Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2020

Hantu Tanpa Kepala Di Kem Kluang


Waktu kecik kami sering berpindah randah sebab abah koje sebagai askar, suatu hari tu, abah kena pindah ke johor. Kami pun bersiap lah...teruja pun ada..sedih pun ada maklumla nak tinggalkan sahabat dan kawan-kawan sekolah di miri sarawak, so kami kena berpindah ke kluang, johor.

Sampai je di kem nor tak pasti area mana, masa tu abah dan mak nak makan malam, nor terasa nak buang air kecik..mmg tak tahan sangat nak terkucil.

Nor pun berlari mencari toilet..dahla kem tu sunyi, tandas pulak agak jauh dri dewan makan tu, kem ni nampak macam tempat tahanan je... sunyi dan memang seram lah. Nor pun masuk toilet dan terdengar ada orang pam toilet....dalam hati ahhh lega lah ada gak orang".

Tapi makin lama rasa meremang bulu roma dan Nor pun keluarlah untuk melihat siapa yang ada dalam tandas tu..bila Nor keluar, Nor tak nampak pun sesiapa..masa tu hati dah tak sedap dah, tapi Nor tetap  teruskan hajat membuang ni...sekali bila Nor buka je pintu tandas, Nor nampak lembaga tengah mencangkung kat tandas tanpa kepala.. bajunya penuh darah ... lantas Nor tutup balik pintu dan Nor pun lari lah dan menjerit sekuat hati..mengigil satu badan...

Bila sampai kat dewan makan sume orang terkejut mendengar jeritan Nor, mak memeluk Nor dan memenangkan Nor , bila dah reda sikit mak abah pun tanya lah..sambil mengeletar Nor pun bercerita...

Kawan abah pun cakap "oh,.. itu lah hantu askar gurgha...atas bukit tu tempat dia org potong kepala"...hmm patutla Nor ternampak lembaga takde kepala...hantu askar gurgha rupanya....pengalaman ni paling tak bole dilupakan sampai kehari ni...

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...