Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Ahad, 13 Disember 2020

Kelibat Anak Taska

 


Kisah ini tahun 2005-'06. Waktu ini saya jadi surirumah kerana berhenti kerja mengasuh anak².

Kebetulan satu hari ada iklan mencari guru Tadika dan pengasuh Taska di kawasan perumahan saya. Saya pun mencuba nasib memandangkan waktu siang saya tiada aktiviti kerna anak² bersekolah.

Akhirnya saya diterima mengajar di Tadika disitu. Memandangkan jarak rumah hanya selang 4 buah rumah, sya pun ditawar utk jadi pengasuh taska waktu petang. Saya pun okay saja sebab boleh lah ada extra income dari takbuat apa².

Bermula lah kehidupan sebagai guru dan pengasuh taska. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah satu insiden di Taska selepas 3 bulan saya mengajar.

Saya sewaktu ini mengajar kelas petang di Tadika. Tiba² seorang pengasuh datang berlari ke tadika dan maklumkan pada saya..

"Teacher², ada budak hampir lemas dalam taska"..katanya.

Saya pun berlari ke taska sambil suruh panggil Pengetua Taska dan Tadika. Kanak² tu sudah lembik dan biru dan berdarah bibir. Macam2 kami buat hinggalah telepon ambulan. Tak bole jadi, saya suruh kak Maz angkut budak tu ke kereta terus ke klinik yang berhampiran.  Takut lagi lama budak tu boleh mati.

Alhamdulilah nyawa anak tu masih panjang dan 10 minit kemudian pengetua datang menangis hampir rebah di pintu bilik rawatan Sya katakan tunggu ibubapa kanak2 tu datang ke klinik. Hampir 2 jam semua setel dan kanak² itu dihantar ke hospital Selayang untuk perhatian lanjut. 

Seorang pengasuh dikatakan hayal tak sedar. Selepas mandi beramai², salah seorang kanak² disitu masuk semula ke bilik air dan mandi sendirian sedang pengasuh sibuk memakaikan baju dan membedak kanak2 yang lain.

Ikut kata pengasuh si Kak Maz, lepas mandikan budak², dia bawa semua utk pakaikan baju, dalam tu mereka tak perasan masa bila si Tuty ke bilik air. Lepas nak dah setel,baru kak Maz perasan, Tuty xde ..dia bangun panggil Tuty ingatkan merayau ke bilik lain.. cari Tuty di bawah pun xde, terus dia masuk bilik atas dan cek bilik air. Tengok² Tuty dah terlungkup muka dalam besen dan ada darah. Kemungkinan dia bangun tapi licin dan terlunkup muka dalam besen air.

Selepas kejadian tu, 2 bulan kemudian Tuty meninggal dunia katanya sbb jangkitan paru² berair. 

Disinilah bermulanya...

Satu hari kak Maz minta balik kampung selama 2 minggu kerana jenguk mak dia sakit di Negeri Sembilan. Jadi pengetua pun minta saya cover Taska habis waktu tadika sebab kekurangan staff. Takut budak ramai pengasuh tak bole cope. Saya ditugaskan jaga kanak² perempuan di bilik atas seramai 15 org. Umur dari 2 tahun ke 5 tahun.

Satu hari tu lewat tengahari, saya mandikan budak² sebab mak bapak mereka nak ambil kerana setengah hari. Memang saya jenis mandikan budak tengahhari bila lepas makan utk dijemput pulang. Agar budak² cergas dan bersih. Masa ni hanya ada dalam 7 orang je hari Sabtu. Saya pun mandikan lah sambil2 suruh mereka beratur di tepi dinding bilik air.. sambil mandi2 saya pun cakap² dengan mereka.  

Masa mandi tiba² bulu roma saya merinding ..rasa berdebar tapi saya buat tak tahu. Tiba² mata saya mengira ada 8 orang budak berdiri..cepat2 saya istifar dan mandikan semua sekali sambil mulut terkumat baca Al-fatihah. Nak hampir habis baca.. tiba² sorang budak ni Aina cakap..

"Mama..mama ..Tuty tak mandi lagi..tu dia"

Pergh..berdesup berderau darah saya dengar. Cepat² saya bawak Aina keluar dengan budak² kata mama mandikan awak dulu. Keluar saya tutup pintu bilik air dan pakaikan baju cepat² utk semua. Habis pakai baju saya nak bawak turun mereka tgok TV sambil tunggu makbapak dorang.

"mama.. Tuty cakap dia sejuk..nak mandi tunggu mama" tiba-tiba si Aina ni cakap lagi.

Saya terus cakap Aina, katakan kat Tuty, nanti saya mandikan dia bila semua balik. Aina pun angguk lepas tu cakap mcm tu memandang pintu toilet yang terkuak.. bukankah saya dah tutup...

Habis bawak turun budak-budak,  saya bagitau sama Nora pengasuh lain, jangan naik atas sebab ada gangguan kecil. Nora ni penakut...dia pi bukak pintu rumah luas² dan langsir. 

Saya naik bawa garam sedikit dan tetiba mata terpandang daun dekat pagar dapur, saya keluar terus patahkan 3-4 helai pandan. Saya terus naik ke atas tuju bilik atas.

Masuk je pintu bilik.. 

KELIBAT TUTY DI TEPI TOILET. RAMBUT PANJANG SEOLAH² SETAHUN TAK BASUH RAMBUT..

Bau hapakk memenuhi bilik. Saya pun bagi salam kepada semua penghuni rumah dan alam. Kabus asap kelibat Tuty hilang bila saya baca Ayat Qursi dan qamat kecil. Saya masuk bilik air dan isi air dlm bekas garam dan daun pandan saya ikat 3 ikatan sambil baca ayat ajaran arwah Tok saya. Bau hanyir seolah darahh busuk mencengkam hidung saya. Taulah saya bahwa  ada orang mendajal Taska ini. Ini diluar kekuatan saya sebagai manusia biasa. 

Saya telepon Pengetua dan beritahu dia. Usahakan cari Ustaz atau orang yang pandai. Habis saya cakap di telepon. Bunyik benda mencakar² dan bau busuk menerpa hidung. Saya rasa sangat marah sebab dirumah ini ada kanak-kanak. Saya amek baki garam, baca 3 x ayat Qursi dan baling ke dalam bekas besen dan sekeliling bilik. Senyap dan busuk hilang.

Ada lebih saya bawa dan renjis bilik hujung budak lelaki dan toilet serta ruang tengah.

Bawa hingga ke dapur dan luar pagar. Akhirnya saya simbah simen pintu depan dengan berdoa pada Allah..mohon dipelihara anak² serta mereka yang menumpamg di rumah ini.

Esok Ustaz datang dengan pengetua untuk tawarkan. Terkejut saya dengan yang lain bila tingkap bilik pecah tiba-tiba waktu Ustaz baca dan laungkan Azan. 

Akhirnya semua dapat dipulihkan. Sebab kejadian kematian Tuty, ada yang amek kesempatan mengenakan sihir untuk merosakkan bisnes Pengetua. Tapi bila ustaz kata Taska dan Tadika telah dipagar baru² ni, Ustaz kata siapa yang pagar dengan bau daun Pandan?

Saya terkejut dan terus mendiamkan diri. 

Selepas setahun setengah, saya berhenti bila dapat kerja semula. Macam² peristiwa di Taska dan Tadika.

Yang baik adalah ehsan Allah, yang buruk adalah peringatan utk kita.

Sekian.


Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...