Perkongsian kisah seram kali ini aku kongsikan pengalaman kawan aku namanya Amir.Berlaku ketika Amir hendak pulang dari tempat kerjanya.
Amir ni bekerja di sebuah kedai makan yang terletak di Bandar Kuantan.Biasanya Amir akan bergerak ke tempat kerja pada pukul 2:00 petang dan habis kerja lebih kurang pukul 2:00 pagi macam tu.Begitulah rutin harian Amir.
Kedai makan tempat Amir kerja ni agak jauh dari rumahnya.Lebih kurang dalam 15 minit jugalah untuk sampai kesana.Kalau ikutkan ibunya memang tidak berapa setuju Amir bekerja disitu,tetapi memandangkan Amir memang suka kerja disitu,membuatkan ibunya terpaksa akur pada kemahuan Amir walaupun jauh disudut hatinya agak berat membiarkan anaknya terus mencari rezeki disitu.
Ibunya ada sebab mengapa tidak membenarkan Amir bekerja di sana memandangkan jarak perjalanan rumahnya agak jauh,pulak tu balik kerja lewat pagi dengan jalan nak kesana agak bahaya dan sunyi.Mungkin juga ibunya masih trauma dengan kejadian kemalangan maut melibatkan abg Amir menjadikan dia bertambah2 risau sebab Amir adalah merupakan satu-satu anaknya yg dia ada.
Satu malam tu Amir sebelum pulang ,seperti biasa mengemas barang2,susun kembali kedudukan kerusi dan meja makan dan segala bahagian kerjanya.Setelah selesai, Amir dan pekerja2 lain bersiap2 hendak pulang ke rumah masing2.
Masa tu seperti biasa lebih kurang 2:00 pagi waktu tu.Suasana tengah pagi tu memang sunyi kerana kebanyakkan kedai sudah tutup awal kecuali beberapa deretan kedai makan disitu.
Amir pun menghidupkan enjin motosikalnya.Dia pun tanpa membuang masa terus meluncur laju untuk segera pulang ke rumah.Dalam perjalanan awal pagi tu memang tiada langsung kenderaan di atas jalan.Yang ada pun cumalah lampu jalan dan pokok-pokok di kiri kanan jalan sahaja yg tegak berdiri.
Tengah asyik memandu motosikal nya tiba-tiba Amir ternampak sesuatu di hadapannya.Amir nampak ramai orang tengah berjalan perlahan melintas jalan raya menuju ke kawasan perkuburan yg berada di kiri jalan besar.Amir memberhentikan motosikalnya di tepi jalan sebab rombongan orang yg menuju ke kawasan tanah perkuburan tu memang ramai.
Siapalah agaknya yg meninggal tengah2 pagi ni.Tentu jenazah ni bukan calang2 orang sebabnya memang ramai orang yg mengiringi jenazah ke tanah perkuburan tu.
Oleh kerana orang yg berjalan menuju ke tanah perkuburan tu ramai ,Amir bertindak mematikan dulu enjin motosikalnya dahulu.Sambil tu dia menghisap rokoknya bagi menghilangkan kebosanan menunggu di tepi jalan.
Sambil2 menghisap rokok tu,Amir melihat saja pergerakan orang ramai yg menuju ke kawasan perkuburan itu.Kebanyakkan orang yg Amir lihat hanya berjalan tanpa mempedulikan kehadiran Amir di situ.
Entah macam mana terlintas di fikiran Amir untuk turut serta melihat pengkebumian jenazah tersebut.Jadi dia pun bergerak mengikut orang ramai untuk sama2 menuju ke tanah perkuburan tersebut.Amir bergerak masuk ke tanah perkuburan.Sayu je Amir rasakan pada waktu it seolah2 jenazah yg meninggal ni ada hubungan dengan dirinya.
Amir pun duduk di satu sudut berdekatan dengan satu kubur.Ni pengalaman pertama Amir mengikut orang menghantar jenazah tengah2 pagi sebab selalunya di kampung Amir jika waktu begini biasanya jenazah akan dikebumikan esok pagi sahaja memandangkan sudah lewat. Tapi kali ni pengkebumian dibuat juga walaupun ketika tengah2 pagi,itu yg membuatkan Amir agak hairan.
Sepanjang urusan pengkebumian tiada yg pelik berlaku,cuma entah macam mana tiba-tiba je Amir terperasan yg semua orang2 yg berada disitu memakai baju dengan warna yg sama.Iaitu berbaju putih dan kalau perempuan tudungnya juga berwarna putih..
Masa tu Amir ada rasa pelik jugak,tetapi mungkin kebetulan kut fikirnya. Sebab kebiasaan kalau melibatkan kematian pun sesetengah akan memakai baju tak warna hitam atau putih. Tu normal dan mungkin it hanya kebetulan fikir Amir.
Amir duduk mencangkung di tepi satu kubur lama.Dia hanya memerhatikan sahaja orang ramai yg tengah berdiri di tepi kubur yg baru tersebut.kedudukan Amir dari orang ramai tu agak jauh sedikit sebabnya Amir memang tak suka suasana bersesak ni.So dia duduk belakang dari orang ramai tersebut.
Kedengaran bunyi Imam membaca talkin ,sayu je suara tok Imam tu.Amir rasa sebak pulak bila mendengar bacaan dari Imam tersebut.
Sampailah bacaan doa,Amir pun menadah tangan tangan dengan penuh khusyuk sambil dia memejamkan matanya dan meng aminkan setiap doa yg didengarnya.
Sampailah doa tersebut habis dan Amir terus mengaminkan.Masa tu Amir masih menadah tangan sambil menutup matanya tanda dia menghayati doa2 yg dibaca tok Imam tersebut. Tiba-tiba Amir tercium bau yg sangat wangi,dan Amir perasan yg suasana jadi sunyi tak seperti tadi kedengaran orang bercakap,ada bunyi menangis.
Utk pengetahuan korang Amir masa tu masih menutup mata.Bila dia tercium bau wangi Amir perlahan2 membuka matanya.Masa tu jantung Amir rasa macam nak tercabut, sebabnya di sekelilingnya tiada lagi orang ramai yg berhimpun tadi.. Seolah2 hanya dia sahaja yg berada disitu.Dan yg lebih menghairankan kubur yg baru di hadapannya jugak tiada! Yang ada hanyalah sebarang pokok tua yang dah mati dan mereput.
Menggigil lutut Amir masa tu.Terus dia bangun dan berlari ketakutan menuju ke motosikalnya.Cepat2 dia menghidupkan enjinnya dan beredar dari situ.
Sesampainya dirumah,Amir tak bercerita apa2 pada ibunya.Esoknya Amir mc sebab dia demam panas.
Segala pengalaman ini Amir cerita selepas seminggu dia demam.Tu pun bila Kita orang paksa dia bercerita baru dia cerita.Rupanya dah ramai yg kena kat situ, patutlah ibunya tak bagi dia bekerja di situ , lagi2 bila balik tengah pagi dan melalui kawasan tanah perkuburan lama disitu.