Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2020

Langsuir Berkenan Pada Suami


Cerita ini berlaku sewaktu kami bercuti di Cameron Highland. Selalu saya pi cameron mesti ngan family, tak berani nak pi berdua ngan husband.. so crita dia cm ni.. first trip kami stay kat SA Apartments @ Desa Anthurium (tanah rata) 

Ada 3 bilik, saya dan husband pilih master bedroom.. kat sana saya x nampak apa2 cuma feel suram sgt.. Adik dok bilik no 3, dia asik bagi tahu yang dia rasa seolah-olah ada org memerati. Naluri hatinya rasa seperti yang memerkati itu adalah seorang perempuan.. Tapi kami tak endahkan la sbb nk enjoy trip ni.. lagi pun dok semalam ja..

Selepas semua selesai kami balik ke Kedah, hantar parents balik, pastu kami pon terus balik la rumah kami.. Mlm tu tak ada apa2 lagi.. Keesokkan mlm pula, kol 3 pagi,saya pi la toilet dapur sbb toilet bilik paip rosak.. Masa nk masuk bilik tolak pintu terkejut lah saya..jadi jem kat tengah pintu..terpaku saya apabila nampak suami tidur terlentang, dan atas suami ada seorang pompuan sedang duduk, baju makhluk itu putih lusuh, rambut panjang serabai/kusut sedang perati suami saya.. Posisi mcm nak berhubungan intim.

Saya dok berdiri ni tengok saja dia..Ketaq menggigil habis badan...Start la baca ayat kursi bagai.. dalam dok baca ayat-ayat Al-Quran terus dia hilang.. Last2 buka lampu tidur...

Keesokkan harinya saya bgi tau la kat husband, dia terkejut la, dia kata memang dia mimpi semalam. Ada pompuan dok goda dia, cantik gila...

So maknanya benda tu ikot blik kami suami isteri.. tak tau sebab apa dia ikot.. mungkin bekenan kat husband kot, seriau ehh...


Where is my head?


Sebelum PKP, aku bertemu dengan rakan sekolah dahulu. Kami habiskan masa di hotel kerana jarang sangat berjumpa. Pertemuan kali itu dia ceritakan pengalaman semasa awal bekerja di Genting Highlands. 

Kawan aku, Rahman (samaran) setelah tamat ijazah bekerja sebagai technician IT di Hotel First World, Genting. Dia dan seorang lagi rakan sekerja Zaki (samaran) ditempatkan di sebuah bilik dalam hotel tersebut.

Suatu malam, mereka pulang lewat dari bilik IT,sekitar jam 12. Suasana lobi hotel agak sunyi. Adalah kelibat pelanggan yang berlegar di ruang lobi, yang kebanyakan bangsa Cina. Mereka naik ke tingkat 5, aras bilik mereka. 

Sebelum sampai ke bilik,mereka terlihat ada seorang wanita tertunduk-tunduk mencari sesuatu. Daripada postur badan, mungkin orang cina. Rahman menghampiri wanita tersebut,

" Miss, what are u looking, Can i help u ?"

" Oh yes, i am looking for my head!"

Wanita itu memandang  Rahman dengan wajahnya yang putih dan kosong, tanpa mata, hidung, serta mulut. Maka lari bertempiaran Zaki dan Rahman. 

Esoknya, mereka demam terkejut semangat. Supervisor mereka membawa rakaman cctv pada malam kejadian. Ternyata, tiada kelibat wanita cina,hanya mereka berdua yang berlari. Barulah beberapa orang staf membuka cerita. Hotel itu merupakan tempat orang kalah judi bunuh diri. Ada yang terjun dari tingkat tinggi dan ada yang gantung diri dalam bilik. 6 bulan sebelum Rahman dan Zaki masuk, ada kejadian seorang wanita cina yang mati dipenggal kepala oleh ceti haram. Semuanya akibat hutang judi.

Ahad, 6 Disember 2020

Diganggu Hantu Apartment Cameron Tingkat 3


Salam. Aku nak kongsi pengalaman seram yang berlaku sewaktu aku dan mak saudara aku pergi bercuti kat Cameron.

Kami menyewa sebuah apartment di tingkat 3. Bila dalam pukul 6 macam tu kami b jujuersembang dekat balkoni. Sewaktu rancak berborak, kami terkejut sebab pintu bilik tiba² tertutup sendiri sedang kan tak ada orang atau pun angin waktu tu.Kami terus tutup pintu dan masuk rumah.


Malam tu pulak, waktu aku dengan Mak saudara aku tengah tengok TV kami terdengar suara perempuan menangis dari luar balkoni. Kami terus mute kan TV dan semakin lama suara tangisan tu semakin kuat dan mendayu-dayu.Aku yang takut terus menangis dan duduk di atas sofa. Mak saudara aku memberanikan diri untuk menjenguk ke luar balkoni. Dalam 2/3 minit macam tu dia masuk dan muka dia cuak sangat. Aku dah syak ada benda yang dia nampak. Tapi aku diam buat tak tahu ja.Aku pasang TV channel keislaman dan kami kurang takut sedikit.


Then, Mak saudara aku dah tidur tapi aku tak mengantuk so aku main fon sambil makan keropok. Sewaktu aku nak ambik keropok tu aku terpegang satu “benda” yang keras dan melekit. Aku terus tarik tangan aku tapi tangan aku ditarik “benda” tu. Aku terus memandang ke arah tangan aku dan aku terus menjerit sekuat hati. Rupanya yang tarik tangan aku tu seorang perempuan dengan baju yang berdarah dan muka pecah sebelah. Kulit nya hitam dan bernanah.


Aku menangis dan aku hanya menyebut Allah berulang kali tapi “benda” tu cuma mengilai dan mendengus nafas marah kat aku. Mungkin dia panas. So aku cuba nak baca surah 3 qul tapi tangannya menutup mulut aku dengan kuat. Aku menggelumpur nak lepas kan diri. Aku terlepas and aku terus lari ke bilik Mak saudara aku. Jantung aku bagai nak tercabut bila aku nampak “benda” tadi tu tengah terapung di atas siling.


Aku tak tahu nak buat apa so aku baca surah al ikhlas. ALLHAMDULILAH, benda tu hilang. Aku pun Gerak Mak saudara aku tapi aku terkejut rupanya yang tu bukan Mak saudara aku tapi “benda” tadi tu. Aku pengsan. Tiba² aku terjaga sebab Mak saudara aku Gerak aku. Aku terus peluk dia dan cerita semua nya. Dia bagitahu tadi dia tak tidur tapi dia mandi. Kami tidur dengan alunan ayat al-Quran sebagai pendinding. ALLHAMDULILAH tak ada apa yang berlaku Selepas itu.


Esok nya kami pindah ke apartment yang lain tapi sekitar kawasan tu jugak. Aku ingatkan dah selamat. Rupanya kat sana pun sama. Tapi kali ni lain. Waktu aku tengah makan dengan Mak saudara aku pintu rumah diketuk. Bila aku bukak aku bagai nak pengsan. Aku nampak yang ketuk tu seorang lelaki yang tak ada kaki dan tangan muka dia buruk gila. Aku baru tahu dia ketuk guna kepala sebab tu kat pintu ada kesan darah yang dekat kepala dia tu. Aku hempap pintu tapi aku baca bismilah.


Aku terus sambung makan dan hiraukan benda tu. Mak saudara aku tanya apa yang jadi tapi aku tak cerita. Baru ja aku nak suap nasik dalam mulut pintu diketuk dan benda tu cakap.”huuuuuuuu……… Bukak lah pintu……. Tolong aku!!!!!!!……”.Aku memang takut sampai rasa macam nak tercabut jantung pun ada. Mak saudara aku yang ketakutan terus baling pinggang dia kat pintu sambil marah benda tu supaya tak kacau kami dah. Then, tiba tiba suasana jadi sunyi macam kat kubur pun ada. Aku tidur dengan Mak saudara aku malam tu.


Pagi² lagi kami pergi balik ke rumah kami. ALLHAMDULILAH tak ada gangguan Selepas itu.

Kak Rambut Panjang Dalam Hotel


Kisahnya sekeluarga ni pergi bercuti di cameron highland. Family ni lengkap la.. Ada suami, isteri & anak. Di jadikan kisah seramnya pada satu malam yang sepi, sejuk & dingin.. Almaklum la cameron highland katanya. Boleh feeling macam bercuti kat negara eropah katanya. Sejuk. Nak2 lagi kisah ni berlaku pada tahun 2008. Time tu cameron highland masih sejuk jugak la berbanding sekarang. Bila dah sejuk tu dah nama laki bini mula la rasa nak manja manja tapi tu la anak dia dok cerah biji mata layan kartun kat TV lagi. Macam2 trick si Ayah ni buat nak suruh si Anak tidur pun tak berjaya tapi akhirnya si anak tewas jugak bila si Ayah cakap kena tidur esok nak pergi ladang teh jalan jalan. Tidur lewat kang bangun lewat & lewat la pergi jalan jalan. Barulah anak tu boleh berpisah dengan TV.


Apa lagi Si Ayah terus tutup tv. Tak sabar la tu.. Kesian tabah menanti anak tidur demi nak ber honeymoon katanya. hikhikhik (gelak nakal). Lepas tutup tv bagai.. tiba tiba anak dia palingkan muka kebawah sementara badan dia menggigil gigil. Cuak la si Ayah ni tengok keadaan anak macam tu. Tapi mula2 si ayah ni fikir anak dia merajuk sebab tutup TV. Si Ayah ni cuba angkat muka anak tapi sedaya upaya di keraskan supaya muka dia tidak berpaling kearah ayahnya. Maka si Ayah pun angkat anak dia letak atas riba sebab keadaan anak dia nampak merisaukan. Si ayah mula memujuk tanya samada anak nak tengok TV lagi ke tapi anak dia gelengkan kepala. Di suruh anak tengok muka dia tetap anak tak nak hadap muka bapak dia. Jadi si ayah ni makin pelik la dengan perangai anak yang tiba2 jadi macam tu. Kemudian budak tu cakap dia takut. Si ayah terpaksa peluk & tanya anak tu apa yang di takutkan sedangkan dia ada dengan anaknya.. Perlahan lahan budak tu bagitahu ada kakak rambut panjang atas tv sedang pandang dia.

Ha kau! tetengah malam yang gelap anak bagitau kakak rambut panjang bertenggek atas tv. Ni bukan takat bulu roma boleh meremang rambut pun boleh terpacak tanpa bellkerim katanya. Hahahaha... Bapak pun mula gugup dah time anak dia cakap ada kakak rambut panjang atas TV tapi di beranikan diri jugak la demi keselamatan anak bini dalam bilik tu. Antara berani & takut dia cuba memerhati kearah TV dalam gelap untuk memastikan apa yang anak dia nampak. Mula2 tengok katanya tak nampak apa2 sebab lupa pakai cermin mata. Lepas pasang cermin mata dia mula nampak apa yang anak dia nampak. Rupanya kalau rabun jangankan orang, hantu pun tak nampak yer kalau tak pakai spek. Baru aku tau.. Jadi orang rabun kalau takut nampak hantu sila jangan pakai spek yer. hahahaha


Sekali lagi dia minta anak dia tengok atas TV samada masih ada benda yang dia nampak. Hujung hujung mata anak tu cuba tengok & bagitau kakak rambut panjang senyum kat dia pulak. Dah senyum pulak kakak ni.. Aduhai! Spoil cik abang nak honeymoon katanya. hehehehe. Tengok bini dia dengan sorang lagi anak nyenyak tidur macam tak ada apa2 berlaku sebab penat sangat. Maka mulut dia pun mula terkumat kamit membaca surah2 yang patut bagi menghalau gangguan tersebut. Alhamdulillah setelah melafazkan ayat al quran anak dia dah tak menggigil. Selepas tu di letakkan anak dia ke bawah & dia berdiri sambil membaca ayat kursi di depan TV & lembaga yang tak kelihatan tu dengan nada sedikit kuat seterusnya menghembuskan kearahnya. Selepas ritual menghalau hantu tu di buat dengan menggunakan ayat2 suci Al Quran dia suruh anak dia tengok sama ada kakak rambut panjang masih ada atau tak. Lega bila anak dia bagitau kakak rambut panjang tu dah tak ada.


Walaupun kakak rambut panjang dah tak ada tetap di teruskan mengalunkan ayat2 suci al quran sebagai pendinding. Selepas wuduk dia duduk membaca yassin sambil meletakkan sebotol mineral water yang di buka penutupnya. Biasa la kalau nak buat air yassin kan.. memang gitu la kekdahnya. Tapi masa aku pergi Alhidayah aku pelik jugak sebab perawat kat situ buat air penawar tak buka penutup botol air. Terus baca macam tu jer.. Sebab normally kat mana2 pusat rawatan Islam aku pernah pergi cara nak buat air penawar menggunakan ayat2 suci Al Quran ni memang penutup air di buka dulu sebelum mengalunkan surah2 yang di baca. Entahlah.. aku sendiri tak arif tetang rawatan Islam ni.


Berbalik pada cerita tadi.. selepas siap membaca yassin di renjis air tersebut di setiap penjuru bilik kemudian di suruh anak dia minum sikit. Alhamdulillah lepas tu tiada gangguan lagi. Tapi lepas tu tak tau la jadi ke tak cik abang tu ber honeymoon. hahaha kesian sebab kakak rambut panjang terskip honeymoon malam tu.


Aku pun pernah mengalami pengalaman seram yang melibatkan anak aku kat Melaka dulu. tapi aku dah pernah tulis dulu takkan nak ulang cerita kot. Tapi kat cameron highland selama aku dok pergi belum pernah berlaku kejadian kejadian seram. erkk.. aku pergi cameron highland setakat ni belum pernah bermalam. Jadi tu antara punca belum pernah di momokkan dengan hantu cameron highland kot. Tapi kalau pergi bercuti taknak la hantu dok spoil percutian aku. Tiap kali nak holiday pun kami sedaya upaya make sure takde terbawa makhluk besar (manusia) yang berisiko buat percutian kami spoil macam ni. 


Moral of the story.. Tak semestinya tempat berhantu je anda akan di ganggu makhluk halus (Jin) ni. Kadang2 tempat2 yang sebenarnya tak pernah ada sebarang gangguan mistik ni pun boleh berlaku kejadian mistik. Bila kita pergi bercuti ni merata tempat kita jelajah & kita tak tahu siapa ikut kita balik. Sebab peristiwa macam ni pernah berlaku pada anak aku dulu. Dari hutan dia ikut balik sampai rumah. Nasib baik gangguan ni berjaya di rawat melalui rawatan Islam. Jenis Jin tumpang tumpang ni memang macam tu perangai dia. Kita silap sikit je mula la dia cari sebab nak ikut kita balik. Jadi walau kat mana pun kita pergi beringat dalam dunia ni bukan kita je yang hidup tapi ada makhluk yang nampak & tak nampak menghuni bumi Tuhan.

Menginap Di Hotel Usang


Cerita ini terjadi kat aku masa tahun lepas, time raya Cina bulan Februari dan aku tak sure bagi pembaca seram atau tak tetapi aku sahre saja pengalaman aku semasa pergi bercuti dengan keluarga mertua aku. 

Okey, selepas aku kahwin bulan Disember 2016, aku rancang bawa keluarga mertua aku pergi 'honeymoon' satu keluarga sebab diorang tak pernah jalan jauh-jauh. Jadi aku yang setkan semua untuk diorang. Diorang just follow je. 

Aku pula jenis suka book hotel di Agoda sebab senang. Jadi, plan kitorang nak pergi Cameron Highland, kemudian pergi pula ke Lost World of Tambun. Jadi aku dah booking semua, tinggal tunggu hari saja nak pergi. Semua perkara aku dah settlekan. 

Tinggal beberapa hari saja lagi nak pergi, tiba-tiba plan bertukar sebab Tambun aku kena anjak satu hari untuk pergi sana. Jadi plan dah lari. Aku tempah satu apartment untuk bermalam sebelum gerak naik ke Tambun. Aku pun book apartment disebabkan murah, aku tak tengok langsung jarakdia dari Tambun dekat atau jauh. Aku booking saja. 

Sekali dalam perjalanan pergi, suami aku kata, "Ini dah jauh dari Tambun.". Rupanya aku dah terbooking apartment yang berada di Taiping, berdekatan dengan Bukit Merah. Oleh kerana tiada pilihan lain, kitorang pun on saja. 

Sampai di tempat apartment itu, kitorang berpusing 10 kali dan aplikasi Waze menunjukkan yang kitorang dah sampai di tempat itu. Tetapi yang peliknya, tak jumpa-jumpa juga aparment itu. Sekali lagi kitorang pusing, tiba-tiba jumpa. Mak mertua aku kata tempat ini dah pusing tadi tetapi kenapa tak nampak?

Kitorang sampai pada waktu maghrib. Aku masuk check in dulu. Di luar aku nampak ada beberapa buah kereta yang diletakkan di ruang tempat letak kereta. Aku pun tak hiraukan perasaan aku yang rasa dah lain macam. Masuk saja, aku tengok tempatnya seperti sudah lama ditinggalkan. Cuma ada dua orang receptionist.

Semasa aku check in, aku periksaan keadaan sekeliling yang sunyi seperti tiada orang. Selepas itu, laluan yang menuju ke cafe dan swimming pool ditutup, tak boleh dilalui. Aku diam sajalah dan aku dah mula rasa lain macam sangat bila tengok tempat itu seperti tak ada orang dan seperti telah lama ditinggalkan. 

Selesai check in, aku keluar nak ambil barang-barang. Sebelum itu mak mertua kau pesan pada semua baca ayat kursi dulu. Selepas baca, kitorang pun jalan naik lif. Masa tengah naik lif, aku, mak mertua dan suami dah masuk lif. Bila tiba giliran adik ipar aku, pintu lif tiba-tiba tertutup sedangkan suami aku dah tekan butang buka pintu lif. Maka tertinggallah adik ipar di bawah. 

Yang aku pelik, aku dapat tingkat tujuh dan apartment itu seperti tiada penghuni. Sampai di tingkat 7, pintu lif terbuka dan berderau hati aku tengok tingkat itu gelap gelita, tiada satu pun lampu. Jadi aku decide buka lampu telefon untuk mencari nombor bilik. 

Sampai bilik kitorang di hujung sekali, aku pegang kunci dan sebelum buka pintu bilik aku baca bismillah sebanyak tiga kali, itu yang mak aku ajar kalau nak masuk rumah, baca bismillah tiga kali. Aku buka saja pintu, angin kuat terus keluar dari bilik itu. 

Aku masuk saja, semua dah terpasang. Aircond, lampu bagai. Aku letak barang-barang dan seketika kemudian baru teringat adik ipar tertinggal di bawah. Suami kata dia nak turun ambil diorang. Jadi aku dengan mak mertua apa lagi, nak ikutlah sebab tak berani nak tinggal berdua. 

Malam itu, kitorang tak jadi keluar. Ikutkan plan nak pergi makan sebab kali terakhir makan pun tengah hari tadi. Selepas selesai solat semua, mak mertua aku cakap makan saja apa yang ada. Kitorang makan, tak berani nak keluar. Esok rancang nak keluar pada waktu pagi. 

Dengan tv yang tiada siaran, malam itu semua senyap. Tak ada bergurau ke apa, takut tempat orang nanti salah cakap lain pula yang terjadi. Kitorang masu kbilik masing-masing sebab ada dua bilik dalam apartment itu. Kitorang terus tidur. 

Alhamdulillah tak mengalami sebarang gangguan. Esok pagi bangun seawal jam 7 pagi, bersiap-siap dan hari pun dah terang. Aku buka pintu di beranda dan tengok ke bawah ada swimming pool yang airnya berwarna hijau dan di permukaannya bersepah dengan daun-daun kering. 

Aku cepat-cepat bersiap, jam 8 pagi kitorang keluar. Masa berjalan ke lif, aku baru nampak di setiap pintu-pintu aparment berkunci (disita) kecuali apartment yang kitorang tinggal malam tadi. Sampai di bawah, kitorang cari dua orang receptionist itu semalam, tak ada. Aku letakkan saja kunci di atas meja, kemudian beredar. 

Keluar saja kitorang tengok sekeliling kosong. Kereta-kereta yang ada semalam semua dah tak ada. Selepas peristiwa itu aku baca balik review yang ada pada iklan apartment berkenaan dan baru tahu apartment itu kali terakhir beroperasi pada tahun 2015. Ya Allah! Alhamdulillah kitorang tak kena kacau. 

Pengalaman Seram Di Hotel Tanah Rata


Assalamualaikum..aku nak ceritakan kisah seram aku sewaktu aku menginap di salah sebuah hotel di tanah rata,cameron highland. Kejadian berlaku pada bulan april 2018. Masa aku bercuti tu bukan waktu musim cuti sekolah atau hujung minggu. Aku kesana tengah2 minggu dengan suami & anak aku yg baru berusia 6 bulan waktu itu.

Hotelnya baru,bersih & bilik sangat luas. Pemandangan pun cantik. Setelah puas ronda2 disekitar cameron aku dan suami check in hotel jam 5 petang. Sebelum melangkah masuk ke bilik tu aku bagi salam,baca alfatihah dan ayat kursi. Itu memang kebiasaan aku. Tapi entah kenapa aku rasa seram sejuk masa melangkah masuk dalam bilik. Dalam hati aku fikir positif ‘sejuk kot cameron ni’ .

Setelah selesai rehat mandi dan solat maghrib,aku dan suami decide utk mkn mlm diluar. Masa tu jam 8 malam dan kami pulang ke hotel jam 9.30 malam. Masa tu anak aku dah tidur dalam kereta. Dan menjadi kebiasaan anak aku akan bgn jam 12 tgh malam. Tapi selalunya lepas tukar pampers dan menyusu dia akan terus tidur sebab dia blh dikatakan senang utk tidur kecuali dalam keadaan tertentu(contohnya demam dengan masa dia tak buang air besar 2 hari lebih). Tapi kali ni lepas menyusu dia terus menangis,aku bagi susu dia tak nak dia tolak2.

Sambil tutup muka dia kat perut aku. Aku pun check pampers dia balik, takde pulak membuang. Aku sapu minyak kat perut dia takut perut kembung,dengan pakaikan stoking takut dia sejuk. Tapi dia tetap jugak menangis. Lepas tu aku perasan dia tengok setempat kat penjuru dinding dkt dgn sliding door. Dia tgk penjuru tu lepas tu tutup mata lepas tu tengok balik lepas tu tutup mata balik. Aku dah rasa tak sedap hati,sebab anak aku menangis macam budak menangis nk melarikan diri dari sesuatu. Suami aku pulak tidur mati sebab masa hari kami bertolak dia baru habis kerja syif malam. Aku kejut dia kali pertama dia tak bgn,kali kedua dia tak bangun. Tiba2 terdengar ada org seret barang mcm kerusi meja kat bilik atas..perlahan tapi kuat. Anak aku pandang siling,lepas tu dia menangis lagi kuat. Baru la suami aku terjaga. Dia tanya kenapa dan aku cerita apa yg dah berlaku.

Suami aku pangku anak aku,dia masih lagi menangis. Suami aku suruh aku baca yaasin guna aplikasi dalam handphone. Aku pun baca tanpa putus. Masa tu kaki aku rasa seram sejuk kebas macam tu.tapi kat bahagian pergelangan kaki je.badan aku masih lagi rasa biasa. Suami aku baca ayat kursi dan ayat 3 Qul. Tiba2 aku terdengar orang main campak guli pulak kat atas bilik yg sama. Dan anak aku makin menangis dan menangis lagi. Dan Tiba2…..

Blackout!

Dan makin kuat dengar bunyi kerusi dan guli bermain2 dekat atas bilik. Suami aku call receptionist. Dia ckp seluruh cameron blackout dan dia akan hantarkan lilin utk kami. Setelah 30 minit menunggu dan sepanjang itu juga anak aku tak berhenti menangis,suami aku nak call balik receptionist tapi line telefon bilik langsung tak ada. Tak ada bunyi tutt tutt langsung.

Tiba2 pintu bilik hotel diketuk,dan tiba2 bunyi kerusi seret dan bunyi guli berhenti serta merta.masa tu jam 2 pagi, dah 2 jam anak aku menangis dan masih menangis lagi.Aku dan suami berpandangan sesama sendiri dan suami aku agak bengang sebab lepas 30 minit baru pekerja hotel nak hantar lilin. Sebelum suami aku nak bukak pintu aku pesan tgk dulu kat lubang bulat yg kat tengah pintu tu. Bila suami aku tengok kosong gelap tak ada org.

‘Gelap la,macam tak ada org ni’, lalu suami aku balik ke katil.

Kemudian bilik diketuk lagi sekali. Dan suami aku tak pergi bukak pintu sambil dia mengomel ‘nak main2 ni’. Lepas tu tombol pintu bilik aku seperti digoncang2 2-3 kali. Suami aku suruh aku call mak aku sbb mak aku pandai sikit bab2 mistik ni. Bukan dukun atau bomoh ye. Cuma dia diberi kelebihan oleh Allah dpt melihat dan merasa kehadiran benda2 ghaib.

Suami : cuba awk call mak.bagi tahu apa yg jadi

Aku : Line E la bang. Ptg tadi masuk bilik elok je pulak.husnuzon,mungkin bekalan elektrik dgn talian telekomunikasi dua2 not inservice kot

Suami : takpa,awk cuba sampai boleh.

Tiba2 bunyi guli dan kerusi seret dibilik atas bersambung balik. Dan suami aku meneruskan baca yaasin sbb anak aku pun sambung menangis dengan kuat.

Setelah lebih kurang 15 minit cuba, akhirnya aku dpt call mak aku tak suara putus2. Aku cuba send mesej tetapi asyik failed. Dan aku cuba call lg sekali. Akhirnya dapat! Aku bagitahu apa yang berlaku dan mak aku ckp jangan letak telefon. Tak lama kemudian mak aku bagitahu kat penjuru bilik tu ada 2 makhluk besar dan hodoh. Niat dia nak mengacau anak aku. Yg bunyi guli kat atas tu konco2 dia jugak.

‘Takpa, mak cuba buangkan. Sambung je baca ayat kursi dgn 3 Qul. Yaasin jangan putus’,mak aku berpesan. Lepas talian telefon dimatikan aku buat seperti apa yg mak aku suruh. 15 minit kemudian anak aku berhenti menangis serta merta dan kebas seram sejuk kt pergelangan kaki aku pun hilang. mak aku call aku semula.

Mak : hana dah tidur?

Aku : dah mak,tiba2 je terus senyap tak menangis.

Mak : okay,kalau ada apa2 call mak balik.

Baru aku nak lelap tiba2 kerusi dekat dalam bilik macam ada orang seret.

Aku pun cakap dalam hati ‘cukuplah kau ganggu anak aku yg tak bersalah ni. Aku datang sini nak bercuti dengan family aku,bukan nak buat benda jahat’. Keadaan time tu sunyi-sesunyinya.

Bunyi dengkur suami aku pun aku tak dengar. Aku tak dapat lelapkan mata,aku paranoid takut apa2 jadi kat anak aku lagi. Aku peluk erat anak aku nak make sure dia sentiasa ada dalam dakapan aku. Aku pun tengok jam. Dah hampir pukul 4 pagi! Aku hanya pejam mata dan terbangun balik. Pejam celik pejam celik.Tiba2 aku dengar azan subuh berkumandang dan seraya itu lampu pun terbuka semula. Macam pelik tp kejadian dari malam tadi dah memang pelik.Aku malas fikir dan terus amik wudhu solat subuh,barulah aku dapat tidur. Aku kejut suami aku untuk subuh sekali.

Pukul 9 pagi setelah siap2,sebab suami aku nak check out terus,kami breakfast dulu setelah itu pergi ke kaunter receptionist.

Suami : malam tadi berapa jam blackout dik?

Receptionist : blackout?tak ada pun encik. Kawan kami syif malam cakap semua elok je takde apa2 masalah.

Suami : eh yeke?bilik kami blackout. Sy call receptionist dia ckp nak hantarkan lilin tp sampai sy nk check out tak ada. Lepas tu line telefon terus terputus.

Receptionist : hmm sekejap ye encik. Saya call kawan sy syif malam tadi untuk tanya apa yg berlaku.

Setelah 5 minit.

Receptionist : encik,sy minta maaf sangat tapi kawan sy ckp mmg elektrik ada dan talian telefon pun berfungsi seperti biasa.

Suami : takpe la kalau mcm tu dik. Sy dgn isteri nak check out dulu.

Kami pun check out dan pindah hotel lain. Alhamdulillah tidak ada kejadian pelik berlaku di hotel lain yg kami duduk. Apa yg berlaku malam tadi,adalah perkara benar aku dan suami alami. Mungkin kita org dewasa sudah biasa dgn bunyi perabot diseret dan bunyi guli melantun2. Tapi utk bayi sekecil anak aku,mungkin dia nampak entiti yg menakutkan dimata dia. Wallahualam

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...