Memaparkan catatan dengan label Lebuh raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lebuh raya. Papar semua catatan

Ahad, 10 Januari 2021

Kelibat Lebuh Raya



saya nak kongsi satu pengalaman seram semasa saya sekeluarga dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung.

Kisah ni berlaku 3 tahun yg lepas.Masa tu kalau x silap, kami dapat bercuti awal kerana permohonan cuti saya dan suami telah diluluskan oleh majikan masing2,jadi kami berdua ambil keputusan untuk pulang ke kampung lebih awal.Memang excited sangat masa tu.Kebetulan kampung saya dan suami xjauh sebabnya kami memang berasal dari negeri yg sama.Jadi semua tu x menjadi masalah bagi kami.

Suami saya ni suka berjalan malam.Katanya sejuk dan tenang.Lagi satu jalan pun x sesak sangat.Sebagai isteri saya hanya menurut sahaja, walaupun jauh di sudut hati saya xberapa suka,sebab jalan ke kampung kami ni agak sunyi.

Di pendekkan cerita malam tu kami mula bertolak dari rumah lebih kurang pukul 1000 malam.Memang malam tu perjalanan kami lancar tanpa ada sebarang masalah.

Kami berhenti minum di Gombak sebentar bagi mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan kami ke Pantai Timur.Selepas selesai semuanya kami meneruskan kembali perjalanan kami.Kebetulan malam tu bulan penuh dan terang sangat.Sungguh cantik bila melihatnya.

Malam tu kereta memang xbanyak sangat atas lebuhraya.Perjalanan memang lancar sangat.Sebabnya kami balik awal jadi lebuhraya memang lengang time tu.Saya ni bila suami memandu memang saya takkan tidur sebabnya risau takut suami tertidur time memandu.So temankanlah dia berbual2 sambil mendengar radio.Walaupun kalau diikutkan memang mengantuk sangat2 time tu,tp sy tahan je.

Saya ni jenis suka melihat2 pemandangan di luar lagi2 time dalam kereta.Kebetulan tengah malam tu bulan mengambang penuh.Cantik sangat pemandangan time tu.Tengah asyik melihat kecantikan bulan tiba2 anak mata saya terpandang satu pokok yg sy lihat paling tinggi di tepi lebuhraya.Entah kenapa mata saya macam terpanggil supaya melihat pokok tersebut.

Bila melihat pokok tersebut saya terperasan macam ada kelibat sesuatu lembaga berwarna putih duduk diatas pokok tu.Dalam hati masa tu dah rasa 'benda tu' tapi mulut saya bagai terkunci nak bagitahu pada suami.

Saya terus melihat lembaga putih tu.Mulanya ia senyap tak bergerak tapi bila kereta kami mula bergerak jauh meninggalkan pokok tu,lembaga tu saya lihat mula melompat dan terbang dari pokok ke pokok sepanjang lebuhraya tersebut.Tindakan lembaga tu seolah2 bagaikan mengikut kereta kami.Masa tu saya mula rasa takut.Saya nak bagitahu suami yg sedang memandu tapi mulut saya masih terkunci.Saya dah mula menggigil ketakutan masa tu.

Kebetulan suami memandang saya time tu.Mungkin suami perasan saya macam org sedang ketakutan jadi dia memberhentikan kereta kami di tepi lebuhraya .Suami bertanya kenapa saya nampak takut macam ternampak hantu.?Mulanya saya nak cerita tapi saya risau nanti suami pulak jadi takut jd saya batalkan niat utk cerita padanya.Saya bagi alasan yg saya rasa macam nak demam.Mungkin angin malam yg sejuk buatkan badan saya rasa nk demam.

Mungkin si suami risau pada saya,dia kemudian keluar dari kereta utk mengambil baju sejuk di seat belakang.Saya kata xnak,tapi dia ambil juga baju sejuk tu di seat belakang.Masa tu saya betul2 rasa takut.Seolah2 saya dapat rasakan benda tu ada di sekitar tempat kami berhentikan kereta tersebut.Saya baca segala ayat2 AlQuran yg saya hafal dalam hati.Suami masuk balik dalam kereta dan dia bagi baju sejuk pada saya.Kemudian km meneruskan kembali perjalanan.

Masa tu suami saya pula rasa kehairanan Dan pelik .Kereta kami rasa berat sangat2.Langsung tak boleh guna gear 4 atau 5.Cuma boleh guna gear 3 dan 2 saja.Perlahan sangat kereta kami bergerak masa tu seolah2 membawa beban yg sangat berat.Mulanya suami sy ingat kereta kami rosak tetapi bila  tiba2 saja kami tercium bau yg sangat busuk.Bau tu seolah2 datangnya dari dalam kereta kami.Itu membuatkan suami saya tahu yg kami sedang di ganggu sesuatu.

Saya masa tu dah menggigil ketakutan..Hanya mampu memejamkan mata sambil menutup muka kerana terlalu takut.Bila melihat saya ketakutan yg amat sangat,suami tekad berhentikan kereta kami.Dia keluar dari kereta.Saya tak tahu apa yg suami saya buat time tu.Cuma yg sy tahu makin lama bau busuk tu semakin menghilang.Saya beranikan buka mata saya time tu.Saya lihat suami saya di sebelah menghulurkan sebotol air mineral.Dia suruh saya selawat dan minum air tersebut.Kemudian tuangkan sedikit air tu dan sapukan pada muka.Saya buat apa yg suami suruh alhamdulillah atas izin Allah saya rasa tenang kembali dan seolah2 mendapat semangat dari tadi.

Selepas itu alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tiada masalah seperti tadi.Kereta kami pun tak berat macam tadi.Hairan juga saya.Selama ni saya pun xtahu yg suami saya rupanya pandai juga bab2 rawatan ni.Saya tanya pada suami masa dalam kereta tu ,dia buat apa tadi sampai benda2 ni x ganggu dah.Suami saya hanya memandang wajah saya sambil dia tersenyum tanpa berkata apa2 pun.

Itulah pengalaman saya dan suami di ganggu masa kami ingin pulang beraya dikampung .

Sekian terima kasih sebab sudi membaca

Ahad, 6 Disember 2020

Mistik Highway KL - Ipoh

JALAN KL-IPOH kejadian ni berlaku adelah setahun lebih....ni aku dalam perjalanan dari KL ke Ipoh..ikut highway lah.. tempat kejadian aku tak beberapa pasti exactly maner tapi lebih kurang lepas perhentian tapah laaa........... 

Mase tu ktrang bertolak dr KL kul 1 pagi, br lepas keje trus bertolak. ingat sampai ipoh subuh kire ok la. sampai kat tpt kejadian tuh..jln mmg gelap, dan kebetulan takde kereta kat belakang, depan atau pun dr arah bertentangan. kire kete aku satu2nyalah kat jln tu. memula takde ape ler, pastu ade kwn aku ckp, seram gak ekkk sorang2 kat highway nih.... kita orang yg lain mengiyakan aje. mmg seram pon la, kiri kanan hutan..gelap..takde kete lain. 

Pastu tetiba ade bunyi bedebuk kat atas bumbung kete...terkejut beruk gak kami semua. pastu kete terasa berat semcm...kwn aku yg drive ckp nak berenti tengok....kitaorang semua cakap JANGANNNNN!!!!!!!!!!!..macam tulah lebih kurang. 

Kawan aku yg belah kiri tepi tingkap tu ade intai gak, ade ape....dia kata nampak mcm kain......PUTIH. ape lagi lagilah kita orang cuak....

Kebetulan dalam kereta tu ade kaset org mengaji...terus pasang. ade la dlm beberapa minit still sama. ade ler beberapa kereta lalu dr sebelah sana tp diorang tak perasan apae2 kot...pastu...bunyi berbeduk lagi skali tp kali ni perlahan skit. tetiba jer kete ringan.....n suddenly ktrang nampak mende tuh ...zastttt........terbang dpn ktrang trus masuk hutan.....huii..seramnnyaaaa............nasib baik masuk hutan, kalo dibuatnye bertenggek kat dpn bonet mau sasau kita orang dibuatnya. 

Sampai  sekarang tak serik gune highway tgh mlm....drive mlm2 best. 


Mistik Jalan Bukit Tinggi

 


JALAN BUKIT TINGGI -BUKIT 7 GUA MUSANG-KUALA LIPIS tarikh keramat 3 hb jun, aku pada masa tu mmg dah bersiap sedia untuk bertolak dari kl ke machang, kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. jadi mak n adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari kuantan ke machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui kl - machang.. bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tgh malam - 7.30 pg .. 

Aku drive sorang2 sahaja mengekori keta abang ku bersama isteri, adik ipar nya dan anak kecil nya melalui karak highway kemudian ke bentong dan raub serta melalui kuala lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan bukit tinggi antara kuala lipis gua musang dan juga bukit tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori2 berat menghalang laluan.. betul2 berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta2 lain..mmg aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat2 gelap cuma diterangi lampu kereta2.... 

Kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku x hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan2 bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba2 bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun2 kepala..time tu aku rasa mcm nak pitam.....semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku...mmg aku tak nampak tapi aku bleh rasa ...

Sebelum kejadian nie aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori2 berat yg perlu memandu dengan hati2 .. aku mula kuatkan bunyi lagu2 mp3 yg dipasang..time tu cd ayat2 al quran abang aku dah amik awal2 lagik . 

so aku just pasang mp3 lagu2 lama2 dengan kuat sambil mulut membca ayat2 quran... lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..

Aku capai hp nak call abang aku tapi time tu signal takde, aku kena abiskan jalan bukit2 dulu dengan benda tu..mmg terasa sgt aura dari belakang aku..keta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku... keta abg aku di depan dan aku dibelakang..pelik....lori2 berat tadi ke mana? tiba2 gelap ajer ...mmg pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut. apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas keta abg aku, 

Abg aku time tu katanya dah perasan ada something wrong ngan aku, so dia bagi aku pintas dia.....time tu lah bila abg aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku...abg aku terus high beam ...last2 benda tu hilang dengan sendiri nya... kami tak berhenti di tepi jalan malah terus sahaja perjalanan shingga sampai di ruang rehat gua musang... masa tu lah abg aku bgtau ada benda kat belakang keta aku, aku mmg tak nampak benda tu... 

Peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari kl-kelantan...bukan hanya cabaran dengan lori2 berat, namun cabaran ini tidak kurang hebat nya... begitulah peristiwa ngeri aku yg paling latest... 


Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...