Memaparkan catatan dengan label Cameron. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cameron. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2020

Langsuir Berkenan Pada Suami


Cerita ini berlaku sewaktu kami bercuti di Cameron Highland. Selalu saya pi cameron mesti ngan family, tak berani nak pi berdua ngan husband.. so crita dia cm ni.. first trip kami stay kat SA Apartments @ Desa Anthurium (tanah rata) 

Ada 3 bilik, saya dan husband pilih master bedroom.. kat sana saya x nampak apa2 cuma feel suram sgt.. Adik dok bilik no 3, dia asik bagi tahu yang dia rasa seolah-olah ada org memerati. Naluri hatinya rasa seperti yang memerkati itu adalah seorang perempuan.. Tapi kami tak endahkan la sbb nk enjoy trip ni.. lagi pun dok semalam ja..

Selepas semua selesai kami balik ke Kedah, hantar parents balik, pastu kami pon terus balik la rumah kami.. Mlm tu tak ada apa2 lagi.. Keesokkan mlm pula, kol 3 pagi,saya pi la toilet dapur sbb toilet bilik paip rosak.. Masa nk masuk bilik tolak pintu terkejut lah saya..jadi jem kat tengah pintu..terpaku saya apabila nampak suami tidur terlentang, dan atas suami ada seorang pompuan sedang duduk, baju makhluk itu putih lusuh, rambut panjang serabai/kusut sedang perati suami saya.. Posisi mcm nak berhubungan intim.

Saya dok berdiri ni tengok saja dia..Ketaq menggigil habis badan...Start la baca ayat kursi bagai.. dalam dok baca ayat-ayat Al-Quran terus dia hilang.. Last2 buka lampu tidur...

Keesokkan harinya saya bgi tau la kat husband, dia terkejut la, dia kata memang dia mimpi semalam. Ada pompuan dok goda dia, cantik gila...

So maknanya benda tu ikot blik kami suami isteri.. tak tau sebab apa dia ikot.. mungkin bekenan kat husband kot, seriau ehh...


Waze Bawa Ke Alam Hantu

 


Bulan Julai lalu, Milaa serta keluarga telah membuat keputusan untuk pergi percutian sehari (short vacation) ke Cameron Highlands. Awal pagi lagi Mila dah bertolak jadi sampainya kat Cameron Highlands dalam jam 12-1ptng macam tu la sebab jalan jem. 

Puas jalan2 dekat Cameron Highlands, tengok jam dah pukul 6 lebih. Jadi kami buat keputusan untuk pulang ke rumah sebab kedai2 pun dah mula tutup. Perjalanan pulang atau nak turun dari Cameron Highland agak mencabar bagi kami sebab jalan pun gelap gelita dan jalan tar yang berlubang serta jalan tak rata. Sebelum ni kenalan Mila pernah cerita yang jalan Cameron Highlands tu keras sebab banyak berlakunya kemalangan jalan raya. 

Disebabkan ada budak kecil sekali dengan kami, saya mintakan suami untuk memandu dengan lebih cermat. Nak turun ke lebuhraya utara selatan tu memang makan masa yang agak lama tambah lagi atas faktor hujan. Tengok jam kami turun ke lebuhraya utama dah pukul 9 ke 10mlm. Selalunya waktu balik dari pulau pinang Mila memang tak pakai waze biasanya tengok papan tanda ja. Entah kenapa masa ni suami suruh buka waze sebab nak tengok jarak dan nak elak jalan jem dan senang nak monitor jika ada sebarang halangan di jalan nanti. Bila semak dalam waze, jalan yang kami akan guna tu lebuhraya rawang. Jadi ok la sebab jalan tu dah biasa guna walaupun waktu lewat malam. 

Entah kenapa, tiba2 jaa waze tukar jalan ( xbiasa jadi mcm nie selama guna waze 3 tahun lebih). Jalan tu bawa kami ke susur keluar atau exit entah tak ingat exit berapa. Jalan tu sunyi gila walaupun ada lampu. Memang tak ada kenderaan lain di belakang sampai nak bayar tol pun. Masa tu Mila ada berhenti sekejap lepas tol tu sebab nak amik susu kat booth. Tak tau la dari mana mai seekor kucing hitam yang cuba nak masuk dalam kereta. Nasib baik mak mentua halaukan daripada kucing tu masuk kereta. Dah la Mila takut kucing tambah pula kucing hitam. Kucing tu pula pi duduk kat tengah2 jalan sambil pandang tajam ke arah kami. Jadi kami pun gerak cepat2 sebab dah rasa cam x sedap hati. Mungkin sebab jalan sunyi. 

Dah gerak ke depan sikit, dekat pembahagi jalan tu ada sebuah pondok pak guard ( tapi dah usang dan tak ada orang). Dari jauh dah nampak pondok tu gelap jaa, dah dekat pondok tu Mila pandang ke arah dalam pondok tu memang terkejut beruk sebab nampak kelibat sesuatu kat dalam pondok tu. Bukan manusia ya, memang hantu tapi tak dapat nak gambarkan macam mana rupa dia sebab nampak macam asap hitam tebal sedang berdiri dan terapung sikit dari lantai. 

Dah jalan ke depan lagi, booth kereta pulak terbuka ( tak pernah jadi macam nie, masa kat tol tu dah double cek booth). Jadi behenti sat kat tepi jalan dan pi tutup dulu baru getak balik. Korang nak tahu tak jalan ni memang tak pernah laku sebelum ni dan dah dekat 15 minit kat jalan ni tak ada pun kelibat kereta ataupun orang. Cek waze jalan tu menghala ke kuala kubu bharu. Padal jalan tu lagi jauh compare dengan jalan highway rawang tu. 

Masa ni walaupun dah tak sedap hati, kami masih meneruskan jalan. Tapi dah ke depan sikit boleh pi nampak kak ponti kat tepi jalan pulak dah. Tapu Mila diam ja walau dah nampak sebab tak nak takutkan orang dalam kereta. Dah ke depan ladi sikit ambik hang jalan gelap gelita pulak dah mula. Dah la tak dak orang lalu tambah pulak gelap gelita sebab tak dak lampu jalan. Jadi akhirnya amik keputusan patah balik jaa sebab dah boleh rasa jalan tu keras lagipun jalan kuala kubu bharu pun memang gelap waktu malam. Sebab ada budak kecil dengan kami, kami amik keputusan patah balik jaa. Balik rumah malam tu memang tidur pun tak tenang dan keesokkan hari Mila renjiskan air kunyit sekitar kawasan rumah dan asapkan rumah dengan kemenyan hitam. Lepas daripada tu semua dah ok tak dak lagi mimpi. Memang dah serik dan lepas ni memang tak nak guna waze dah. 

Isnin, 7 Disember 2020

Diganggu Perjalanan Ke Cameron


Kejadian ni tak silap aku tahun 2010..aku,mak aku dan adik 2 balik dari kg ayah aku kat bagan serai..ayah aku tak ikut balik kl..nak rehat kat kg katenye..kol 8 malam kitorg gerak balik dari bagan serai..waktu takde plan nak singgah memana..sampai je kat hentian bukit gantang..kitorg brenti minum,then tetiba lak aku tanya adik2 aku..kite trus gi cameron nak..besok pon bukan nye keje,,mmg jadi tabiat aku,klu nak cuti memana aku takkan plan,,jenis aku waktu bujang dlu..bile berkompol sume sekeluarga,klu ade sesapa bukak cerite nak gi jenjalan memana,kitorg trus pegi..

so,lepas aku tanye,,adik aku yg pompuan trus kate nak..lagipon dah lama tak naik cameron..dlm kol 11 malam kitorg gerak dari bukit gantang..sampai simpang pulai,,keluar tol,aku trus gi stesen minyak petronas..waktu nak gi bayar kat kaunter tu aku ada perasan 1 kelibat hitam melintas..aku dah dpt rasa ada yg akan jadik malam tu..then aku trus ckp kat mak aku..kite rehat kejap..bagi lepas jam 12 malam dlu..klu sesapa tau,org2 tua ada ckp..klu nak memulakan perjalanan..elakkan dari memulakan perjalanan tu tepat jam 12..tak kire la 12 tgh hari atau pon malam..bile aku ckp mcm tu..mak aku dah perasan..dia tanya aku..ade pape ke??aku senyum je,dan mak aku dah faham..

jam 1230 malam ..aku mulakan perjalanan dari simpang pulai ke cameron..klu sesapa biasa lalu akan perasan sebelum mula nak naik bukit ,akan lalu 1 kawasan lombong..kat situ mak aku dah tersilap..mak aku tercium bau hanyir darah..aku pon ada cium gak..sebab waktu tu tingkap tak tutup..mak aku leh tegur lak..bau darah la..then lepas ckp bru mak aku prasan ..trus dia tekup mulut dia sendri.. aku senyum je ..sempat gak cakap..sedia je lah..lepas tu aku trus bagitau adik2 aku kat belakang..walauapapon jadi..jangan pandang kiri kanan..pandang depan atau bawah je..kalau tak pon,tido je..adik aku dah takut dah..sbb lepas mak aku terlepas cakap tu..aku nampak kelibat sesuatu sebelah aku..

waktu mule je nak naik bukit aku dah kene..tangan aku keras..macam ada sesuatu pegang tangan aku supaya aku takleh control stering..bru aku perasan tingkap tak tutup lagi..aku slow kan kereta sambil baca al fatiha dan qursi..trus aku hembus keluar..aku minta mak aku selawat dan urut tengkuk aku..dlm 2-3 minit,aku dah ok..aku trus tutup tingkap..tapi ganguan masih ade,,cume dia tak masuk mkacau mcm tadi..kereta yg aku bawak cume leh gerak 60km sejam je..kat kiri kanan kereta ada je kelibat ..sekejap kat sebelah aku..kejap kat belah mak aku..cume aku ngan mak aku je perasan sebb aku dah pesan kat adik2 aku supaya tak tgk kiri kanan..aku tgk cermin,,adik2 aku dah takut..trus aku pasang mp3 surah al baqarah dari phone dan bagi kat adik aku..aku soh diorg baca same gak..bukan ape..just nak bagi diorg hilang takut je..

sampai separuh jalan,aku ckp kat mak aku..mak..cube tgk ape yg kejar kite ni??mak aku pon pejam mata dan macam memberi tumpuan pada sesuatu bende.,dalam 15 minit lepas tu mak aku bukak mata semula..mak aku ckp..mak nampak macam harimau mengejar..bentuk tak jelas..tapi cara mengejar tu macam harimau..trus aku cakap..langsuir..tapi dia tak dpt kejar..ade kat belakang tapi tak dapat potong kite atau dok depan kite..aku amik air mineral..sambil memandu tu..aku baca ayat qursi..minum seteguk..kemudian basahkan tangan ..lepas tu sambal selawat aku usap muka aku..sekali lagi aku selawat dan basahkan tangan aku..kemudian aku buka cermin sebelah pemandu..aku keluarkan tangan dan tepuk bumbung atas kereta..then aku ckp..dah..kau tinggal sini..takde pekdah ikut aku..lepas tu perjalanan aku mula lancar..aku bgtau adik aku..dah ok dah..kitorg sampai kat cameron lebih kurang kol 3 pagi..punye la lambat..lepak jap kat tapak pasar pagi depan balai polis..korg tau kan tempat tu :)..

aku ckp..kite rehat jap sini..jap lagi bru carik kedai makan..mak aku pandang aku..aku senyum je..mak aku dah paham..maknanya dugaan tak habis lagi..waktu tgh rehat dalam kereta tu.,.aku soh adik2 aku tido..nak tau ape ada kat lua kreta ???..ada sorg tua ..pegang tongkat panjang..macam cokmar yg imam pegang waktu baca khutbah semayang jumaat..org tua tu pakai jubah hitam ..jubah yg jenis yg macam crite ahli shir,,bertutup sampai kepala..aku peratikan je..org tua dok pusing kereta aku beberapa kali..bile dia nak rapat je kat kereta..dia terkebelakang semula..aku ckp kat mak..nampak tak ape kat luar??mak aku pejam mata semula (mcm aku bagitau dlm crite pertama,mak aku boleh lihat bende2 tu kalau dia tutup mata,,aku lak bleh tgk dlm keadaan mata buka.)biile mak aku buka mata,,dia cakap sama macam yg aku nampak tadi..mak aku soh alih tempat paking..aku ckp xpe mak..jgn risau,,dia takleh kacau kite kat dalam ni..biaje..nanti die penat,dia hilang la..dekap sejam gak aku nampak org tua tu dok cuba nak rapat ngan kreta aku..dlm kol 4.50 pagi die hilang..rasenye dia dah penat + sejuk kot..tu yg dia hilang tu..dah hilang org tua tu..bru aku kejut adik2 aku..jom basuh muka..pastu kite gi sarapan..

berakhir crite utk kali ni..

p/s..aku tak tau bile aku ada kelebihan melihat bende2 tu,...rasanya dari kecik kot..tapi kelebihan tu cume akan ada bile aku jaga solat dan kelakuan aku je..

Ahad, 6 Disember 2020

Diganggu Hantu Apartment Cameron Tingkat 3


Salam. Aku nak kongsi pengalaman seram yang berlaku sewaktu aku dan mak saudara aku pergi bercuti kat Cameron.

Kami menyewa sebuah apartment di tingkat 3. Bila dalam pukul 6 macam tu kami b jujuersembang dekat balkoni. Sewaktu rancak berborak, kami terkejut sebab pintu bilik tiba² tertutup sendiri sedang kan tak ada orang atau pun angin waktu tu.Kami terus tutup pintu dan masuk rumah.


Malam tu pulak, waktu aku dengan Mak saudara aku tengah tengok TV kami terdengar suara perempuan menangis dari luar balkoni. Kami terus mute kan TV dan semakin lama suara tangisan tu semakin kuat dan mendayu-dayu.Aku yang takut terus menangis dan duduk di atas sofa. Mak saudara aku memberanikan diri untuk menjenguk ke luar balkoni. Dalam 2/3 minit macam tu dia masuk dan muka dia cuak sangat. Aku dah syak ada benda yang dia nampak. Tapi aku diam buat tak tahu ja.Aku pasang TV channel keislaman dan kami kurang takut sedikit.


Then, Mak saudara aku dah tidur tapi aku tak mengantuk so aku main fon sambil makan keropok. Sewaktu aku nak ambik keropok tu aku terpegang satu “benda” yang keras dan melekit. Aku terus tarik tangan aku tapi tangan aku ditarik “benda” tu. Aku terus memandang ke arah tangan aku dan aku terus menjerit sekuat hati. Rupanya yang tarik tangan aku tu seorang perempuan dengan baju yang berdarah dan muka pecah sebelah. Kulit nya hitam dan bernanah.


Aku menangis dan aku hanya menyebut Allah berulang kali tapi “benda” tu cuma mengilai dan mendengus nafas marah kat aku. Mungkin dia panas. So aku cuba nak baca surah 3 qul tapi tangannya menutup mulut aku dengan kuat. Aku menggelumpur nak lepas kan diri. Aku terlepas and aku terus lari ke bilik Mak saudara aku. Jantung aku bagai nak tercabut bila aku nampak “benda” tadi tu tengah terapung di atas siling.


Aku tak tahu nak buat apa so aku baca surah al ikhlas. ALLHAMDULILAH, benda tu hilang. Aku pun Gerak Mak saudara aku tapi aku terkejut rupanya yang tu bukan Mak saudara aku tapi “benda” tadi tu. Aku pengsan. Tiba² aku terjaga sebab Mak saudara aku Gerak aku. Aku terus peluk dia dan cerita semua nya. Dia bagitahu tadi dia tak tidur tapi dia mandi. Kami tidur dengan alunan ayat al-Quran sebagai pendinding. ALLHAMDULILAH tak ada apa yang berlaku Selepas itu.


Esok nya kami pindah ke apartment yang lain tapi sekitar kawasan tu jugak. Aku ingatkan dah selamat. Rupanya kat sana pun sama. Tapi kali ni lain. Waktu aku tengah makan dengan Mak saudara aku pintu rumah diketuk. Bila aku bukak aku bagai nak pengsan. Aku nampak yang ketuk tu seorang lelaki yang tak ada kaki dan tangan muka dia buruk gila. Aku baru tahu dia ketuk guna kepala sebab tu kat pintu ada kesan darah yang dekat kepala dia tu. Aku hempap pintu tapi aku baca bismilah.


Aku terus sambung makan dan hiraukan benda tu. Mak saudara aku tanya apa yang jadi tapi aku tak cerita. Baru ja aku nak suap nasik dalam mulut pintu diketuk dan benda tu cakap.”huuuuuuuu……… Bukak lah pintu……. Tolong aku!!!!!!!……”.Aku memang takut sampai rasa macam nak tercabut jantung pun ada. Mak saudara aku yang ketakutan terus baling pinggang dia kat pintu sambil marah benda tu supaya tak kacau kami dah. Then, tiba tiba suasana jadi sunyi macam kat kubur pun ada. Aku tidur dengan Mak saudara aku malam tu.


Pagi² lagi kami pergi balik ke rumah kami. ALLHAMDULILAH tak ada gangguan Selepas itu.

Kak Rambut Panjang Dalam Hotel


Kisahnya sekeluarga ni pergi bercuti di cameron highland. Family ni lengkap la.. Ada suami, isteri & anak. Di jadikan kisah seramnya pada satu malam yang sepi, sejuk & dingin.. Almaklum la cameron highland katanya. Boleh feeling macam bercuti kat negara eropah katanya. Sejuk. Nak2 lagi kisah ni berlaku pada tahun 2008. Time tu cameron highland masih sejuk jugak la berbanding sekarang. Bila dah sejuk tu dah nama laki bini mula la rasa nak manja manja tapi tu la anak dia dok cerah biji mata layan kartun kat TV lagi. Macam2 trick si Ayah ni buat nak suruh si Anak tidur pun tak berjaya tapi akhirnya si anak tewas jugak bila si Ayah cakap kena tidur esok nak pergi ladang teh jalan jalan. Tidur lewat kang bangun lewat & lewat la pergi jalan jalan. Barulah anak tu boleh berpisah dengan TV.


Apa lagi Si Ayah terus tutup tv. Tak sabar la tu.. Kesian tabah menanti anak tidur demi nak ber honeymoon katanya. hikhikhik (gelak nakal). Lepas tutup tv bagai.. tiba tiba anak dia palingkan muka kebawah sementara badan dia menggigil gigil. Cuak la si Ayah ni tengok keadaan anak macam tu. Tapi mula2 si ayah ni fikir anak dia merajuk sebab tutup TV. Si Ayah ni cuba angkat muka anak tapi sedaya upaya di keraskan supaya muka dia tidak berpaling kearah ayahnya. Maka si Ayah pun angkat anak dia letak atas riba sebab keadaan anak dia nampak merisaukan. Si ayah mula memujuk tanya samada anak nak tengok TV lagi ke tapi anak dia gelengkan kepala. Di suruh anak tengok muka dia tetap anak tak nak hadap muka bapak dia. Jadi si ayah ni makin pelik la dengan perangai anak yang tiba2 jadi macam tu. Kemudian budak tu cakap dia takut. Si ayah terpaksa peluk & tanya anak tu apa yang di takutkan sedangkan dia ada dengan anaknya.. Perlahan lahan budak tu bagitahu ada kakak rambut panjang atas tv sedang pandang dia.

Ha kau! tetengah malam yang gelap anak bagitau kakak rambut panjang bertenggek atas tv. Ni bukan takat bulu roma boleh meremang rambut pun boleh terpacak tanpa bellkerim katanya. Hahahaha... Bapak pun mula gugup dah time anak dia cakap ada kakak rambut panjang atas TV tapi di beranikan diri jugak la demi keselamatan anak bini dalam bilik tu. Antara berani & takut dia cuba memerhati kearah TV dalam gelap untuk memastikan apa yang anak dia nampak. Mula2 tengok katanya tak nampak apa2 sebab lupa pakai cermin mata. Lepas pasang cermin mata dia mula nampak apa yang anak dia nampak. Rupanya kalau rabun jangankan orang, hantu pun tak nampak yer kalau tak pakai spek. Baru aku tau.. Jadi orang rabun kalau takut nampak hantu sila jangan pakai spek yer. hahahaha


Sekali lagi dia minta anak dia tengok atas TV samada masih ada benda yang dia nampak. Hujung hujung mata anak tu cuba tengok & bagitau kakak rambut panjang senyum kat dia pulak. Dah senyum pulak kakak ni.. Aduhai! Spoil cik abang nak honeymoon katanya. hehehehe. Tengok bini dia dengan sorang lagi anak nyenyak tidur macam tak ada apa2 berlaku sebab penat sangat. Maka mulut dia pun mula terkumat kamit membaca surah2 yang patut bagi menghalau gangguan tersebut. Alhamdulillah setelah melafazkan ayat al quran anak dia dah tak menggigil. Selepas tu di letakkan anak dia ke bawah & dia berdiri sambil membaca ayat kursi di depan TV & lembaga yang tak kelihatan tu dengan nada sedikit kuat seterusnya menghembuskan kearahnya. Selepas ritual menghalau hantu tu di buat dengan menggunakan ayat2 suci Al Quran dia suruh anak dia tengok sama ada kakak rambut panjang masih ada atau tak. Lega bila anak dia bagitau kakak rambut panjang tu dah tak ada.


Walaupun kakak rambut panjang dah tak ada tetap di teruskan mengalunkan ayat2 suci al quran sebagai pendinding. Selepas wuduk dia duduk membaca yassin sambil meletakkan sebotol mineral water yang di buka penutupnya. Biasa la kalau nak buat air yassin kan.. memang gitu la kekdahnya. Tapi masa aku pergi Alhidayah aku pelik jugak sebab perawat kat situ buat air penawar tak buka penutup botol air. Terus baca macam tu jer.. Sebab normally kat mana2 pusat rawatan Islam aku pernah pergi cara nak buat air penawar menggunakan ayat2 suci Al Quran ni memang penutup air di buka dulu sebelum mengalunkan surah2 yang di baca. Entahlah.. aku sendiri tak arif tetang rawatan Islam ni.


Berbalik pada cerita tadi.. selepas siap membaca yassin di renjis air tersebut di setiap penjuru bilik kemudian di suruh anak dia minum sikit. Alhamdulillah lepas tu tiada gangguan lagi. Tapi lepas tu tak tau la jadi ke tak cik abang tu ber honeymoon. hahaha kesian sebab kakak rambut panjang terskip honeymoon malam tu.


Aku pun pernah mengalami pengalaman seram yang melibatkan anak aku kat Melaka dulu. tapi aku dah pernah tulis dulu takkan nak ulang cerita kot. Tapi kat cameron highland selama aku dok pergi belum pernah berlaku kejadian kejadian seram. erkk.. aku pergi cameron highland setakat ni belum pernah bermalam. Jadi tu antara punca belum pernah di momokkan dengan hantu cameron highland kot. Tapi kalau pergi bercuti taknak la hantu dok spoil percutian aku. Tiap kali nak holiday pun kami sedaya upaya make sure takde terbawa makhluk besar (manusia) yang berisiko buat percutian kami spoil macam ni. 


Moral of the story.. Tak semestinya tempat berhantu je anda akan di ganggu makhluk halus (Jin) ni. Kadang2 tempat2 yang sebenarnya tak pernah ada sebarang gangguan mistik ni pun boleh berlaku kejadian mistik. Bila kita pergi bercuti ni merata tempat kita jelajah & kita tak tahu siapa ikut kita balik. Sebab peristiwa macam ni pernah berlaku pada anak aku dulu. Dari hutan dia ikut balik sampai rumah. Nasib baik gangguan ni berjaya di rawat melalui rawatan Islam. Jenis Jin tumpang tumpang ni memang macam tu perangai dia. Kita silap sikit je mula la dia cari sebab nak ikut kita balik. Jadi walau kat mana pun kita pergi beringat dalam dunia ni bukan kita je yang hidup tapi ada makhluk yang nampak & tak nampak menghuni bumi Tuhan.

Pengalaman Seram Jalan Cameron Highland


Ingat lagi kisah last year 2014, masa suami dan anak nombor 3 pergi diving ke Pulau Tioman.

Tak nak mengalah dan merajuk juga sebab kena tinggal, buat keputusan last minute ke Cameron Highland.

Masa tu anak nombor dua balik dari sekolah dah maghrib. Tanya je pendapat, kita nak kemana ye. Anak kata, "jom balik kampung". Tak fikir panjang, terus capai beg isi baju start je kereta. Jalan punyalah jam, subhanallah. Baru teringat hari tu hari Jumaat. 8:30malam bertolak dari rumah, jam 9:30 malam baru sampai kawasan rehat Sungai Buloh.

Sampai situ, anak-anak merengek lapar. Berhentilah makan. Gedebak gedebuk kat situ je dah dekat sejam. Lepas tu, teruskan perjalanan. Letih je rasa. Anak-anak berdengkur dah. Hujan pulak...

Sampai je persimpangan Simpang Pulai kira-kira 11:30 macam tu, terdetik nak ke Cameron Highland lah. Tak larat rasanya nak sampai Alor Setar. Lagipun biasa datang ride ngan suami dari bawah ke atas, macam dekat je. Macam cepat je. Naik turun dua tiga kali layan corner pun macam tak kisah je.

Bismillah, terus zapppp korner. Mula-mula masuk jalan tu ok lagi, ada lah 2, 3 biji kereta ikut sekali. Elok 1/4 jalan, macam makin kurang. Gelap gelita. Sunyi sepi. Cuak dah dalam hati. Ada lah sikit-sikit rasa macam dah silap buat keputusan. Namun gagahkan diri lagi.

Separuh bukit tu, dah tinggal sebiji kereta aku je. Aduiiii makin lah rasa cuak. Tengok sign bord, Kampung Raja 19km. Lega sikit. Dalam gelap gelita tu tiba-tiba nampak sebiji proton saga lama slow di hadapan. Aku pun follow belakang dia, konon nak tumpang berani.

Lama juga lah follow, makin lama dia makin slow. Tengah-tengah hutan pula tu. Dup dap dup dap, makin nervous dah jadinya. Cuaca sejuk tapi peluh pun start keluar. Aku pun kejut anak-anak bangun. Semua terpinga-pinga, "Mama nak kemana ni?". "Cameron Highland." Jawabku ringkas.

Bila anak-anak bangun, rasa beranilah sikit. Aku pun ambik keputusan overtake jer proton saga biru tu. Terus tekan minyak laju lah sikit, nak bagi cepat sampai.

Dalam gelap gelita tiba-tiba anak perempuan ku ahli syurga tu cakap, "Assalamualaikum ya ahli kubur". Berderau darah kejap sebab dia hanya akan cakap macam tu kalau nampak kubur. Tengok kiri hutan, kanan ada lembah. Mana ada kubur. Aku dan anak lelaki no 2 yang tingkatan 1 tu saling berpandangan.

Tiba-tiba nampak kereta Proton Saga tadi di belakangku. Jeling speed masa tu. "Laju pula kereta ni, tadi macam semut." fikir aku. "Entah-entah dia takut, nak tumpang berani ngan aku." minda positif aku pula berfikir.

Sunyi sepi, masing-masing fokus. Jauh giler rasa perjalanan time tu. Kejap aku lajukan, kejap aku slowkan. Dalam hati tak henti zikir. Proton Saga masih boleh kekalkan speed ikut rentak kereta aku. Adalah 2, 3 biji lori yang aku potong, dia tetap ikut.

Sampai satu kawasan yang gelappppp sangat, dia bagi signal nak potong, aku pun slow lah sikit. Time dia overtake, kakak pun tengok kereta, 'bye bye!'. Kak Sya lambai kereta dengan ceria, macam lah orang tu babai balik. Time kereta tu selari dengan kereta aku, aku pun jeling lah untuk angkat tangan.

Ish! tak nampak apa-apa. Cermin gelap sangat. Siapa kak Sya lambai? Selepas potong kereta aku kurang dari 5 minit. Tup! dia tutup semua lampu... Wah! nerves aku... terus pasang highlight. Takde, tak kelihatan langsung. Nobody... Aku pun diam, tak mau risaukan anak-anak. Tekan minyak, zikir dan selawat dengan kuat, biar anak-anak follow. Terus zussssss.... macam ribut.

Dalam hati aku tak mau fikir apa-apa, Allah lebih mengetahui. Aku doa keselamatan sepenuh hati. Dari sign Kampung Raja 5km malam tu, menjadi 5km yang paling panjang pernah aku lalui.

Akhirnya aku sampai, dan sampai hotel lama sikit di atas sejadah. Syukurrrrr... sangat. Kini 1 tahun berlalu, sikap terlebih berani tu takkan ku ulang. Kalaulah,.... Allah hu akbar. Apapun, kami happy sangat keesokan harinya. Perjalanan balik, of course pagi. hehehehehe.

Pengalaman Seram Di Hotel Tanah Rata


Assalamualaikum..aku nak ceritakan kisah seram aku sewaktu aku menginap di salah sebuah hotel di tanah rata,cameron highland. Kejadian berlaku pada bulan april 2018. Masa aku bercuti tu bukan waktu musim cuti sekolah atau hujung minggu. Aku kesana tengah2 minggu dengan suami & anak aku yg baru berusia 6 bulan waktu itu.

Hotelnya baru,bersih & bilik sangat luas. Pemandangan pun cantik. Setelah puas ronda2 disekitar cameron aku dan suami check in hotel jam 5 petang. Sebelum melangkah masuk ke bilik tu aku bagi salam,baca alfatihah dan ayat kursi. Itu memang kebiasaan aku. Tapi entah kenapa aku rasa seram sejuk masa melangkah masuk dalam bilik. Dalam hati aku fikir positif ‘sejuk kot cameron ni’ .

Setelah selesai rehat mandi dan solat maghrib,aku dan suami decide utk mkn mlm diluar. Masa tu jam 8 malam dan kami pulang ke hotel jam 9.30 malam. Masa tu anak aku dah tidur dalam kereta. Dan menjadi kebiasaan anak aku akan bgn jam 12 tgh malam. Tapi selalunya lepas tukar pampers dan menyusu dia akan terus tidur sebab dia blh dikatakan senang utk tidur kecuali dalam keadaan tertentu(contohnya demam dengan masa dia tak buang air besar 2 hari lebih). Tapi kali ni lepas menyusu dia terus menangis,aku bagi susu dia tak nak dia tolak2.

Sambil tutup muka dia kat perut aku. Aku pun check pampers dia balik, takde pulak membuang. Aku sapu minyak kat perut dia takut perut kembung,dengan pakaikan stoking takut dia sejuk. Tapi dia tetap jugak menangis. Lepas tu aku perasan dia tengok setempat kat penjuru dinding dkt dgn sliding door. Dia tgk penjuru tu lepas tu tutup mata lepas tu tengok balik lepas tu tutup mata balik. Aku dah rasa tak sedap hati,sebab anak aku menangis macam budak menangis nk melarikan diri dari sesuatu. Suami aku pulak tidur mati sebab masa hari kami bertolak dia baru habis kerja syif malam. Aku kejut dia kali pertama dia tak bgn,kali kedua dia tak bangun. Tiba2 terdengar ada org seret barang mcm kerusi meja kat bilik atas..perlahan tapi kuat. Anak aku pandang siling,lepas tu dia menangis lagi kuat. Baru la suami aku terjaga. Dia tanya kenapa dan aku cerita apa yg dah berlaku.

Suami aku pangku anak aku,dia masih lagi menangis. Suami aku suruh aku baca yaasin guna aplikasi dalam handphone. Aku pun baca tanpa putus. Masa tu kaki aku rasa seram sejuk kebas macam tu.tapi kat bahagian pergelangan kaki je.badan aku masih lagi rasa biasa. Suami aku baca ayat kursi dan ayat 3 Qul. Tiba2 aku terdengar orang main campak guli pulak kat atas bilik yg sama. Dan anak aku makin menangis dan menangis lagi. Dan Tiba2…..

Blackout!

Dan makin kuat dengar bunyi kerusi dan guli bermain2 dekat atas bilik. Suami aku call receptionist. Dia ckp seluruh cameron blackout dan dia akan hantarkan lilin utk kami. Setelah 30 minit menunggu dan sepanjang itu juga anak aku tak berhenti menangis,suami aku nak call balik receptionist tapi line telefon bilik langsung tak ada. Tak ada bunyi tutt tutt langsung.

Tiba2 pintu bilik hotel diketuk,dan tiba2 bunyi kerusi seret dan bunyi guli berhenti serta merta.masa tu jam 2 pagi, dah 2 jam anak aku menangis dan masih menangis lagi.Aku dan suami berpandangan sesama sendiri dan suami aku agak bengang sebab lepas 30 minit baru pekerja hotel nak hantar lilin. Sebelum suami aku nak bukak pintu aku pesan tgk dulu kat lubang bulat yg kat tengah pintu tu. Bila suami aku tengok kosong gelap tak ada org.

‘Gelap la,macam tak ada org ni’, lalu suami aku balik ke katil.

Kemudian bilik diketuk lagi sekali. Dan suami aku tak pergi bukak pintu sambil dia mengomel ‘nak main2 ni’. Lepas tu tombol pintu bilik aku seperti digoncang2 2-3 kali. Suami aku suruh aku call mak aku sbb mak aku pandai sikit bab2 mistik ni. Bukan dukun atau bomoh ye. Cuma dia diberi kelebihan oleh Allah dpt melihat dan merasa kehadiran benda2 ghaib.

Suami : cuba awk call mak.bagi tahu apa yg jadi

Aku : Line E la bang. Ptg tadi masuk bilik elok je pulak.husnuzon,mungkin bekalan elektrik dgn talian telekomunikasi dua2 not inservice kot

Suami : takpa,awk cuba sampai boleh.

Tiba2 bunyi guli dan kerusi seret dibilik atas bersambung balik. Dan suami aku meneruskan baca yaasin sbb anak aku pun sambung menangis dengan kuat.

Setelah lebih kurang 15 minit cuba, akhirnya aku dpt call mak aku tak suara putus2. Aku cuba send mesej tetapi asyik failed. Dan aku cuba call lg sekali. Akhirnya dapat! Aku bagitahu apa yang berlaku dan mak aku ckp jangan letak telefon. Tak lama kemudian mak aku bagitahu kat penjuru bilik tu ada 2 makhluk besar dan hodoh. Niat dia nak mengacau anak aku. Yg bunyi guli kat atas tu konco2 dia jugak.

‘Takpa, mak cuba buangkan. Sambung je baca ayat kursi dgn 3 Qul. Yaasin jangan putus’,mak aku berpesan. Lepas talian telefon dimatikan aku buat seperti apa yg mak aku suruh. 15 minit kemudian anak aku berhenti menangis serta merta dan kebas seram sejuk kt pergelangan kaki aku pun hilang. mak aku call aku semula.

Mak : hana dah tidur?

Aku : dah mak,tiba2 je terus senyap tak menangis.

Mak : okay,kalau ada apa2 call mak balik.

Baru aku nak lelap tiba2 kerusi dekat dalam bilik macam ada orang seret.

Aku pun cakap dalam hati ‘cukuplah kau ganggu anak aku yg tak bersalah ni. Aku datang sini nak bercuti dengan family aku,bukan nak buat benda jahat’. Keadaan time tu sunyi-sesunyinya.

Bunyi dengkur suami aku pun aku tak dengar. Aku tak dapat lelapkan mata,aku paranoid takut apa2 jadi kat anak aku lagi. Aku peluk erat anak aku nak make sure dia sentiasa ada dalam dakapan aku. Aku pun tengok jam. Dah hampir pukul 4 pagi! Aku hanya pejam mata dan terbangun balik. Pejam celik pejam celik.Tiba2 aku dengar azan subuh berkumandang dan seraya itu lampu pun terbuka semula. Macam pelik tp kejadian dari malam tadi dah memang pelik.Aku malas fikir dan terus amik wudhu solat subuh,barulah aku dapat tidur. Aku kejut suami aku untuk subuh sekali.

Pukul 9 pagi setelah siap2,sebab suami aku nak check out terus,kami breakfast dulu setelah itu pergi ke kaunter receptionist.

Suami : malam tadi berapa jam blackout dik?

Receptionist : blackout?tak ada pun encik. Kawan kami syif malam cakap semua elok je takde apa2 masalah.

Suami : eh yeke?bilik kami blackout. Sy call receptionist dia ckp nak hantarkan lilin tp sampai sy nk check out tak ada. Lepas tu line telefon terus terputus.

Receptionist : hmm sekejap ye encik. Saya call kawan sy syif malam tadi untuk tanya apa yg berlaku.

Setelah 5 minit.

Receptionist : encik,sy minta maaf sangat tapi kawan sy ckp mmg elektrik ada dan talian telefon pun berfungsi seperti biasa.

Suami : takpe la kalau mcm tu dik. Sy dgn isteri nak check out dulu.

Kami pun check out dan pindah hotel lain. Alhamdulillah tidak ada kejadian pelik berlaku di hotel lain yg kami duduk. Apa yg berlaku malam tadi,adalah perkara benar aku dan suami alami. Mungkin kita org dewasa sudah biasa dgn bunyi perabot diseret dan bunyi guli melantun2. Tapi utk bayi sekecil anak aku,mungkin dia nampak entiti yg menakutkan dimata dia. Wallahualam

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...