Memaparkan catatan dengan label Ruqyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ruqyah. Papar semua catatan

Rabu, 9 Disember 2020

Pengalaman Ruqyah Halau Pendamping


Sejak berumur belasan tahun aku sudah mula beramal dgn ilmu2 pendinding/perawatan yg kemudiannya aku sedar ianya tidak berlandaskan syarie krn percampuran antara ayat2 suci dan bahasa/ayat2 selain ayat quran. Bila semakin dewasa aku telah membuang semua amalan2 tersebut (tak perlulah aku detailkan benda2 tersebut) dan aku mula mempelajari ruqyah syarie sewaktu isteri dan keluarga aku ada gangguan sihir. Aku hanya mempraktiskan ruqyah/syifa' utk keluarga terdekat shj. Belum bersedia utk org lain walaupun ustaz/cikgu ada yg ajak aku ikut meruqyah. Sehinggalah aku berdepan dgn situasi yg memerlukan bantuan aku.

Ina (bukan nama sebenar) adalah seorang fresh graduate yg baru bekerja ditempat aku. Ina mengaku sering terlihat penampakan/gangguan sejak dari zaman study lagi. Pada aku dia ni mmg tabah dan kuat bila diuji sebegini. Dia msh blh bertenang jika ternampak apa2 disekitar dia melainkan jgn makhluk halus itu menyergah mmg dia akan terperanjat. 

Pada 1 mlm kami balik lewat sekitar 10.30 mlm dan sedikit pelik bila Ina minta aku drive follow kereta dia sampai kerumah dia. Aku dah maklum yg dia tinggal disebuah pinggir kampung yg bersebelahan dgn hutan. Sebelum sampai ke kwsn kampungnya akan melalui sebuah terowong yg diatasnya adalah rel/lintasan keretapi. Sewaktu melalui lorong tersebut aku perasan Ina memandu agak perlahan dan selepas melepasi terowong tersebut keretanya semakin perlahan. Aku curiga dgn apa yg berlaku jadi aku highlightkan kereta aku supaya dia sedar aku masih dibelakangnya. 

Apa yg berlaku sewaktu melalui lorong itu, dia telah disergah oleh seperti makhluk berwajah buruk ditepi tingkap keretanya yg bersebelahan dinding terowong. Selepas keluar dari terowong beliau terpandang dari cermin pandang belakang susuk lelaki berdiri diatas rel keretapi memandang kearahnya. Ina terpaksa memperlahankan keretanya kerana msh terperanjat sewaktu disergah. 

Perjalanan ke rumahnya memang betul2 sunyi dan dikelilingi hutan separa tebal. Aku baca "Salamun 'ala Sulaiman fil 'alamin" 7x dan "Auzubikalimatilahittamatimin Syarima Khaloq" 3x disamping ayatul qursi. 

Selesai Ina parking kereta didepan rumahnya dan aku lihat adik lelaki dan ayahnya keluar menyambut Ina. Aku hanya perhatikan dari dalam kereta dan tiba2 Ina berpatah balik ke kereta sambil sambil menunding2 jari tunjuk kearah aku dgn tone suara dlm kemarahan. Aku pun keluar dari kereta. 

"Kau jangan campur urusan aku" dgn suara garau berulang2 kali. Jari telunjuknya tetap ditunding kearah aku dan hampir2 mengenai dahi aku, mujur ayah dan adiknya sempat menarik tangan dan tubuhnya menjauhi aku. Lantas dia berjalan kearah pintu rumah duduk bersila di lantai car porchnya dan tangannya spt bertafakur menyembah sesuatu. "Bismillahitawaqal tu alallah" terkumat kamit aku lafazkan berulang2. Jika aku ingin bantu aku berharap tidak memakan waktu yg lama dan ini kali pertama aku berbuat demikian selain dari kaum keluargaku sendiri. 

"Pakcik, ina ni selalu mcm ni ke?" Ayahnya menidakkan pertanyaanku. Ina tidak pernah cerita jika dia pernah kerasukan spt ini pd aku sblm ni. "Pakcik, boleh saya usahakan tak? Semoga Allah membantu kita" Ayahnya mengizinkan.

Aku bacakan As soffat ayat 1-10 berulang kali dan Ar Rahman ayat 33-40. 

"Yursalu alaikuma suwatum minnarin wanuhasu fala tantasiran, fa bi aiyi alaa irrabikuma tukazziban" (wahai golongan yg kufur dari kalangan manusia dan jin akan ditimpakan api yg menjulang2 dan leburan tembaga cair yg membakar dan kamu tidak akan dapat mempertahankan diri dari azab seksa itu. Maka nikmat mana dari Tuhan kamu yg hendak kamu dustakan?" Aku ulang berkali2 ayat ini sbg peringatan dan utk memberikan sedikit tekanan kpdnya. Aku sebolehnya tidak mau berbicara dgn mrk krn jin/syaitan penuh tipu daya. Aku lihat ina seperti kelemahan dan tidak lagi bertafakur spt tadi. Tapi aku tetap berhati2, mereka ni licik..


Ina masih duduk diam menundukkan wajahnya dan dia kembali spt gaya bertafakur dan menyembah sesuatu. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. "Aku sedang memanggil panglima2 aku" getusnya dlm suara yg garau. Mmg jin/syaitan penuh dgn tipu daya. Aku tahu dia terkesan dgn ayat2 azab tadi. Beliau seolah2 melancarkan perang psikologi. Aku bertanya dgn nada lembut tapi tegas "Ramai ke panglima kau?" Dia penuh yakin dia hanya menggangguk dgn bunyi garau "haaa.."

Afahasibtum annama khalaqnakum abasau waannakum ilaina la turjaun. Fataalallahul malikul haq, laailaaha illa huarabbul arshilkarim (adakah patut kamu menyangka yg Kami menciptakan kamu (dari tiada kpd ada) sahaja dgn tiada sebarang hikmat pd ciptaan itu? Dan kamu menyangka kamu tidak akan dikembalikan kpd Kami? Dengan demikian maha tinggilah Allah yg menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar, tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yg mempunyai arasy yg mulia) al mukminun 115-116. Aku ulangi dgn lantang bbrp kali sambil memerhati gerak laku tubuh Ina yg nyata telah dikuasai oleh jin tersebut. 

Kaum jin jika mendengar bacaan al quran mrk akan terus boleh nampak dan rasa apa yg disebut dlm ayat2 suci spt nikmat syurga, seksaan neraka, hari pembalasan etc. Berbeza dgn kita, mereka makhluk ghaib blh rasa situasi/cerita alam ghaib. Kita manusia hanya blh mendengar dan membayangkan shj.

Gerakan tubuh ina yg tadinya seperti keras dan berayun kini berayun agak lembut dan seperti nak menari aku lihat. "Mmmmm.. ekekekekkkekekk" terdengar suaranya yg berbeza dgn yg tadi lbh halus ketawa mcm itik serati. Agaknya ni panglima yg jin tadi katakan. "Kau ke panglima yg dipanggil tadi, lembut pula aku tengok". Dia spt menggangguk kepala. "Sudahlah, panglima ke apa ke..manusia dan jin dicipta utk beribadat kpd Allah" aku tetap bersuara tegas tapi lembut.

Aku lbh berhati2 sbb lebih sekor jin yg ada kat dlm tu. "Mari masuk Islam, kau akan selamat". "Kau tahu agama Islam?" aku bertanya. "Aku beragama Islam" balas jin tersebut. "Sudah... jin islam tak buat kerja mcm ni" bnyk auta jin ni dlm hati aku. "Ikut shahadah ni dan kau akan selamat" "asyhaduallahillahaillallah, wa asyhaduannamuammadar rasulullah" "aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Alhamdulillah mudah dia ni. Jin tersebut mengikut syahadah yg aku ucapkan dan aku sebut pendek2 mengikut maksud syahadah supaya dia mudah ikut. 

"Kau boleh keluar sekarang dan kau kena dalami Islam. Banyak jin islam kat mesjid sana tu, berkawan dgn mereka dan jangan campur urusan manusia lagi, jangan ganggu manusia lagi, kau sudah Islam sekarang. Besar azabnya kalau kau langgar/munafik". Dia menggangguk spt dlm keterujaan. Ina seperti sendawa panjang dan sedikit lendir keluar dari hidungnya. Aku suruh adiknya tepuk dan urut blkg kakaknya sambil baca al falaq. Selesai 1 jin.

Tubuh yg seperti longkai tadinya telah berubah laku spt mencondong ke depan dan berayun2 kedepan. Panglima lain agaknya. Aku sebolehnya tak nak bertanya dari mana sebab jin ni selain menipu, fitnah pun kuat. Takut dia petik nama siapa2 dah jadi tuduh menuduh nanti. 

"Aku tawarkan kamu Islam, mahu? " Dia menggelengkan kepalanya. "Berapa ekor jin yg ada ni? soalku. "Ramai..." garau bunyinya tapi tak segarau jin yg pertama tadi. "Dalam ramai2 ni mana 1 ketua?" soalku. "Yg mula2 tadi itu ketua kami" jawabnya. "Jadi ketua itu yg paling kuat di kalangan kamu?" "Yaa.. dia yg panggil dan bagi izin kami tinggal dlm badan ini" balasnya garau.

Aku mula berfikir tindakan paling tepat dan cepat. Penat badan Ina menanggung pergerakan2 jin ni. Aku kurang pengalaman jadi aku harus berbuat sesuatu spy dipermudahkan segalanya. "Biar aku bercakap dgn ketua kau tadi, panggil dia sekarang" gesaanku.

"Bismillahitawakal tu alallah, lahawlawalla quwataillabillah" berulang ku baca perlahan. Tubuh ina tadi sudah kembali kpd gerak tubuh jin yg pertama tadi. Kalau ketua atau yg paling kuat biasanya berkait dgn saka.

 "Mmmmm..ghhmm" bunyi yg keluar dan disela dgn nafas turun naik spt kemarahan.


"Hazihi jahannamullati kuntum tu'adun" yassin 63 (inilah neraka jahanam yg dahulu kamu diancam dgnnya) ku ulang berkali2 dengan kuat, supaya meresap dlm fikiran hatinya utk menimbulkan rasa takut pada azab Allah.

"Waiz sarafna ilaika nafaram minnal jinni yastamiuna qurana falamma hadaru, qolu ansitufalamma qudia wallau ila qau mihin munnzirin" al ahqaf 29. (Ringkasan ertinya: ada 1 peristiwa segerombolan jin datang kpd Muhammad saw utk mendengar bacaan alquran. Setelah menghadiri kaum jin itu kembali kpd kaumnya dan menyebarkan kebenaran alquran)

"Ya qau manaaa ajibu da i allahi waaminubih, yagfirlakummin zunubikum wayujirkummin azabin alim" al ahqaf 31 (Ringkasan ertinya: Wahai kaum kami! Mari kita ikut seruan Muhammad saw, serta beriman kpdnya supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa2 kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yg tidak terperi sakitnya)

Terdengar bunyi mendengus spt menahan kesakitan bila ku baca berulang setiap ayat. "Berapa yg ada dlm tubuh ni kau kumpulkan semuanya"

"Hazihi jahannamullati kuntum tu'adun" ku ulang bbrp kali dgn lantang. "Mari semuanya sertai Islam". 

"Aku yg menjaga dia, siapa yg akan jaga dia nanti?" spt rintihan sayu dia bertanya kpd ku. "Allah yg jaga dia dan akan tetap menjaga dia" balasku. 

"Kau kata kau jaga dia.. tapi kau mudahkan sihir yg dihantar, kau bagi jin2 lain datang menumpang dlm tubuhnya. Makan minum dia semua kau tumpang.. ini bukan menjaga tapi menyiksa" aku tetap tegas dlm lembut.

"Lebih baik semuanya keluar dari badan ni" ku bacakan surah an nas, ayatul qursi dan as soffat 1-10 utk memberi lbh tekanan kpd kaum ini. 

"Kami ada perjanjian susah kami nak keluar" ni antara auta dari kaum ni. "Perjanjian tu boleh dibatalkan dan jika kamu masuk Islam, Islam blh menjaga kamu dari sihir dgn syarat kamu beramal dgn Islam" 

 "Wa basysyirillazina amanu wa 'amilus salihati anna lahum jannatin tajri min tahtihal an har, kullama ruziqu min ha min amaratir rizqang qalu hazallazi ruziqna ming qablu wa utu bihi mutasyabiha, wa lahum fiha azwajum mutahharatuw wa hum fiha khalidun" al baqarah 25  

( Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya)

Terkesan dgn ayat terakhir yg kubacakan ketua jin telah mengarahkan anak2 buahnya berbaris utk mengikuti syahadah. Hanya suara ketua jin yg kedengaran mengikuti syahadah termasuk pengertiannya. "Semua ikut syahadah tadi?" soalku. "Ya, semua ikut. Semuanya nampak putih dan bercahaya selepas masuk Islam" jawab ketua jin. Mungkin merujuk kpd anak2 buahnya. 

"Semua sila dengar baik2, kita putuskan mana2 yg ada perjanjian. Tidak kiralah dgn siapa pun. Dengarkan !" arahku.

Sebenarnya aku tak yakin mrk ada perjanjian atau mungkin mrk rasa terikat dgn perjanjian. Harap lps bacaan ni mrk rasa lega scr psikologi dan rasa bebas.

"Qulna latahaf innaka antal 'ala, wa alqi mafiyaminika talqaf ma sonauu. Innama sonau kaidu sahir. Wala yuflihus sahir haishu ata. Faulqiyas saharatu sujjada, qolu amanna birobbi harun nawa musa" toha 68-70 (Ringkasan ertinya: Janganlah kamu takut, kamulah yg paling menang. Lemparkanlah apa yg ada ditangan kanan kamu nescaya ia akan menelan apa shj yg datang (merujuk kpd tongkat ditangan nabi musa sewaktu menghadapi ahli sihir firaun dan ular2 mrk). Mereka tidak akan menang. Ahli2 sihir itu akan tersungkur dan mengaku Tuhan harun dan musa (Allah swt)).

"Pergilah ke mesjid di simpang masuk kampung ni dan sertailah jin2 muslim disana, dalami islam dan terus beribadat. Jangan ganggu urusan manusia lagi. Moga Allah mengampuni dosa2 kalian".

Selesai bacaan ini, ina terbatuk2 dan memuntahkan banyak lendir. Mana2 bhgn badan yg rasa berat sudah menjadi ringan menurut si Ina. 

Ayah ina merapati aku dan bertanya angkara siapa semua ini. "Saya tak tahu pakcik. Yang penting dah selesai semuanya". Ayah Ina terus bertanya seolah-olah inginkan kepastian dan merasakan aku cuba merahsiakan sesuatu. Jujurnya aku mmg tidak tahu dan aku pun tak bertanya dgn jin2 tersebut dari mana, sebabnya jin2 tersebut tak boleh dipercayai. 

"Encik boleh tolong tengok2 rumah kami ni? Dlm rumah ni ada juga gangguan dan juga sekitar rumah kami ni pun ada." soalnya. Kalau aku tengok pun bukannya aku boleh nampak apa2 pun, tapi utk menghormati permintaan ayah Ina ni aku pun ikutlah masuk kedalam rumah. "Minta tolong encik halau syaitan2 sekitar rumah ni dan tepi2 hutan tu semua" ujarnya. "Pakcik, jin/syaitan ni ada dimana2 yg penting hati kita. Saya tak mampu dan tak dapat nak halau mcm tu".

Aku berdiri ditengah2 rumah dan menghala ke kiblat dan ku bacakan dgn lantang Al fatihah 1x, al baqarah 1-5, 102, 163-164, 255-257 dan 284-286. 

"Lillahimafissamawati wamafilard. Wa in tubdu mafii anfusikum autuhfuhu yuhasibkum bihillah. Fayargfiru limayyashaaa uwayuazzibu mayyasyaaa, wallahuala kuli syainn qodir" al baqarah 284. (Kepunyaan Allah segala apa-apa yg ada dilangit dan dibumi. Jika kamu melahirkan apa2 dihati dan menyembunyikannya nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu. Maka Allah mengampuni siapa yg dikehendaki-NYA dan menyeksa siapa yg dikehendaki-NYA dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu).

"Pakcik baca albaqarah 284-286 ditengah rumah supaya sampai dan blh didengar seluruh isi dlm rumah ni selepas maghrib utk bbrp hari, seminggu pun boleh. Niatkan utk perlindungan. Untuk perlindungan diri sendiri baca ayat yg sama slps subuh dan asar perlahan dah cukup. Bnykkan solat sunat dirumah dan solat fardhu berjemaah dimesjid/surau. Jika ada gambar2 yg ada foto manusia mohon simpan, jangan gantung/pamerkan. Amalkan masuk rumah dgn kaki kanan, baca bismillah, bagi salam dan buka pintu sambil berselawat 3x dan tutup pintu baca bismillah" ujarku

"Ina, Untuk jangka pendek selama 2 minggu ni amalkan kurma ajwa madinah 7 biji pagi perut kosong didahului dgn selawat 3 kali dan niatkan utk penyembuhan dan benteng diri dari jin/syaitan. Jin yg keluar meninggalkan tanda dan lubang pada tubuh, ini blh menarik jin2 lain utk cuba menumpang. Amalkan hari2 slps subuh dan asar baca 3 ayat terakhir al baqarah tadi. Sebelum masuk tandas baca bismillah langkah masuk kaki kiri, keluar kaki kanan tutup pintu dan ucap alhamdulillah. Rajin2 baca alquran setiap hari dan zikirlah" LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR" (tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya) 100 kali slps asar dan subuh" kongsiku. "Kalau yg ini tak mampu dilakukan saya pun susah nak bantu lagi".


Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...