"Penatnyer Leha....."
Ainon mengeluh sambil mengurut ngurut tapak kakinya yang terasa sengal. Leha memandang ke arah Ainon sambil tersenyum.
"Kau nak tidor kat bilik aku ke malam ni?"
Soal Leha kepada Ainon. Ainon mengangkat kepala dan tersengih memandang ke arah Leha,
"hehehe..mestilah. Bilik aku ngan bilik Ecah masih tak siap kemas lagi. First night kat umah baru ni.. kita rasmi bilik kau jelah ea Leha? hehehehe"
Jawab Ainon sambil mengambil bantal dan menyandar ke kepala katil. Ecah yang baru siap mandi masuk ke dalam bilik Leha siap berpakaian baju tidur,
"Wei muat ka kita tiga orang tidor ni?"
Ecah bertanya sambil sinis memandang ke arah Ainon yang sudah berada di atas katil. Leha yang masih lagi mengemas almari pakaiannya ketawa memandang ke arah mereka berdua. Ainon sedikit berisi berbanding Ecah dan Leha. Sudah pasti kata kata Ecah itu merupakan sindiran kepada Ainon. Ainon mengambil bantal dan melontar ke arah Ecah,
"Amboi.. mulut. Macam takde insurans.. esok datang opis aku!"
Jawab Ainon kepada Ecah,
"Nak buat apa?"
Soal Ecah kembali kepada Ainon,
"Amik insurans. Cover mulut kau tu.. cakap bukan main sedap lagi kau kan.."
Ecah dan Leha tertawa mendengar rungutan Ainon. Malam itu merupakan malam pertama mereka berada di rumah sewa baru mereka. Sebuah flat kecil terletak di tingkat empat. Kebetulan ketika hari mereka berpindah masuk ke kediaman baru mereka, kebanyakan jiran tetangga bercuti pulang ke kampung kerana cuti umum yang panjang.
Sudah menjadi rezeki mereka untuk memliki rumah sewa yang murah harganya. Perkenalan Leha dengan Puan Ratna membolehkan mereka bertiga menyewa di situ. Rumah flat itu merupakan salah satu aset milik Puan Ratna yang kebetulan sudah lama tidak digunakan lagi. Rumah itu mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Namun salah satu bilik paling kecil telah dikunci oleh Puan Ratna kerana ianya dijadikan stor bagi menyimpan barang barang milik arwah suaminya yang sudah lama tidak digunakan. Ini kerana Puan Ratna telah berkahwin semula dengan seorang lelaki dari seberang.
Bilik utama menjadi bilik milik Leha manakala Ecah dan Ainon berkongsi bilik di bilik yang kedua. Malam pertama itu, ketiga tiga mereka tidur berkongsi tempat di bilik milik Leha.
TIk Tok Tik Tok! Kukukuku!!
Jam diding lama di rumah itu telah berbunyi, sudah hampir jam satu pagi. Leha baru saja siap mengemas manakala Ecah masih lagi menghadap laptopnya di atas katil bagi menyiapkan tugasan. Ainon pula sedang bergolek golek tidur ayam kerana lampu bilik Leha masih lagi terang benderang. Leha menegur Ecah,
"Cah, nak tidur tak? dah kul satu ni.. esok nak kena kuar pagi. Rumah kita ni dahlah jauh sikit dari opis.."
Ecah mengangguk sambil mengemas laptop dan dokumen dokumen tugasannya. Akur dia dengan permintaan Leha.
"Aku tutup lampu ea...."
Leha berkata pada Ecah. Ecah mengangguk,
"Tutuplah.. terang sangat kang takleh nak tidor. Lagipun jimat sikit. hehehe"
Leha terus menutup lampu dan berlari ke atas katil berbaring di sebelah Ecah. Manakala Ainon berbaring di hujung sekali merapati dinding.
Kerana terlalu letih mereka semua mula tertidur.
Jam 2.00 pagi,
DAM ! DAM ! DAM !
Halus dan sayup kedengaran bunyi seolah ketukan pada salah satu pintu bilik di rumah itu. Leha terjaga kerana terdengar bunyi ketukan itu,
DAM! DAM! DAM!
Leha terus terbangun. Dia mengusap usap matanya, dia cuba melihat dari mana arah bunyi itu datang.
DAM! DAM! DAM!
Bunyi itu kedengaran sekali lagi! Leha mula menjadi resah, dia cuba mengejut Ecah yang berada di sebelahnya,
"Cah! Cah! bangun cah! ada bunyi orang ketuk pintu dalam rumah kita ni cah! Cah.. bangunlah cah!"
Tanpa membuka mata, Ecah menjawab kepada Leha,
"Ha.. tidurlah. aku ngantuklah. Kau ngigau apa.."
"cah! aku betul betul dengar... cah bangunlah.."
Ecah tidak melayan malah dia mengambil bantal dan menutup mukanya. Dia benar benar ingin tidru. Leha cuba mengejut Ainon,
"Non... non.. non.. bangun non.."
Ainon ternyata tidur lena dan tidur mati kata orang. Yang kedengaran hanya dengkuran kecil dari Ainon.
"Ha! tidor... tak payah nak pikir sangat!"
Ecah bersuara meminta agar Leha menyambung tidurnya. Leha pun berbaring semula. Namun hatinya merasa resah dan gelisah. Dia benar benar merasakan apa yang didengarinya itu adalah benar, bukan mainan perasaannya. Leha cuba untuk melelapkan mata, namun perasaannya mula menjadi tidak tenang. Dia semakin gelisah. Tiba tiba,
EEEKKKKK DUM!
Kedengaran seolah bunyi pintu tertutup dengan kuat. Leha semakin gelisah. Dia ingin mengejut Ecah namun sudah pasti Ecah tidak akan mengendahkannya. Leha terus menarik selimut dan menyelubung dirinya dari kaki hingga ke kepala. Dia cuba untuk memejamkan matanya. Wajah Leha mula dibasahi keringat kerana kegelisahan dan rasa cemasnya. Ditambah lagi haba berada didalam selimut tersebut.
Tap! sreeekk.. Tap! Sreeekkk.. Tap! Sreekk..
Leha terdengar bunyi bagaikan sesuatu sedang terseret di atas lantai. Leha benar benar ingin melihatnya namun perasaan takut menyelebung dirinya. Mulut Leha kini sudah mula kumat kamit membacakan apa saja ayat kalimah suci yang terlintas dibenak fikirannya.
Sreeeekkkkkk DUP!
Kedengaran bunyi itu bagaikan berada di atas almarinya. Leha cuba memberanikan diri mengintai apakah yang sedang berlaku. Dia mengintai sedikit dari dalam selimut memandang ke arah almari kayu yang berada tepat dihadapannya,
"Allah!!"
Leha hanya mampu menjerit didalam hati. Dari samar samar lampu yang berada di luar koridor rumah dan menembus tingkap biliknya. Dia dapat melihat ada helain rambut yang panjang berjurai menggerbang dari atas almari hingga mencecah ke lantai. Tubuh Leha mula menggigil. Menggigil kerana ketakutan yang teramat sangat. Leha cuba untuk memejamkan matanya. Tiba tiba, kedengaran suara garau berbisik mengerikan di dalam bilik itu. Malangnya, Leha seorang saja yang mendengar bisikan itu,
"Saaaaaaaaaatu... dah tidur... Duuuuuuuuuuaaaaaaaa... hehehe dah tidur.. Tiiiiiigaaaaaaaaaaaaa.... Tigaaaaaaa...... hehehehe!"
Tiba tiba suara itu menghilang. Leha menngintai dari dalam selimutnya. Apa yang dilihatnya tadi telah tiada. Leha menarik nafas lega. Leha meraup wajahnya,
"Perasaan aku je tadi kot..."
HUARRRGGGGGHHH!!!!
KAIN SELIMUT LEHA DIRENTAP LAJU! MAKHLUK YANG TADI BERADA DI ATAS ALMARI KINI SEDANG BERDIRI DI HUJUNG KAKI LEHA! DIA MEMANDANG TEPAT KE ARAH LEHA DENGAN PANDANGAN YANG MENGERIKAN!
"TIGAAAAAAAAAA BELUM TIDUR! HUARRRGHHHH!!!"
Makhluk jelmaan mengerikan berwajah menggerutu dan tanpa bebola mata itu terus menerkam ke arah Leha. Dia menutup mulut Leha. Lidahnya mula keluar menjalar dari dalam mulutnya dan menjilat wajah Leha. Leha tidak mampu untuk berbuat apa apa. Rakan rakannya langsung tidak menyedari apakah yang sedang berlaku pada dirinya. Leha keseorangan berhadapan dengan makhluk itu.
SLURRRPPPPPPP!!!!!
Lidah makhluk itu yang berbau seperti bangkai dan air liur yang pekat berbau nanah menjilati wajah Leha. Dia merapati wajah Leha dan berbisik ke arah telinga Leha,
"Kau milikku!!!"
Kraakkkk!!! Leher Leha direntap oleh makhluk tersebut.
Keesokan paginya, Ainon dan Ecah bangun dari tidur dan melihat Leha tiada di tempatnya. Leha hilang! Tidak ditemui keberadaannya. Seminggu selepas itu, Ainon dan Ecah berpindah keluar dari rumah tersebut. Kehilangan Leha menjadi satu misteri. Yang ada hanya tompokan darah kecil di bantal milik Leha. Namun darah itu bukan milik Leha.
Malam malam berikutnya, kelihatan sebuah kenderaan masuk ke kawasan parkir flat itu. Ketika penghuni flat yang lainnya sedang tidur nyenyak, kelihatan seorang wanita lewat 40an keluar dari kereta dan memandang ke arah tingkap rumah flat yang pernah diduduki Leha, Ainon dan Ecah. Dia memandang sambil tersenyum sinis,
"Esok aku bawakan kau sesuatu yang lebih segar sebagai jamuanmu! Kau tetaplah di situ....."
Puan Ratna tersenyum dan dia kembali masuk ke dalam keretanya dan terus berlalu pergi.
Sekian, Selamat malam. Semoga Allah sentiasa melindungi mu dan keluargamu dari anasir anasir jahat yang tidak kita ketahui. Wallahuallam. Selamat malam...