Memaparkan catatan dengan label Fraser Hill. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fraser Hill. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2020

Akibat Membuang Pad Period


Cerita ini pengalaman nor masa pergi ke fraser hill...teruja sangat waktu ini, melompat rasa, berbunga dihati maklumla ditanggung sepenuhnya..freelah katakan...kami pergi convoi dalam 3 buah kereta...kami sampai di fraser hill waktu hari hampir senja.

Kami pun berkumpul dan tibalah waktu pembahagian bilik...kami dapat bilik yang terakhir membelakangi hutan. Rasa seram pulak, dahla kawasan sekitar  agak sunyi, bilik kami pulak berlatar belakangkan semak dan berhutan...kami duduk berempat satu bilik..

Salah seorng kawan nor ni datang bulan..(period),dipendekkan cerita dia ni jenis yang  degil...banyak kali dah ditegur jangan membuang pad sembarangan... tetapi dia memang tak peduli dan tak mengendahkan teguran kami malah mencebik dan mengatakan kami ni kolot.

nor Malam tu lepas solat, nor kedapur dahaga sangat rasanya..tetiba nor terdengar bunyi suara srot!!!!srott!!! srot!!!...meremang bulu roma..mengigil kaki dan tangan hingga hampir terlepas gelas di tangan. nor pun bergegas ke depan memanggil kawan untuk melihat dan mencari datangnya suara tersebut.Kami pun memberanikan diri membuka tingkap, subhanallah, kami ternampak satu lembaga,lidahnya sangat panjang....

sedang menghisap darah di pad sue dengan rakusnya.... mengigil seluruh badan,.. mengeletar waktu itu hanya allah yang tahu.Kami terpaku dan terdiam sambil mengosok gosok mata, seolah-olah tak percaya dengan apa yang kami lihat.Kami mengambil keputusan untuk mendiamkan diri, risau teman teman yang lain akan menjadi takut.

Esok nya nor lihat sue dengan mukanya yang pucat...lemah je.. nor bertanya " sue demam ker"..dengan suara yang lemah dia menjawab " entahla nor badan ni rasa letih dan lesu"

Kami tinggal di fraser hill lebihkurang 3 hari camtulah. Kami jadi risau sebab sue tetap dengan perangai degilnya masih juga membuang pad tanpa dicuci dahulu, tapi sue seolah berbangga dengan perbuatannya.

Hampir 3 malam jugalah nor dan kawan-kawan terdengar bunyi yang aneh macam bunyi jilatan dan mencakar cakar di tingkap bilik dan dapur, kami jadi takut dan rasa ingin cepat balik. Keadaan ini membuatkan kami bertambah risau bila melihat keadaan sue yang semakin lemah. 

Akhirnya pada malam terakhir di fraser hill, barulah nor memberitahu pada sue tentang kejadian itu, sue menangis teresak-esak dan dia kata seluruh  badannya sakit, biru lebam dan dia ada ternampak lembaga itu tengah mengisap dan menjilat darah yang ada pada padnya. Sue juga berkata hampir setiap malam dia rasa ada lembaga yang masuk bilik dan tidur disebelahnya... Hal ini sue diamkan kerana takut akan menjadi bahan pada teman yang lain...

Esok nya kami turun dari fraser hill, nor terus bawa sue berjumpa dengan nenek untuk berubat. Nenek kata "mujur sue cepat berubat sebab lembaga tu dah sedap dah mengisap darah sue dan hampir mengikut sue balik" syukur sue pulih lepas nenek rawat..dan nenek berpesan.." jangan sesekali buang kekotoran kita merata tempat terutama pad tanpa dicuci terlebih dahulu ingat tu".....kadang kita ni memang malas nak cuci pad, terus je campak kat tandas atau tong sampah.

Harap nya pada pembaca wanita...ambil lah ni sebagai nasihat dan pedoman...sekarang ni sue memang dah  berubah...dia akan basuh pad sebersih bersihnya dan balut dengan kertas atau tisu sebelum dibuang merata

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...