Memaparkan catatan dengan label Cerita Bersiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Bersiri. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2020

Cerita Seram Bersiri 1


Impian pertama apabila masuk gerbang perkahwinan adalah hidup bersama teman hidup di rumah sendiri. 

Aku melangkah kaki dirumah sewa suami yg ketika itu bekerja di kilang Proton untuk pertama kalinya. Excited ooo. 

 Jarak rumah Dan tempat kerja agak jauh. 

Perkara pertama yg aku buat dirumah itu adalah mengemas rumah bujang yang dulunya berbau 'jantan'  ke bau 'perempuan'. 

Kejap2 sapu rumah,  mop lantai atas bawah(rumah semi-D atas bawah) memasak, membasuh.  Itulah rutin harian, sementara menunggu suami balik kerja 12jam sehari. 

Bulan pertama,  jiran2 pun belum mesra. Bangun subuh, aku akan masak dulu untuk bekal suami ke tempat kerja. Jiran aku pun suka memasak jugak agaknya, kami berbalas ketuk kuali je tiap kali memasak, lawan siapa yg lebih kuat hehe tak kira subuh, tengahhari, petang, atau malam. Bersembang je belum pernah dengan jiran belakang Dan sebelah kanan. 

Masuk bulan kedua aku setiap malam akan dengar bunyi anjing berlari laju Dan termengah2 dalam 2@3 ekor dari belakang ke pagar depan. Aku cakap dengan suami, tp katanya tak pernah pulak dengar,  Dan memang tak pernah dengar pun sebelum ni. 

Kemudian Aku mengandung anak sulung selepas 3bulan kahwin, sejak tu aku selalu dengar macam2. Selain bunyi anjing aku selalu dengar bunyi orang hempas tong gas dari tingkat atas ke tingkat bawah. Bayangkan kuat dia macammana. Kuang hajor betul. 

Satu hari,  aku rasa dah tak tahan tidur di bilik atas aku pun ajak laa suami tidur di ruang tamu bawah pulak. Hari pertama,  aku lena.  Masuk hari ke dua macam biasa bunyi anjing Yang entah apa Yang dihambatnya ,kemudian aku terdengar bunyi perempuan menjerit tepi telinga saat mula nak terlena, terkejut rasa nak gugur jantung ni dibuatnya. Dasar syaitan! 

Hari berikutnya pulak bunyi orang sebelah rumah mengetuk2 dinding, menggerudi,bersembang macam orang kenduri, Tapi suami sekali pun xdengar apa2 ,tak guna betoi. Aku pulak taktau nak buktikan kat dia macammana. 

Tapi ada satu fi'il aku masa mengandung tu, Aku suka baca yasin setiap kali lepas solat, tiap hari .mungkin sbb pembawak budak (Selalu malam jumaat je baca yasin) 

Siang xlena tidur sebab alah cahaya matahari, malam xlena tidur dengar macam2. Memang penat. 

Satu hari tu aku masih lagi tidur di ruang tamu,suami awal dah pun terlena. Aku belum lelapkan mata, selawat berzikir baru mata rasa nak terlelap. Elok saja aku mengiring Dan terlena,  aku dengar orang menyeret kerusi meja ubah sana sini dibilik atas.  Aku kejutkan suami ,dia bangun tapi bunyi tu diam. Dia sambung tidur, bunyi tu ada semula.

Dua tiga kali bunyi tu bising, paling aku tak tahan bila dia seret bangku turun ke tangga tempat xjauh dari kami tidur, turun naik, turun naik. Aku Yang mula rasa takut dah mula jadi rasa marah. Aku geram, aku bangun Dan duduk betul2 depan tangga. Aku kata " mari la turun,  ape Yang ko nak ubah perabut rumah aku ni, Kalau nak bawak bangku tu turun ko tak boleh angkat ke setan?!, sekarang aku nak tengok muka ko! Mari laaa!!!  " aku jerit,  laki aku tetap tidur mati,  ciss!. Tapi apa yang jadi?? 

Dia senyap x berbunyi dah malam tu, aman 1malam. 

Tapi... 


SAMBUNGAN PART 2

Dengan harapan malam nanti aku akan tidur lena, siang aku teruskan rutin harian macam biasa. Rumah tu ada dua bilik air, atas Dan bawah. Aku tak berapa larat nak turun naik tangga berapa kali sehari kalau tertinggal barang.

Jadi aku memilih untuk mandi atau buat aktiviti habis di ruang tamu sahaja selepas mengemas bilik atas. Biasanya lewat juga aku mandi sekali lagi kalau dah berpeluh -peluh. Sementara tunggu peluh kering, aku berangan nak deko rumah tu. Walaupun gaji ciput tapi tetap juga ada hati nak berdeko-deko. Mungkin itu Yang mengganggu aku, setan semalam tu dia buat dulu sebelum aku. Tapi agak-agaklah kalau nak tiru idea aku kan. 

Peluh dah kering, aku capai tuala Dan mandi sambil pintu terbuka. (Kalau dah takut ,orang pulak tak ada sunyi sepi ape lagi hehe) 

Dalam syok aku mandi bersabun badan tetap menghala ke luar pintu ,kononnya dalam hati kalau bagi belakang takut benda ada. Aku teruskan mandi. 

Tiba2 elok aku siram muka dari sabun, jelas aku tengok ada seorang lelaki turun dari tangga berlalu selamber dia je ke pintu bilik mandi Dan melintas. Gila ke ape?  Kelam kabut aku nak tarik pintu,  tapi tak jadi sebab terfikir mane ada siapa kat rumah tu. Laki aku kerja, pintu depan kunci, bilik atas tak ada pintu dari luar langsung. Tapi wajah tak nampak, hitam je Yang aku jelas. Siap aku ekor lagi masa melintas tu aku tengok dia hilang macamtu je. 

Dalam hati,  dah pandai tunjuk rupa dah dia. Aku keluar buat tak tahu je. Malam tu aku masih tidur di ruang tamu itu.Sejak aku tengking setan tu di tangga tak berani dah dia 'ubah2' perabut waktu malam masa aku nak tidur. 

Satu petang hari cuti kerja suami,  aku ajak suami pusing-pusing lorong belakang Dan sekitarnya. Alangkah terkejutnya aku lorong belakang rumah aku Dan rumah betul2 belakang  rumah sebenarnya tak ada penghuni. 

Semi -D di taman tu 4-4 jadi kelompok rumah aku memang tak ada orang, malah hutan Dan pecah-pecah strukturnya. Baru aku terfikir,  siapa Yang berperang masak dengan  aku tiap kali memasak? Kenduri?  Memang akulah yang jadi sasaran ganguan tu. 

Ada aku bertanya jiran situ,  mereka kata taman tu keras. Kebanyakan mereka beli cuma untuk di sewakan je,   lorong -lorong  belakang  lagi sunyi. Aku cerita apa Yang berlaku,  mereka kata taman tu tapak tentera Jepun laksanakan hukuman pancung. 

Ada Yang pernah nampak mereka berkawad tanpa kepala jalan depan rumah ni. Masa berlalu Dan aku hampir 7bulan,  mak suruh balik kampung sampai aku bersalin.

Cerita bersalin pulak aku masih di ganggu, dari hospital sampai ke rumah.  


PART 3 BERSALIN

Sejak dari awal mengandung aku ada masalah darah rendah. Sticker pada buku merah dari putih tukar ke hijau. Sepatutnya sticker hijau tak boleb bersalin di hospital daerah, kena pergi ke hospital besar Yang terdekat. 

Aku turun tanda nak bersalin dalam waktu subuh pukul 4 lebih macamtu. Subuh tu masih mamai, suami mak abah bawak aku ke hospital daerah Yang terdekat untuk check je betul ke tanda nak bersalin. Nurse check terus aku masuk wad. Tengahhari aku dah mula rengat sikit-sikit rasa nak berak je. Tapi taklah kuat, bukaan cuma 1cm je. 

Lewat petang mak mintak Pakcik Mat buatkan air selusuh, aku bakal bersalinkan cucu sulung keluarga ni. Mak bagi aku minum air selusuh masa bukaan cuma 3cm je, minyak sesudu. Aku ikutkan je, mak tutup semula air selusuh tu. (Tutup botol air selusuh, jalan pun tertutup kata orang) 

Menjelang malam,  aku rasa perut sakit Dan mengeras. 1jam sekali aku dah mula sakit Yang amat. 

Kemudian 1/2 jam sekali sakit itu datang. Aku panggil misi, cik misi suruh aku masuk bilik bersalin. 

Misi check laluan,  tapi bukan masih sama 3cm dari petang. Nurse suruh aku baring je atas katil tu seorang. Sedang aku melayan rasa sakit, tingkap lama bilik aku di ketuk kuat.  Aku rasa mungkin mak atau abah nak pesan apa2.Hospital Yang aku pergi ni,  adalah hospital Lama sejak zaman British lagi dah ada.(Batu Gajah Perak) 

Aku berjalan menuju tingkap,  aku kuakkan daun tingkapnya. Aku tengok seorang pun tak ada. Telefon aku tak ada, mak dah simpan. Aku tutup semula tingkap, baring Dan melayan rasa sakit. 

Kejap2 bunyi lagi tingkap bilik di ketuk,  tapi ketuk di setiap tingkap Yang ada didalam bilik bersalin itu.Aku tengok jam dah pukul 2pagi,  aku biarkan je. Rasa sakit mengatasi rasa takut. 

Hampir jam 6 pagi aku sakit 10minit sekali, tapi bukaan cuma 3cm. Pukul 8 nurse pecahkan air ketuban sebab dah buka 4cm, bertambah keraplah aku sakit. Aku sakit 5minit sekali memulas mulas sampailah pukul 10 pagi, aku mula lemah Dan bukaan 9cm tapi tak mampu nak meneran. Aku siap2 Dan hantar ke hospital Ipoh. Aku selamat bersalin anak lelaki jam 12 lebih tengahari secara pembedahan. 

Anak aku kuning Dan lemas, aku terpisah dengan anak 5hari di wad Yang berlainan,  aku tak mampu melawat hanya suami sahaja. Setelah 5hari,  barulah aku dapat jumpa. Kami keluar hospital Dan masuk semula ke hospital Lama tu. 

Pengalaman anak sulung Allah sahaja Yang tahu,  aku tak pandai susukan bayi. Malam pertama di hospital tu,  aku di asingkan ruang antara bersalin normal Dan czer. Malam tu hujan renyai-renyai, di luar tingkap bilik aku dengar anjing menyalak kuat tak jauh dari tingkap. Anak aku mula menangis senyaring-nyaringanya. Tak berhenti hampir 1jam. Mungkin lapar, nurse bagi susu formula sbb susu aku tak keluar. Hampir subuh baru dia lena.  Aku keletihan. 

Hari berganti hari di wad itu dengan tangisan anak aku Yang tak berhenti bila waktu malam, stress sungguh!. Elok 2minggu kuningnya turun aku pun balik rumah. 

Dirumah aku lega sikit,  ada mak ada suami Yang masih cuti walaupun berbaki 2 hari.Macam biasa anak aku menangis dari mula maghrib sampailah azan subuh.3hari 3malam. 

Mak mintak air tawar dengan seorang pakcik, anak aku tetap macamtu. Dari tidur dalam bilik,  sampai tidur semula hidup aku kat ruang tamu. Kurang2 kalau dia menangis semua orang jaga hehe taklah aku seorang je hadap. Suami balik semula kerja, seminggu sekali balik. Hari berganti hari,  bulan berganti bulan. Semua pakcik, makcik, syed, raja semua dah calit2 kat anak aku. Cukup time azan maghrib dia mulakan konsert membawaklah ke azan subuh Dan tidur macam tak berlaku apa-apa. Aku Yang bersanggul sampai dah hilang jambul. Badan tak juga kurus, pelik. 

Banyak ustaz aku dah Cuba berubat,  darul syifa pun sama. Tapi ustaz Yang aku jumpa semua kata anak aku hijapnya terbuka sejak lahir. Ustad tu Cuba tutup,katanya kalau terbuka lagi jangan tutup sebab itu anugerah Allah. 

Aku xfaham masa tu ape tu hijap, Yang aku tau hijap tu time nak mati je. 

Tapi selepas pantang aku ada bawak anak naik ke Cameron Highlands,  sebelum aku jumpa semua ustaz2 tu. Ada kisah pulak terjadi semasa turun dari sana. 


PART 4 Turun Cameron Highlands 

Macam family moden Yang lain,  aku pun xnak terikat sangat dengan pantang larang. Arwah opah pesan sangat2, " jangan bawak ank kecik naik bukit bukau lagi, itu pun tak tidur malam" katanya tapi Aku degil,  stress wehh xcukup tidur. Kebetulan pulak kembar aku balik, dia pun anak kecik juga (sebaya ank aku, kami kawin serentak) .

Kami pergi beramai-ramai dengan 1 lagi family mak sedara aku. Sampai kat atas kami terus ke Tanah Rata,sebelum tu sempat juga singgah beli sayur Dan kekudap untuk berehat Dan makan tengahari. kami makan dengan bekal Yang kami bawak. Tempat kami tu cantik ada batu hiasan buah-buahan dekat je tempat kami berkelah tu, Cuaca pun sejuk2 , berselera sangat. 

Masa makan tu,  tiba2 mak sedara pengsan Dan kekejangan. Kami gelabah terus bawak ke hospital dekat situ,  sambil yg lain berkemas2 barang. Tunggu punya Lama,  mak sedara sepatutnya kena tahan wad. Hari makin lewat petang. Abah suruh kami balik dulu 1 kereta sebab anak kecik2.

Kami turun tanpa ada orang lebih tua mengiringi. Dalam kereta kami tu ada makanan Yang abang ipar beli masa singgah tadi,  telur pindang. Aku xpenah makan pun makan,  abang ipar aku makan banyak tapi tak habis tinggal sebiji je.

Sampai kat rumah lebih kurang pukul 9malam,  masuk je rumah anak aku dah start konsert macam biasa pukul 7 tadi dalam kereta. Teringat air penawar Yang ada dulu, aku sapu2 seluruh muka anak aku. Mujur anak kembar aku tak meragam, aku ingat kembung perut je. 

Dia menangis kali ni luar biasa,  mata pejam Dan menangis sampai xboleh nak tarik nafas.Allah aku xtahu nak buat apa,  muka dia dah biru,  kaki dah bintik2 kebiruan. Aku jerit nama anak aku, dia masih keadaan macamtu. Panik. 

Kembar aku teringat Dan dia hembuskan selawat tiup di ubun2 anak ke bawah,  barulah dia bernafas semula. Gelap dunia aku seketika, lutut rasa longgar, jantung bagaikan nak gugur. Aku keluar bawak ke rumah pakcik jiran xjauh dari rumah nk mintak tolong. Pakcik tu pandai juga baca2 jampi. Anak aku masih sama, cuma aku Dan suami je bertiga. Anak aku dalam kereta masih perangai sama, aku panik, stress buntu xtahu nak buat apa. Di belakang kereta terasa berat , bulu roma naik mencanak ,anak terus menerus menangis sekuat hati. 

Kami patah balik,  jiran sebelah keluar Dan tegur,  kenapa dengan ank aku. Dia siap2 terus ajak kami ke rumah Pakcik Mat. Perjalanan tu terasa jauh padahal rumahnya dekat je kalau berkereta. Kami tersesat, anak masih lagi teriak tak berhenti malah lagi kuat. 

Aku dalam kereta menjerit Allahuakhbar sekuat hati, baru kami jumpa lorong kerumah pakcik tu. 

Sampai je depan pintu ,bagi salam Dan pakcik Mat pun buka. Kata sambut pertama PakcikMat kepada kami Yang pertama kali bertemu,  Hanya " Allah!!! "

Aku masuk Dan ank masih menangis di pangkuan, Pakcik Mat bawa air Yang telah dia jampikan tadi Dan usap ke muka anak kami. Dia sedut dari ubun2 anak,  automatik dia senyap Dan tak menangis lagi. Aku bersyukur sangat2. Bagaikan pikul batu beban Yang besar dah turun ke tanah. 

"Kome bawak kemana budak ni? "Tanya pakcik Mat. 

Aku,  " Cameron highlands  pagi tadi, jap tadi baru sampai".

Dia,  "Tahu tak ape Yang korang bawak balik ni tadi?" Aku,  "tak tahu pakcik, apa?? "Dia, "kome bawak balik benda tak elok, mengikut kome balik."

Balik rumah ,mak pun dah sampai, aku ceritakan semua apa Yang jadi. Mujur ada jiran aku Yang baik hati. Baru teringat  didalam kereta,  ada telur pindang tadi Yang tak habis di makan. Mungkin itu punca 'dia' ikut balik. Mak sedara pun tak tahu punca jadi macamtu. Mungkin terkena juga. 

Sejak tu aku serik Dan tak berjalan kemana2 selama anak aku tak cukup 1tahun. Menangis pun makin kurang,  cuma tak selama Yang biasa sampai ke subuh.Anak aku ni cukup2 menguji kesabaran. Belum lagi kisah dia dah boleh bercakap Dan bercerita apa dia nampak. 


Part 5 ANAK DAH BOLEH BERCAKAP

Macam anak2 lain, anak aku pun bermain Dan berkawan. Aku tetap tak pernah balik lagi ke rumah di Tanjong Malim, suami sahaja Yang ulang alik bekerja setiap minggu. 

Anak aku sejak 8bulan dah boleh nak bercakap,Wafiq namanya. Dia suka bersembang,  aku melayan cerita2 Yang dia karang ikut imaginasi dia masa umur 3tahun.Dia obses dengan lori. Tapi sesekali aku melayan dia bercakap,  dia akan selitkan sesuatu cerita Yang aku xfaham. Mula aku ingat sebab dia suka tengok kartun. Ceritanya pelik2.

Naluri ibu tu lain,  dapat rasa anak kita lain, tapi aku buang semua. Dia demam terlalu kerap, suka terkejut waktu tidur,  demam panas sebulan 2,3kali. Badannya kurus sangat. 

Satu hari dia main lori kesayangannya,  tengah asyik main,  tiba2 dia melompat ke atas riba Neneknya, menangis Dan tutup muka. Mak Tanya kenapa,  malam tu dia demam lagi. 

Bila dah Tanya baru dia cakap,  tadi ada tangan hitam berkuku panjang nak tarik mainan dia. Kami tertemas macam biasa. Kebah. 

Satu hari abah dekat luar masukkan motornya ke dalam garaj rumah, aku mendukung wafiq. Keluar sekejap, jam 7.45pm lepas magrib. Sedang aku di bawah garaj aku terdengar bunyi pelik seakan anjing  atau sesuatu Yang buruk sangat bunyinya. Kalau dalam filem,  selalu kita dengar bunyi tu. 

Aku mencari2 arah bunyi,  rupanya wafiq pun dengar. Katanya "umi dog" 

Aku Tanya mana? Tiba2 aku tengok dia pandang 1 arah. Aku pun tengok juga, tepat kearah pokok pisang dihalaman rumah jiran Yang selang 2 buah. 

Mata aku terpenpan dengan Apa Yang aku nampak,  kaki keras xboleh bergerak. Anak aku dah menjerit nak masuk rumah, makin aku tengok makin dia mendekat. Puas aku kedip-kedipkan mata. 

Berkain putih comot, penuh dengan Lumpur, tinggi separas pokok pisang, tubuh besar Dan ada 3ikatan. Makin aku beliakkan biji mata,  makin dia dekat, bunyi itu pun hilang juga selepas aku nampak. Dikepalanya ada kain Yang di ikat terjuntai besar Dan kotor ditepi mukanya. Aku dapat mengagak apa Yang aku nampak, itu kali pertama aku jumpa. Matanya lebam hitam, wajah tak jelas cuma matanya sahaja. Kosong. 

Elok dapat kekuatan nak melangkah aku terus lari cabut masuk rumah. Aku jerit dari dalam suruh abah masuk. Aku cakap " Bahhhh!!  Pocong bahh masuk cepat, dekat dah tuuu!! "

Abah aku kata bukan main excited dia

"Mane? Mane??,kalau ada nak tanya dia " Dia berdekah ketawa. 

Abah aku tak takut hantu kecuali ular sawa. Memang dia xnampak,  aku je nampak. Itu pocong Yang paling jelas aku nampak. 

Wafiq dah masuk 4tahun aku mengandung anak ke 2,Aku masih di kampung. Dua bulan aku mengandung,  Kilang Proton ada krisis jadi suami pun berhenti kerja. Aku suruh cari saja kerja di area kampung. Sebelum tu suami belajar urut dengan abah. Setahun juga, sambil2 mencari kerja lain. Alhamdulillah rezeki anak baru lahir, suami dapat kerja mandor ladang felcra Kg Gajah. Excited  tak habis lagi perangai aku, cepat2 nak tengok rumah kuartes Lama tu. 

Kisah rumah kuarters pun aku bersambung-sambung dengan gangguan. Tapi kali ni betul2 aku kena. Apelah nasib.. 


Part 6: Pantang anak kedua sebelum pindah kuarters felcra. 

Suami di terima kerja masa anak aku Yang ke2 lahir baru 3bulan. Masa dalam pantang anak ke2, aku tak banyak masalah mengandungkan dia. 

Tapi masa bersalin,  Ziyad lebih Lama berada di hospital berbanding si abang. Kali ini aku pilih hospital daerah Yang lain. 

Czer juga, suka sangat anak2 aku lompat ikut tingkap tak mahu ikut pintu. Sebulan di hospital, badan letih masuk angin Dan xberpantang langsung. Segala tok nenek jamu tak boleh makan takut kuning anak naik. Muka pucat macam mayat hidup, muka sembab Dan bengkak2. Demi anak ibu mana pun sanggup. 

Aku balik ke rumah Dan berpantang di kampung, rasa lega Dan seronok ada di rumah berbanding di hospital. Ziyad tak banyak ragam, kali pertama tahu aku mengandungkan dia aku betul2 trauma takut kalau2 jadi macam si abang. 

Siang aku mandi awal sebelum misi datang ambil sample darah. Darah aku pun normal cantik, keputusan jaundice  ziyad pun ok. Tapi badan masih lemah Dan lesu.

Satu pagi aku mandi awal, kebetulan kembar aku pun ada balik kg nak jumpa ank buah baru. Elok lepas aku mandi tiba2 aku rebah di lantai bilik, Sempat kembar aku paut. Aku sedar tapi tak berdaya nak buka mata, Yang aku rasa seronoknya tidur. Sayangnya suara mak Dan kembarku bising sangat suruh aku bukak mata. Sekali kena siram air baru aku celikkan mata. Kacau! 

Mak cerita balik,  masa aku pengsan tu suara aku tukar suara lelaki Dan berdengus kuat macam harimau. (Perli la tu) 

Aku kata aku syok je nak tidur lepas mandi.

Malam tu,  aku tidur2 ayam. Semua dah berminyak Dan berstokin. Tapi aku ni suka langgar pantang, mak suruh pakai kain batik tapi aku pakai seluar, mak suruh ikat tongsek(sanggul)  aku ikat ala kadar je, disuruhnya cucukkan sanggul aku dengan paku lebih kurang sejengkal pun aku letak kat bantal. Suruh pakai stokin, aku pakai time dia ada je. Malam aku bukak. 

Nak jadi cerita, malam tu aku tidur dengan baby je. Aku rasa aku mimpi,  tapi terasa ibu jari aku sakit Dan perit. Aku celikkan mata sebelah sahaja, bantal kepala aku sedia di tinggikan sebelum  tidur. Jadi aku jelas nampak dihujung kaki aku Yang terjuntai tanpa selimut atau kain batik, telanjang bulat tanpa stokin. 

Terkejutnya aku bila nampak ada orang perempuan sedang hisap ibu jari kaki aku sebelah kanan.aku celik dua2 mata,  Dan sempat aku beristighfar panjang. Badan terasa berat seperti kaku, benda tu menoleh ke arah muka aku bila aku istighfar Dan sebut "owhh kamu!! " Yang jelas matanya merah,  Rambutnya seperti dawai panjang mengurai Dan lebat. Dia menyusur ke arah atas badan aku Dan seterusnya depan muka. Sangat rapat, aku nampak gigi taringnya panjang lebih kurang telunjuk jari, Dan menyeringai seperti marah. Dia menyusur kebawah kaki semula Dan badannya betul2 seperti ular hitam. Kemudian dia hilang di dinding bilik. 

Aku cerita dengan mak,  Mak panggil ustaz darul syifa pagarkan rumah. Aku xcerita tapi ustad tu kata,  betul memang ada. Tapi dia lalu sahaja, tapi sebab aku lemah maka dia singgah .

Pagi berikutnya aku ke klinik,  Hb aku drop dari 13 ke 8. Misi terkejut kelmarin OK,  harini tak cantik. Dalam otak aku satu je,  taknak lagi masuk hospital.Misi bagi tempoh untuk aku cantikkan semula hb. 

Selepas pantang, ziyad umur 3bulan. Suami dah dapat kunci rumah kuarters Lama tu. Aku tak sabar nak pergi tengok. Rumah sudah di cuci sebelum aku nak datang. Tapi kemas orang lelaki,  apa Yang nampak di mata saja Yang di kemaskannya. 


Part 7  Masuk rumah kuarters 

Pertama kali pandang rumah tu aku tak rasa apa2 cuma rasa seronok je. Walaupun rumah tu nampak  sangat uzur, lubang sana sini tapi aku seronok Dan terus masuk rumah. Suami angkat barang rumah sikit2,malam tu kami nak tidur situ. Baby Ok tak meragam. 

Aku pusing keliling rumah luar Dan dalam sementara anak kecik aku tidur., mak pun ada temankan. Sesekali anak aku menangis  nak menyusu. Aku macam biasa,  mesti nak menyapu segala bagai. Perabut belum sampai masa tu. 

Malam tu kami tidur beralaskan toto saja. Abang sulung Dan kakak ipar pun ada,  mak sedara Dan sepupu juga sampai nak tengok apa Yang patut. Kami suka berkumpul, rumah suram jadi sikit riuh rendah bila kami ada. Hari pertama tidur,  tak ada ganguan apa2. Seronok. 

Seminggu macamtu, aku dah start menyapu mengemop Dan sental segala Yang ada ,semua aku nak kikis. Berbotol peluntur aku beli semata-mata nak sental mangkuk jamban Yang dah usia puluh tahun di rumah tu. 

Laman belakang terang Dan lapang bila ditebas.lawas mata memandang, Wafiq pun tak nampak Yang pelik2.

Kisah aku dengan ruang tamu memang berpisah tiada. Dari mula kawin sampai anak dua. Aku tidur lagi di ruang tamu (bila takut) Bilik masih kosong sebab transport  tak ada nak bawak semua perabut.  Kami bawa apa Yang patut saja. 

Satu hari aku pesan dekat suami bila balik kerja,  di sini suami balik awal berbeza sangat dengan kerja kilang masa dulu-dulu. Aku nak asid untuk cuci mozek Yang ada dijual di kedai hardware. Dia turutkan saja apa aku nak.

Aku sental sinki, lantai dan akhir sekali dalam bilik mandi. Masa tu lewat petang juga. Dari pagi aku tonyoh semua benda tu semata-mata nak nampak bersih. Tapi karat pada mangkuk tak jugak hilang, mak sedang bersandar di pintu belakang rumah yang bertentang dengan pintu bilik mandi.

Dari dalam bilik mandi tu, aku masih lagi menggonyoh kotoran tu, aku geram terus capai cecair peluntur dan tuang sebotol dalam mangkuk jamban. Tak puas hati lagi, aku masukkan pula cecair asid pencuci mozek ke dalamnya. Sambil tu aku berus, elok saja 5minit tiba2  Boooommm!!!!! 

jamban aku meletup, kabus putih penuh ruang bilik mandi. Aku yang sedang mencangkung memberus ,terlentang ke belakang. Berdesing telinga aku terus rasa pening.

Mak berlari tengok aku. Bergegar rasa kepala. Mak ketawa tak berhenti, aku xsempat ketawa pening punya pasal. Aku duduk kejap Dan basuh muka. Mak masih ketawa berdekah-dekah. Dah OK sikit aku rasa nak mandi,  hari dah kian senja.

Aku masuk bilik mandi,  nak saja aku tendang jamban tu. Aku mandi sabun banyak-banyak.selesai aku sabun, aku syampu pula. Masa aku gosok kepala aku rasa ada jari dekat kepala aku,  aku toleh tak ada. Cepat2 aku bilas. 

Dalam aku bilas mandi,  aku rasa ada orang tampar bahu aku kuat2 sampai hampir aku nak tersembam ke lantai .Aku jerit kuat2 panggil mak, mak dtg aku bukak pintu tapi syampu pun masih ada lagi dekat kepala. Tak boleh tunggu,  aku terus keluar. 

Mak terpinga -pinga. Aku lagi laa, tarik nafas panjang2 aku siap pakai baju. Baru aku cerita apa Yang jadi. Mungkin aku dah mengganggu tempat tinggal dia Yang dah bertahun tidak berpenghuni.

Sejak itu,  Senja saja azan maghrib anak kecik aku menangis sama macam abangnya masa kecil. Menyesalnya aku ,aku tak boleh duduk di situ. Tak Lama,  bos suami carikan rumah Yang lebih selesa di seberang Perak pula. Kata jiran depan rumah dia nampak benda  besar Dan tinggi di tepi tingkap setiap kali ank aku menangis senja.

Sekarang hidup normal setakat ini selepas pindah walaupun ada ganguan2 biasa .Aku kurangkan juga sikap sental menyental tu. Aku pindah rumah kuarters Seberang Perak kemudian Felcra Nasaruddin pulak. Disini boleh tahan juga. Ada kelapangan aku buka cerita.


PART 8  Pindah Lagi. 

Selesai angkat barang apa Yang ada aku pindah lagi ke kuarters baru Yang lebih selesa,  paling depan Dan dekat dengan jalan besar, pasar pagi depan rumah. Seronok rumah tu ,Felcra  Seberang Perak namanya. 

Pendek cerita, setelah 6bulan dirumah tu,  aku pindah pula ke Felcra Nasaruddin, Bota. Seminggu sebelum kami dapat kunci rumah,  aku Dan siap2 kemas semua barang2 sebelum lori sampai. Mak ada jenguk masa kami siap2 berkemas. Aku ambik peluang pergi ke rumah tu berdua sahaja dengan suami untuk tengok apa keadaan rumah tu sebelum kami pindah masuk nanti. 

Dah dapat kunci,  kami laki bini ke sana lepas dia balik kerja. Aku bawak siap2 penyapu, baldi semua tu. Hari pertama aku di rumah tu aku sampai agak senja. Kami bagi salam,  Dan masuk. Alhamdulillah dari luar nampak rumah  tu macam baru lepas dibersihkan keliling rumah. Di dalam nya, dinding rumah  nampak uzur Dan macam terlalu Lama rumah tu tak ada orang. Dinding Yang hitam berlumut, dari depan,bilik, dapur dan bilik mandi semua. Teruk, tapi aku syukur sangat.

Dalam fikiran macam2 nak ubah.

Kami balik,  aku cadangkan sebelum perabut sampai aku nak cat dulu rumah tu dengan warna putih. Hari kedua aku beli cat siap2. Mak tunggu anak, sekejap.

Sampai di rumah tu, agak lewat petang. Selesai sapu2, kami mulakan mengecat di ruang tamu rumah. Dalam hampir 1jam mengecat jam dah pun dekat pukul 9 malam. Suami aku masih lagi buat kerja,  sekali tu aku terpandang di satu ruang menghala ke tangga dapur, aku nampak ada orang besar tak berbaju sedang duduk. Muka tak nampak, aku terkejut tapi aku xcakap apa2. Cepat2 aku lari ke arah suami. Aku toleh lagi,  memang jelas ekor mata aku nampak dia di situ. Aku ajak laki aku balik. Sambung mengecat tu nanti-nanti je.

Dalam kereta nak balik,  aku senyap. Laki aku Tanya, Kenapa. Aku xnak bagitahu kang pelik plak asyik aku aje Yang kena. Hari berikutnya kami pergi lagi. 

Sambung mengecat bilik pula, aku doa sangat harap aku xnampak apa2 lagi. Selesai semua, aku duduk bersila menghala pintu turun ke dapur tu. Tiba2 terpandang pulak budak kecik hampir sebaya anak sulung aku mengintai di balik tiang dapur. Rasa nak gugur jantung ni, berdebar.  Aku paling muka, tapi hati nak tengok lagi. Aku pusing sambil mengintai,  nahhh memang dia intai aku lagi kat situ. Tapi muka tak jelas. Kelam kabut aku ajak balik. 

Siap barang, laki aku bagi kunci rumah. Dia panaskan enjin kereta. Sedang aku Cuba nak kunci pintu tu, tiba-tiba dari dalam aku dapat rasa ada orang tarik daun pintu tu kuat2.Aku Yang mengigil,masih terus jolok anak kunci tu Dan pulas2 harap pintu tu terkunci. Lagi aku pusing2 anak kunci tu, rasa ada benda Yang menolak anak kunci tu dari dalam. Sudahnya aku tinggalkan terus Dan lari masuk kereta. 

Aku suruh laki aku tutup pintu tu. Dalam kereta aku cuma cakap

"Abang, rumah tu kena pulih laa sebelum kita masuk" 

Laki aku terus sambut " haah,  abang pun nampak "

Aku terkejut,  "abang nampak  ape? "

 Dia tengok  muka aku, " orang gemuk tak berbaju" . Terus kami senyap. 

Minggu tu aku pindah masuk. Kami fikir positif je, makhluk tu mana2 pun ada, kami cuma renjis dengan air Yasin Dan xnak mengagungkan benda tu, buat tak tahu je sudah. Tapi dalam tempoh nak suaikan diri di rumah tu macam2 peristiwa. Tapi ikutkan ini bukan pertama kali aku rasa pengalaman hidup dalam rumah Yang orang takut nak huni, tapi aku Dan keluarga sanggup tinggal. Zaman bujang lagi hebat kena,  rumah kampung Dan sampai ke zaman PLKN pun teruk juga aku merasa.


Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...