci Al quran dan pontianak tu terus menghilang.. nasib baik usztah tu tetap membantu aku.  

*arwah moyang aku ni masa hidup dia sentiasa pakai rntai loket.. tak pernah tinggal.. ketika arwah tenat, dia sempat suruh pengamal perubatan buka rntai loket nya dan arwah terus meninggal... tapi aku tak tahu apa kaitan nya arwah dan rntai loket tu. SEKIAN.


Selasa, 8 Disember 2020

Langsuir Berkenan Pada Suami


Cerita ini berlaku sewaktu kami bercuti di Cameron Highland. Selalu saya pi cameron mesti ngan family, tak berani nak pi berdua ngan husband.. so crita dia cm ni.. first trip kami stay kat SA Apartments @ Desa Anthurium (tanah rata) 

Ada 3 bilik, saya dan husband pilih master bedroom.. kat sana saya x nampak apa2 cuma feel suram sgt.. Adik dok bilik no 3, dia asik bagi tahu yang dia rasa seolah-olah ada org memerati. Naluri hatinya rasa seperti yang memerkati itu adalah seorang perempuan.. Tapi kami tak endahkan la sbb nk enjoy trip ni.. lagi pun dok semalam ja..

Selepas semua selesai kami balik ke Kedah, hantar parents balik, pastu kami pon terus balik la rumah kami.. Mlm tu tak ada apa2 lagi.. Keesokkan mlm pula, kol 3 pagi,saya pi la toilet dapur sbb toilet bilik paip rosak.. Masa nk masuk bilik tolak pintu terkejut lah saya..jadi jem kat tengah pintu..terpaku saya apabila nampak suami tidur terlentang, dan atas suami ada seorang pompuan sedang duduk, baju makhluk itu putih lusuh, rambut panjang serabai/kusut sedang perati suami saya.. Posisi mcm nak berhubungan intim.

Saya dok berdiri ni tengok saja dia..Ketaq menggigil habis badan...Start la baca ayat kursi bagai.. dalam dok baca ayat-ayat Al-Quran terus dia hilang.. Last2 buka lampu tidur...

Keesokkan harinya saya bgi tau la kat husband, dia terkejut la, dia kata memang dia mimpi semalam. Ada pompuan dok goda dia, cantik gila...

So maknanya benda tu ikot blik kami suami isteri.. tak tau sebab apa dia ikot.. mungkin bekenan kat husband kot, seriau ehh...


Waze Bawa Ke Alam Hantu

 


Bulan Julai lalu, Milaa serta keluarga telah membuat keputusan untuk pergi percutian sehari (short vacation) ke Cameron Highlands. Awal pagi lagi Mila dah bertolak jadi sampainya kat Cameron Highlands dalam jam 12-1ptng macam tu la sebab jalan jem. 

Puas jalan2 dekat Cameron Highlands, tengok jam dah pukul 6 lebih. Jadi kami buat keputusan untuk pulang ke rumah sebab kedai2 pun dah mula tutup. Perjalanan pulang atau nak turun dari Cameron Highland agak mencabar bagi kami sebab jalan pun gelap gelita dan jalan tar yang berlubang serta jalan tak rata. Sebelum ni kenalan Mila pernah cerita yang jalan Cameron Highlands tu keras sebab banyak berlakunya kemalangan jalan raya. 

Disebabkan ada budak kecil sekali dengan kami, saya mintakan suami untuk memandu dengan lebih cermat. Nak turun ke lebuhraya utara selatan tu memang makan masa yang agak lama tambah lagi atas faktor hujan. Tengok jam kami turun ke lebuhraya utama dah pukul 9 ke 10mlm. Selalunya waktu balik dari pulau pinang Mila memang tak pakai waze biasanya tengok papan tanda ja. Entah kenapa masa ni suami suruh buka waze sebab nak tengok jarak dan nak elak jalan jem dan senang nak monitor jika ada sebarang halangan di jalan nanti. Bila semak dalam waze, jalan yang kami akan guna tu lebuhraya rawang. Jadi ok la sebab jalan tu dah biasa guna walaupun waktu lewat malam. 

Entah kenapa, tiba2 jaa waze tukar jalan ( xbiasa jadi mcm nie selama guna waze 3 tahun lebih). Jalan tu bawa kami ke susur keluar atau exit entah tak ingat exit berapa. Jalan tu sunyi gila walaupun ada lampu. Memang tak ada kenderaan lain di belakang sampai nak bayar tol pun. Masa tu Mila ada berhenti sekejap lepas tol tu sebab nak amik susu kat booth. Tak tau la dari mana mai seekor kucing hitam yang cuba nak masuk dalam kereta. Nasib baik mak mentua halaukan daripada kucing tu masuk kereta. Dah la Mila takut kucing tambah pula kucing hitam. Kucing tu pula pi duduk kat tengah2 jalan sambil pandang tajam ke arah kami. Jadi kami pun gerak cepat2 sebab dah rasa cam x sedap hati. Mungkin sebab jalan sunyi. 

Dah gerak ke depan sikit, dekat pembahagi jalan tu ada sebuah pondok pak guard ( tapi dah usang dan tak ada orang). Dari jauh dah nampak pondok tu gelap jaa, dah dekat pondok tu Mila pandang ke arah dalam pondok tu memang terkejut beruk sebab nampak kelibat sesuatu kat dalam pondok tu. Bukan manusia ya, memang hantu tapi tak dapat nak gambarkan macam mana rupa dia sebab nampak macam asap hitam tebal sedang berdiri dan terapung sikit dari lantai. 

Dah jalan ke depan lagi, booth kereta pulak terbuka ( tak pernah jadi macam nie, masa kat tol tu dah double cek booth). Jadi behenti sat kat tepi jalan dan pi tutup dulu baru getak balik. Korang nak tahu tak jalan ni memang tak pernah laku sebelum ni dan dah dekat 15 minit kat jalan ni tak ada pun kelibat kereta ataupun orang. Cek waze jalan tu menghala ke kuala kubu bharu. Padal jalan tu lagi jauh compare dengan jalan highway rawang tu. 

Masa ni walaupun dah tak sedap hati, kami masih meneruskan jalan. Tapi dah ke depan sikit boleh pi nampak kak ponti kat tepi jalan pulak dah. Tapu Mila diam ja walau dah nampak sebab tak nak takutkan orang dalam kereta. Dah ke depan ladi sikit ambik hang jalan gelap gelita pulak dah mula. Dah la tak dak orang lalu tambah pulak gelap gelita sebab tak dak lampu jalan. Jadi akhirnya amik keputusan patah balik jaa sebab dah boleh rasa jalan tu keras lagipun jalan kuala kubu bharu pun memang gelap waktu malam. Sebab ada budak kecil dengan kami, kami amik keputusan patah balik jaa. Balik rumah malam tu memang tidur pun tak tenang dan keesokkan hari Mila renjiskan air kunyit sekitar kawasan rumah dan asapkan rumah dengan kemenyan hitam. Lepas daripada tu semua dah ok tak dak lagi mimpi. Memang dah serik dan lepas ni memang tak nak guna waze dah. 

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...