Assalamualaikum semua.Kali ini aku nak story satu kisah seram yg berlaku pada aku masa aku form 2 dulu.Sebenarnya dah lama aku simpan kisah ni tapi hari ni aku terasa nak share dengan anda semua.
Aku ni masa dulu bukanlah kategori orang yg terlalu berani dan bukan juga kategori terlalu penakut.Kiranya half half.
Masa tu kalau tak silap aku baru berumur 14 tahun. Asrama ni letaknya di Pahang. Aku dah start bersekolah dan tinggal di asrama tersebut sejak dari tingkatan satu lagi. Kiranya masa kejadian aku dah senior sebenarnya.
Masa aku tingkatan satu tiada pula aku atau pelajar aspura (lelaki) diganggu, walaupun asrama aku ni boleh dikatakan ada saja berlaku kes histeria yg melibatkan pelajar-pelajar aspuri (perempuan).
Biasanya kes2 histeria ni akan berlaku menjelang maghrib ke atas. Kebiasaan yg sering di ganggu adalah ketika waktu pelajar aspuri nak study group di dewan asrama. Time tulah akan berlaku.Mulanya sorang lepas tu berjangkit pula kadang2 sampai berbelas orang.
Pelajar aspura pula hanya mampu melihat sebabnya kami pun tak tahu nak buat apa kecuali melaporkan pada warden asrama. Oleh sebab kerap terjadinya kes histeria akhirnya pihak asrama bertindak memanggil beberapa orang perawat datang membantu bagi memulihkan asrama kembali.
Setelah ikhtiar dibuat, alhamdulillah asrama kami kembali aman tanpa ada sebarang gangguan histeria dalam tempoh hampir setahun. Kami semua ingatkan asrama kami dah tiada gangguan makhluk halus ni,tetapi rupanya tidak.
Kisahnya bermula pada satu malam di mana masa tu kebanyakkan pelajar sudah hanyut dibuai mimpi,cuma tinggal aku dan Fazli saja yang masih belum tidur memandangkan kebetulan malam tersebut kami ada kerja sekolah yg perlu kami siapkan segera.
Waktu tu jam kat dinding dah menunjukkan hampir pukul 1:00 pagi. Rasa aku ni lah paling lewat aku berjaga.
Tengah asyik kami buat kerja sekolah dalam bilik, tiba-tiba aku terdengar ada bunyi seperti sesuatu jatuh di dalam bilik kami. Bunyinya umpama benda kecil jatuh atas lantai. Mulanya aku ingatkan aku sorang je yang perasan bunyi tu, rupanya si Fazli pun dengar.
Kami pandang belakang dan cuba lihat jika ada benda yg jatuh tetapi tiada apa yg pelik, walaupun tuhan saja yg tahu bagaimana perasaan aku time tu.
Kami sambung balik kerja kami walaupun aku tahu yg Fazli ni mula takut tetapi saja je dia taknak tunjukkan.Dan aku juga pun sebenarnya dah kecut tapi cover buat2 berani.
Tengah kami asyik buat kerja bunyi lagi benda jatuh ke lantai.Tapi kali ni lebih kuat dan lebih jelas.
Masa tu aku dan Fazli berpandangan antara satu sama lain. Masing2 dah mula start menggigil dah.. Kepala otak aku dah mula dapat agak benda apa yg tengah kacau kami ni.Aku dan Fazli mula pandang ke satu sudut yg kami rasa dari mana bunyi tu datang.
Masa tu dalam kesamaran lampu bilik yg tak berapa nak terang tu kami mula terlihat ada sesuatu susuk lembaga di tepi loker di hujung bilik kami.Loker tu betul2 di tepi tingkap bilik .
Yg paling tak sedapnya hati kami lembaga tu berwarna putih keseluruhan tubuh badannya
Mukanya pun bertutup dengan kain putih.Aku rasa korang tentu dah dapat agak hantu apa.
Lutut aku menggigil masa tu..Niat nak menjerit tapi suara seolah2 macam tiada di kerongkong.Si Fazli pula dah mula menggigil ketakutan.
Lembaga putih tu terus bergerak dalam keadaan melompat setapak demi setapak kearah kami.Masa tu bau kapur barus mula menusuk ke lubang hidung kami.Dup..Dup..Dup!! Bunyi ia melompat.Setapak demi setapak..Kalau diikutkan kuat sangat bunyi ia melompat tapi pelajar yg lain sorang pun tak sedar.
Aku dah mula panik. Apa nak buat ni. Nak lari kaki rasa macam lembik dan kena paku.Entah macam mana tiba-tiba ada sesuatu gerak hati datang menyuruh aku melaungkan azan.Sepantas itu aku seolah2 mendapat kekuatan untuk melaungkan azan sekuat hati.
Aku pun terus azan..Masa tulah aku lihat lembaga putih tu tiba2 berhenti dari melompat dan perlahan2 hilang dari pandangan kami.
Selepas je hilang terus aku dgn Fazli tidur berkongsi katil sambil kami berdua tidur berselubung sampai ke pagi. Besoknya kecoh bila budak2 dorm aku terkejut tengok kami tidur satu katil dalam satu selimut.Lantaklah apa tanggapan diorang,yg penting kami selamat.Pagi tu kami tidak kesekolah sebab badan rasa macam nak demam, lebih2 lagi Fazli teruk demamnya. Sejak kejadian tu aku dengan Fazli tidur memang akan berselubung masing2 dan dah tak berani lagi nak buat kerja lewat malam dan yg penting kami tak nak tangguh kerja lagi sebab kami akan cuba siapkan kerja sekolah awal.
Itulah antara pengalaman seram aku tinggal di asrama.Insyaallah ada peluang lagi aku kongsi lagi.