Ahad, 6 Disember 2020

Pengalaman Seram Jalan Cameron Highland


Ingat lagi kisah last year 2014, masa suami dan anak nombor 3 pergi diving ke Pulau Tioman.

Tak nak mengalah dan merajuk juga sebab kena tinggal, buat keputusan last minute ke Cameron Highland.

Masa tu anak nombor dua balik dari sekolah dah maghrib. Tanya je pendapat, kita nak kemana ye. Anak kata, "jom balik kampung". Tak fikir panjang, terus capai beg isi baju start je kereta. Jalan punyalah jam, subhanallah. Baru teringat hari tu hari Jumaat. 8:30malam bertolak dari rumah, jam 9:30 malam baru sampai kawasan rehat Sungai Buloh.

Sampai situ, anak-anak merengek lapar. Berhentilah makan. Gedebak gedebuk kat situ je dah dekat sejam. Lepas tu, teruskan perjalanan. Letih je rasa. Anak-anak berdengkur dah. Hujan pulak...

Sampai je persimpangan Simpang Pulai kira-kira 11:30 macam tu, terdetik nak ke Cameron Highland lah. Tak larat rasanya nak sampai Alor Setar. Lagipun biasa datang ride ngan suami dari bawah ke atas, macam dekat je. Macam cepat je. Naik turun dua tiga kali layan corner pun macam tak kisah je.

Bismillah, terus zapppp korner. Mula-mula masuk jalan tu ok lagi, ada lah 2, 3 biji kereta ikut sekali. Elok 1/4 jalan, macam makin kurang. Gelap gelita. Sunyi sepi. Cuak dah dalam hati. Ada lah sikit-sikit rasa macam dah silap buat keputusan. Namun gagahkan diri lagi.

Separuh bukit tu, dah tinggal sebiji kereta aku je. Aduiiii makin lah rasa cuak. Tengok sign bord, Kampung Raja 19km. Lega sikit. Dalam gelap gelita tu tiba-tiba nampak sebiji proton saga lama slow di hadapan. Aku pun follow belakang dia, konon nak tumpang berani.

Lama juga lah follow, makin lama dia makin slow. Tengah-tengah hutan pula tu. Dup dap dup dap, makin nervous dah jadinya. Cuaca sejuk tapi peluh pun start keluar. Aku pun kejut anak-anak bangun. Semua terpinga-pinga, "Mama nak kemana ni?". "Cameron Highland." Jawabku ringkas.

Bila anak-anak bangun, rasa beranilah sikit. Aku pun ambik keputusan overtake jer proton saga biru tu. Terus tekan minyak laju lah sikit, nak bagi cepat sampai.

Dalam gelap gelita tiba-tiba anak perempuan ku ahli syurga tu cakap, "Assalamualaikum ya ahli kubur". Berderau darah kejap sebab dia hanya akan cakap macam tu kalau nampak kubur. Tengok kiri hutan, kanan ada lembah. Mana ada kubur. Aku dan anak lelaki no 2 yang tingkatan 1 tu saling berpandangan.

Tiba-tiba nampak kereta Proton Saga tadi di belakangku. Jeling speed masa tu. "Laju pula kereta ni, tadi macam semut." fikir aku. "Entah-entah dia takut, nak tumpang berani ngan aku." minda positif aku pula berfikir.

Sunyi sepi, masing-masing fokus. Jauh giler rasa perjalanan time tu. Kejap aku lajukan, kejap aku slowkan. Dalam hati tak henti zikir. Proton Saga masih boleh kekalkan speed ikut rentak kereta aku. Adalah 2, 3 biji lori yang aku potong, dia tetap ikut.

Sampai satu kawasan yang gelappppp sangat, dia bagi signal nak potong, aku pun slow lah sikit. Time dia overtake, kakak pun tengok kereta, 'bye bye!'. Kak Sya lambai kereta dengan ceria, macam lah orang tu babai balik. Time kereta tu selari dengan kereta aku, aku pun jeling lah untuk angkat tangan.

Ish! tak nampak apa-apa. Cermin gelap sangat. Siapa kak Sya lambai? Selepas potong kereta aku kurang dari 5 minit. Tup! dia tutup semua lampu... Wah! nerves aku... terus pasang highlight. Takde, tak kelihatan langsung. Nobody... Aku pun diam, tak mau risaukan anak-anak. Tekan minyak, zikir dan selawat dengan kuat, biar anak-anak follow. Terus zussssss.... macam ribut.

Dalam hati aku tak mau fikir apa-apa, Allah lebih mengetahui. Aku doa keselamatan sepenuh hati. Dari sign Kampung Raja 5km malam tu, menjadi 5km yang paling panjang pernah aku lalui.

Akhirnya aku sampai, dan sampai hotel lama sikit di atas sejadah. Syukurrrrr... sangat. Kini 1 tahun berlalu, sikap terlebih berani tu takkan ku ulang. Kalaulah,.... Allah hu akbar. Apapun, kami happy sangat keesokan harinya. Perjalanan balik, of course pagi. hehehehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...