Jumaat, 11 Jun 2021

Memancing di Pulau Puaka


Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke memang takde. Jadi aku develop hobi baru. Memancing. Locals dekat pulau ni rata-rata setiap rumah ada bot/perahu sendiri. Kalau kene buang keje ke, derang akan turun laut jadi nelayan dan salah satu sumber utama pulau ni perikanan. 

Selalu nya kami memancing malam. Keluar jam 5 petang balik esok subuh nya. Atau kami sambung lagi mancing pagi di pulau pulau. Kalau pagi tu mancing ikan karang lah. Kerapu, ketarap dan lain lain. Kalau mancing malam ni macam ikan merah, kaci, pari, duri dll. Ikut la rezeki dapat apa. Kadang-kadang balik kosong je. 

Local dekat pulau ni navigate atas laut manual je. Takde nye pakai GPS. Sebab dah tempat derang membesar kan. Jadi derang tau la lokasi pulau pulau ni. Tak pun tengok bintang untuk tau arah. Dan jugak rumah api. Jadi rumah api ni sebenar nya penting untuk tolong kapal kapal besar/tongkang untuk navigate masuk ke port. 

Banyak pantang larang dekat bila dekat laut ni yang orang local di sini cerita. Aku tak ingat semua. Yang aku ingat macam jangan tegur kalau nampak benda  pelik dekat laut. Macam ada orang lari ke atau perempuan bawak anak ke jalan atas permukaan laut. Jangan komplen ikan apa yang kita dapat, kalau kecik tu kecik lah. Kalau tercium bau pelik macam wangi ke atau sangat hanyir ke, diam je. Kalau nampak ‘ancak’ di laut tu, jangan la usik atau pegi ambik makanan tu pegi makan walaupun lapar sangat. Ancak tu makanan yang letak atas daun pisang dan di hanyut kan ke laut untuk persembahan hantu laut. Boleh google. Ada banyak pantang lain yang local sini cakap, tapi aku dah lupa. 

Perjalanan tempat kami memancing ni agak jauh. 2 jam gak perjalanan atas laut. Keluar pukul 5 sampai dalam pukul 7 di lokasi. Jam 7 ni kira gelap jugak, macam jam 8 di Malaysia. Masa perjalanan pergi tu pemandangan dia sangatlah cantik. Kiri kanan ada pulau, ada bukit bukit. Aku perasan ada satu rumah api dekat pulau kami tu sebelum kitorang keluar ke laut lepas. Jadi rumah api ni jadi penunjuk untuk kitorang masuk ke pulau balik. 

Dan masa tu bot kami je yang keluar. Masa pegi tak nampak pun bot lain pegi. Masa tu masa malam pasang lampu memang kitorang je ada. Tak tau la pulak kenapa orang lain taknak keluar. 

Dan malam itu rezeki kami tak bagus. Arus bergerak laju sangat tak macam apa yang kami predict. Tide table dah tengok dah sebelum plan dan kami jangka arus tak selaju ini. Tapi sayang nya arus memang selaju laju nya, dah berapa kilo bandul letak. Tetap hanyut. 

Jadi masa tengah malam tu kami cadang untuk balik je la. Sebab memang tak boleh mancing pun. Habis kan makanan dulu bekal yang kami. Tekong start enjin dan kami pulang. 

Masa kami pegi tu visibility tak bagus. Tengah jerebu. Ala sebab bakar ladang sawit tu dekat sumatera. Bintang dekat langit pun tak nampak. Jadi navigator kami ikut perasaan hati dia je untuk balik. Tapi apa yang kami perlu bila nak masuk  balik pulau adalah rumah api. 

Tiba tiba tekong kami tu stop kan boat dia. 

“Kau nampak tak apa aku nampak?” - Tekong cakap

“Apa yang kau nampak?” - kami tanya dia balik

“Tuuuuu” - dia tunjuk keliling kami

Dan apa yang kami nampak, sekeliling kami ada banyak lampu rumah api. Dalam puluh puluh la. Sepatut nya ada satu je. Sayup sayup je, sebab masa tu tengah jerebu. Ah sudah macamana nak balik ni. Silap silap kami berpusing pusing je dekat laut tu. 

“Jadi macamana ni?” - tanya tekong tu

Lepas fikir fikir tu. Kitorang decide untuk stay je di mana kitorang berada. Sebab tak boleh nak decide, lampu patut ada satu je tapi jadi puluh puluh. Keliling pulak tu. Arah mana kitorang nak tuju ni. Memang confuse lah. Lagi pun takut minyak habis. Labuh kan sauh dan kami tidur je, mood mancing pun dah takde. Seram jugak masa tidur tu. Dekat tengah laut ni kalau yang biasa pergi memang takde bunyi langsung, senyap je. Deafening silence. 

Nak kata seram sangat cerita ni tak la. Tapi masa tak dapat balik tu takut jugak la. Sebab kami taktau apa niat ‘benda’ tu nak kacau kitorang. Sampai tak bagi kitorang balik dari laut. Nasib baik haritu cuaca baik. Takde ribut. Kalau ribut, tak tau la mana kami nak tuju. 

Masa tu subuh jam 4:30 pagi kitorang tunggu cerah sikit dalam 5:15 dah balik. 

Sekian

Ahad, 10 Januari 2021

Kelibat Lebuh Raya



saya nak kongsi satu pengalaman seram semasa saya sekeluarga dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung.

Kisah ni berlaku 3 tahun yg lepas.Masa tu kalau x silap, kami dapat bercuti awal kerana permohonan cuti saya dan suami telah diluluskan oleh majikan masing2,jadi kami berdua ambil keputusan untuk pulang ke kampung lebih awal.Memang excited sangat masa tu.Kebetulan kampung saya dan suami xjauh sebabnya kami memang berasal dari negeri yg sama.Jadi semua tu x menjadi masalah bagi kami.

Suami saya ni suka berjalan malam.Katanya sejuk dan tenang.Lagi satu jalan pun x sesak sangat.Sebagai isteri saya hanya menurut sahaja, walaupun jauh di sudut hati saya xberapa suka,sebab jalan ke kampung kami ni agak sunyi.

Di pendekkan cerita malam tu kami mula bertolak dari rumah lebih kurang pukul 1000 malam.Memang malam tu perjalanan kami lancar tanpa ada sebarang masalah.

Kami berhenti minum di Gombak sebentar bagi mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan kami ke Pantai Timur.Selepas selesai semuanya kami meneruskan kembali perjalanan kami.Kebetulan malam tu bulan penuh dan terang sangat.Sungguh cantik bila melihatnya.

Malam tu kereta memang xbanyak sangat atas lebuhraya.Perjalanan memang lancar sangat.Sebabnya kami balik awal jadi lebuhraya memang lengang time tu.Saya ni bila suami memandu memang saya takkan tidur sebabnya risau takut suami tertidur time memandu.So temankanlah dia berbual2 sambil mendengar radio.Walaupun kalau diikutkan memang mengantuk sangat2 time tu,tp sy tahan je.

Saya ni jenis suka melihat2 pemandangan di luar lagi2 time dalam kereta.Kebetulan tengah malam tu bulan mengambang penuh.Cantik sangat pemandangan time tu.Tengah asyik melihat kecantikan bulan tiba2 anak mata saya terpandang satu pokok yg sy lihat paling tinggi di tepi lebuhraya.Entah kenapa mata saya macam terpanggil supaya melihat pokok tersebut.

Bila melihat pokok tersebut saya terperasan macam ada kelibat sesuatu lembaga berwarna putih duduk diatas pokok tu.Dalam hati masa tu dah rasa 'benda tu' tapi mulut saya bagai terkunci nak bagitahu pada suami.

Saya terus melihat lembaga putih tu.Mulanya ia senyap tak bergerak tapi bila kereta kami mula bergerak jauh meninggalkan pokok tu,lembaga tu saya lihat mula melompat dan terbang dari pokok ke pokok sepanjang lebuhraya tersebut.Tindakan lembaga tu seolah2 bagaikan mengikut kereta kami.Masa tu saya mula rasa takut.Saya nak bagitahu suami yg sedang memandu tapi mulut saya masih terkunci.Saya dah mula menggigil ketakutan masa tu.

Kebetulan suami memandang saya time tu.Mungkin suami perasan saya macam org sedang ketakutan jadi dia memberhentikan kereta kami di tepi lebuhraya .Suami bertanya kenapa saya nampak takut macam ternampak hantu.?Mulanya saya nak cerita tapi saya risau nanti suami pulak jadi takut jd saya batalkan niat utk cerita padanya.Saya bagi alasan yg saya rasa macam nak demam.Mungkin angin malam yg sejuk buatkan badan saya rasa nk demam.

Mungkin si suami risau pada saya,dia kemudian keluar dari kereta utk mengambil baju sejuk di seat belakang.Saya kata xnak,tapi dia ambil juga baju sejuk tu di seat belakang.Masa tu saya betul2 rasa takut.Seolah2 saya dapat rasakan benda tu ada di sekitar tempat kami berhentikan kereta tersebut.Saya baca segala ayat2 AlQuran yg saya hafal dalam hati.Suami masuk balik dalam kereta dan dia bagi baju sejuk pada saya.Kemudian km meneruskan kembali perjalanan.

Masa tu suami saya pula rasa kehairanan Dan pelik .Kereta kami rasa berat sangat2.Langsung tak boleh guna gear 4 atau 5.Cuma boleh guna gear 3 dan 2 saja.Perlahan sangat kereta kami bergerak masa tu seolah2 membawa beban yg sangat berat.Mulanya suami sy ingat kereta kami rosak tetapi bila  tiba2 saja kami tercium bau yg sangat busuk.Bau tu seolah2 datangnya dari dalam kereta kami.Itu membuatkan suami saya tahu yg kami sedang di ganggu sesuatu.

Saya masa tu dah menggigil ketakutan..Hanya mampu memejamkan mata sambil menutup muka kerana terlalu takut.Bila melihat saya ketakutan yg amat sangat,suami tekad berhentikan kereta kami.Dia keluar dari kereta.Saya tak tahu apa yg suami saya buat time tu.Cuma yg sy tahu makin lama bau busuk tu semakin menghilang.Saya beranikan buka mata saya time tu.Saya lihat suami saya di sebelah menghulurkan sebotol air mineral.Dia suruh saya selawat dan minum air tersebut.Kemudian tuangkan sedikit air tu dan sapukan pada muka.Saya buat apa yg suami suruh alhamdulillah atas izin Allah saya rasa tenang kembali dan seolah2 mendapat semangat dari tadi.

Selepas itu alhamdulillah perjalanan kami lancar dan tiada masalah seperti tadi.Kereta kami pun tak berat macam tadi.Hairan juga saya.Selama ni saya pun xtahu yg suami saya rupanya pandai juga bab2 rawatan ni.Saya tanya pada suami masa dalam kereta tu ,dia buat apa tadi sampai benda2 ni x ganggu dah.Suami saya hanya memandang wajah saya sambil dia tersenyum tanpa berkata apa2 pun.

Itulah pengalaman saya dan suami di ganggu masa kami ingin pulang beraya dikampung .

Sekian terima kasih sebab sudi membaca

Khamis, 31 Disember 2020

Diusik Volkswagen Kuning Karak 2014


Kisah ini terjadi pd sy sekitar tahun 2014 semasa sy pulang dr KL ke Kuantan dlm sekitar jam 01am, kami baru pulang selepas jalan2 ke KL sb cuti weekend, jln2 g shopping katakan.. Pagi yg buta tu sy yg memandu, sy ditemani rakan sy namany Siti (bukan nama sebenar), kami berdua je, kitaorg bertolak balik dr KL agak lewat juga berikutan jalan yg sesak d KL.. biasalah KL.. 

Sy dh biasa memandu jln Karak-Kuantan ni, dlm seminggu ada dua/tiga kali turun ke KL d sbkn hal kerja. Jd kira dh biasa la dgn jalan ni. Pagi2 buta tu jln agak lenggang, kenderaan mulai berkurang.. sy suka balik ke Kuantan masa2 jam ini sb kereta tak banyak, kurang sibuk. 

Sy bersama Siti berbual sepanjang pemanduan, sy memg tak bg Siti tidur selagi belum lps jalan Genting-Sempah, tak tahu kenapa, tp sapa2 yg naik kereta dgn sy kalau nak balik ke Kuantan lagi2 tgh mlm cenggini, sy memg tak bg tidur, teman sy berbual pinta sy, jika nk tidur pun pastikan lps jalan yg sy mention td. 

Semasa memandu dan berbual2 dgn Siti, mulut sy trkeluar cerita Beetle Kuning yg mnjd lejen pd semua rakyat Malaysia yg melalui Lebuhraya ini, selok lah sy bercerita dgn Siti serta ketawa sedikit2 dlm nada bergurau akn hal Beetle Kuning dgn Siti (selok dlm slang pantai timur bermaksud gembira sakan). 

Siti pun turut ketawa.. kami bersenda bkn sb tak percaya atau menidakkn kisah tu, just alang2 dh trjalan area tu, terkeluar la cerita lejen tu.. 

Semasa sdg asyik kmi berseloroh... tup2.. kereta Beetle warna kuning btl2 berjalan depan kereta kami.. tak tahu dr mna n bila masa keta ni memotong keta sy, sy memg tak perasan.. 

mulut sy trs berkata pd Siti "Eh... Ni keta Volkswagen Kuning tu.. ahahaha.. betul2 ada la.. ahahaha" sy berseloroh sinis sb sy tak fikir pun pasal cerita lejen tu, sy just anggap mcm keta yg lain berada d ats jalan... slps sy tunjuk kereta tu pd Siti, muka Siti berubah dr ketawa mnjd serius.. sy pula msh ketawa n bercerita ttg hal cerita lejen tu.. tiba2 Siti memberikan sy isyarat spy sy diam.. Siti berkata "Jgn cerita dah.. yer".. sy dgn muka yg confused ikut berdiam, sy tgk keadaan jalan.. kitaorg baru melewati jalan turun Genting-Sempah, d area slps terowong menghala turun d kawasn Kampung Bentong tu.... sy trpksa men-slow kn pemanduan sy sb keta Beetle kuning dpn sy ni rasany memandu dlm kelajuan 40-50km sejam, sy cuba memberi signal utk memotong tp d tahan oleh Siti, Siti memberikan sy isyarat spy jgn memotong.. 

Susana dlm kereta kami otomatik jd senyap sunyi, Siti berdiam sambil mulut ny berkumat-kamit.. rsany dia tgh berselawat.. sy tetap tak dpt tgkap n still berfikir keta kt dpn ni keta biasa.. 

cuma pemanduan keta Beetle ni serasa ny makin slow... muka Siti dh berubah krn keta Beetle tu makin memperlahankan kenderaan tp isyarat tgn Siti pd sy spy jgn memotong ttp dia berikan.. sy trs bertanya "Awak ni dh kenapa?".. 

Sy bertanya sb sy masih tak faham apa2.. Siti trs menjawab "Awak jgn tya, awak drive je, jgn potong keta dpn tu".. sambil tgn dia menunjukkan keta Beetle dpn kitaorg ni..

Aku mendengus n akur kata2 Siti.. 

Ada lebih kurang 10 min kami follow keta tu, tp Siti berkata pd aku supaya makin rendahkan kelajuan, jgn follow rapat.. akhirnya keta Beetle kuning tu makin jauh kehadapan sehingga hilang dr pandangan kami.. 

Siti memaklum pd sy jgn singgah d mana2, teruskan perjalanan hingga sampai Kuantan, nasib minyak keta sy dh isi full sblm masuk highway td. 

Keesokkan harinya d Kuantan, baru Siti memaklum kan pd sy kenapa dia berkelakuan begitu smlm dlm keta... 

Siti tak nampak apa2 dlm keta tu just dia saspek keta d hadapan kami semalm adalah kereta yg lejen stories ny d Lebuhraya Karak ni (Beetle Kuning), pd Siti d dlm keadaan yg berlaku spt semalm, byk kemungkinan blh brlaku, Siti tak nak berfikir negatif cuma mengelakkan benda2 yg mungkin tidak baik boleh berlaku spt kejadian yg mampu menyebabkn kemalangan atau sebagainy.. kan banyak cerita pelik2 n mistik berlaku yg mampu menyebabkn kenderaan mampu hilang kawalan atau sebagainy.. tidak minta just Siti mengingatkan sy mengambil langkah precautions shj smlm.. 

Ya Allah.. sy btl2 tak tangkap n tak masuk kisah Beetle kuning tu, secara jujur sy memg anggap kisah lejen tu adalah sekadar bualan rakyat utk Lebuhraya Karak.. tp setelah terkena keadaan tu mlm semalam.. sy speechless.. tak tahu nak cakap apa.. 

Lusanya sy kena demam.. mungkin sb tekejut kot.. 

Apa pendapat anda dgn Beetle Kuning ni?.. nak caya nt org kata syirik.. tp tak caya.... hermmm sy dh nmpk terang2 keta tu bejalan d atas jalan raya d waktu sedemikian pulak.. 

Misteri memg misteri..

Diusik Langsiur Penjaga Kebun


Kisah ni dari pengalaman saya wan dan sorang lagi kawan yang saya dah lupa nama dia.. saya panggil ad la.. saya dan wan ni memamg aktif meronda malam lepas waktu kerja.. saja nak cari mood seram di tempat2 gelap dan sunyi.. kadang2 ja kami lepak dengan member2 lain main game atau sembang2 kosong.. ada kala kami akan pi memancing..

kisah kali ni berlaku di tahun 2014.. malam tu masa tengah kerja saya dan wan plan nak pi kebun kawan kami yang terletak di dalam hutan dekat jalan bukit hantu.. kebun tu jauh lebih kurang 1 kilo miter dari jalan raya.. kat situ ada dua kebun.. satu milik kawan saya dan satu lagi milik orang tua yang kami tak kenal.. kawan kami kenal lah kot..

sebenarnya kebun tu milik arwah atuk dia yang di wasiatkan kat dia.. sebab hanya dia ja yang ringan tulang dan rajin.. nak harap yang lain masing2 sibuk kerja masing2..kami pernah beberapa kali pi lepak waktu siang makan buah2 yang ada kat kebun dia.. dia kata kalau lapaq buah mai la sini.. untuk hangpa bila2 masa ja boleh.. tak kena bayaq pon.. 

buah2 yang dia tanam semua dok dalam pagaq kecuali pokok petai saja yang duduk di depan pintu masok.. makna nya di luaq pagaq lah..jadi dia pernah bagi tau kami pasal kebun sebelah.. pakcik tu ada bela langsuir buat jaga kebun dia.. kawan saya ni pulak cuma bela tiga ekor anjing ja.. malam2 dia akan tido di kebun berteman kan radio dan semartphone.. dan jugak anjing2 peliharaan dia..

kami pi sana niat nak ambik petai buat masak esok petang.. masak ikan bilis sambal petai.. dah lama teringin nak makan.. jadi masa awal tu kami dah call tapi dia tak jawap.. kami pon ingat nak call pulak bila dah balik kerja nanti..

tama lama lepas tu dia watsap kat wan.. kata dia ada di perlis.. dia balik rumah mertua dia sebab bini dia dah bersalin..

kami bagi tau kat dia yang kami nak pi ambik petai.. dia pon bagi ja.. kalau nak masok dalam kebun memang tak boleh sebab berkunci.. lagi pon pokok petai duduk dia luaq ja.. galah pon dah ada siap.. jadi macam biasa lepas kerja kami pon pi lah tempat yang nak di tuju... saya sebiji moto wan dan ad naik sebiji moto.. voommm voommm... kami pon sampai..

masa mula sampai tu kami di sambut dengan tiga ekor anjing yang ada dalam kebun kawan kami tu.. tapi di sebab kan depa dah cam bau kami depa pon macam bagi peluang lah.. lepaih ja depa menyalak dua tiga kali depa pon pi balik kat tempat depa.. tapi kami tetap rasa seram.. sebab kawan kami tak dak.. bila pikir pasal kebun sebelah tu jadi seram lak..

tapi kami buat2 berani.. kata kawan kami langsuir tu tak kacau kalau kita tak kacau kebun dia.. so bila kami suluh atas pokok.. pehhh.. petai nya banyak banget dong.. air luir mula meleleh dah.. kami pon ambil galah dan mula mengait.. tak fikir dah pasal benda lain..

tapi lepas beberapa minit kami dengar anjing menyalak.. banyak kali depa menyalak..

mungkin sebab suara kami kuat sangat kot.. depa jadi tak selesa kot sebab bising.. tak puas hati dengan salakkan anjing2 tu saya pon ikut buat bunyi macam anjing2 tu buat.. saja nak menyakat.. wukkk wukkk wukkkk... lepas beberapa saat saya berenti dari buat bunyi anjing.. kami bertiga dengar jelas.. eeehhhiiihihihiihi.. nyaring.. tapi rasa macam jauh jugak dari tempat kami berada..

sebab sunyi kan.. dengar jelas la.. anjing pon masih menyalak lagi.. mula2 kami ok lagi.. tak mau gelabah.. cuma wan kata.. dah cukup kot.. banyak dah ni.. boleh lah tahan dua tiga hari.. 

kami pon nak balik.. dalam dok tengah siap2 nak balik.. lagi sekali dia bunyi.. eeehhiiiihiihiihihihi... kali ni bunyi tu buat kami betol2  meremang..kami cepat2 nak belah dari situ..

bila kami dah start moto nak balik.. saya ni duduk sampai belakang sit moto sebab takot benda tu tumpang.. kaki saya jadi tak sampai tanah.. bila tengah bawak moto saya terjatuh sebab tayar langgaq batu.. saya jadi gelabah.. nasib baik la wan dengan ad di belakang saya.. saya kata.. woi cepat tolong aku woi.. wan pon tolong angkat moto saya tangan dan siku saya masa tu sakit sebab kena hentakkan di tanah..

masa tengak bangun nak chek luka2.. lagi sekali suara tu bunyi.. tapi kali ni macam dekat ja.. kami pon masa tu masih berada di sebelah pagar kebun pakcik tu ja.. dalam 6 ke 7 miter jauh.. saya dengan perasaan marah..kata kat hantu tu.. hang gelak hang gelak.. orang sakit hang gelak.. gelak2 buat pa mai la sini.. sebab tak tahan marah saya pon cabar hantu tu.. 

jom cepat belah jom.. kata wan.. tiba2

eeehhiiiihhhiiiiihhiii... kali ni bunyi tu betol2 di sebelah kami ja.. di atas pokok di dalam pagar kebun pakcik tu dia siap goyang satu dahan pokok.. tapi kami tak nampak pon hantu tu.. kali ni kami betoi2 takot dah terpaksa tolak moto walaupun tangan sakit.. saya pon lompat naik atas moto start dan belah dari situ.. nasib baik lah kami boleh kawal moto kami dari terbabas ke dalam semak yang ada di tepi jalan..

bila kami dah dapat keluar dari kawansan kebun tu baru lah rasa lega balik.. kami bertiga ketawa terbahak2 jugak lah lepas kejadian tu.. walaupun agak seram tapi kelakar la jugak.. tak tau kenapa.. macam best pulak rasa.. tapi ad kata dia nampak kelibat puteh terbang dan hinggap kat pokok tu masa wan tengah angkat saya.. dia pon meremang tak tau nak cakap apa.. sebab tu dia diam.. 

lepas tu kami pon tak balik lagi kami ronda2 dulu lepak2 minum2.. nak balik pon awal lagi.. hehehe.. pengalaman yang seram dan kelakar yang tak dapat di lupakan.. itu saja kisah buat kali ni..dah macam buat karangan di sekolah pulak.. maklum le kalau cerita lorat utara nanti ada yang tak faham pulak.. kalau ada salah silap bahasa harap maaf kan saya k.. selamat membaca..

MINYAK DAGU



Kisah ini merupakan satu perkongsian yang diceritakan kepada saya oleh ayah saya sewaktu saya di sekolah menengah dulu. Penulisan ini dibuat berdasarkan apa yang tersemat di dalam memori saya iaitu kronologi peristiwa dan fakta yang diberikan. 

Ayah saya merupakan seorang guru dan sewaktu zaman mudanya, dia menghabiskan banyak masa untuk bergaul serta bercampur dengan masyarakat orang asli untuk mempelajari kehidupan dan adat mereka termasuklah ilmu untuk membina perangkap, tempat tinggal sementara dan ritual mistik. Selamat membaca semua!.

Sewaktu zaman 70-an, aku suka untuk mengembara dan menjelajahi kawasan hutan simpan yang merupakan salah satu tempat untuk aku melepaskan segala tekanan kerja untuk mendidik dalam usaha untuk menjadikan anak-anak bangsa di Malaysia ini berjaya dan menjadi individu yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Cuti akhir tahun persekolahan pada tahun 70-an merupakan satu masa yang mengujakan diri aku kerana sudah lama aku membuat perancangan untuk menetap di satu penempatan orang asli yang berada di satu sempadan buat 2 negeri ini. 

Mengikut kepada pengalaman aku sebelum ini, terdapat banyak ilmu-ilmu serta pengetahuan yang baru apabila aku menetap di sana bersama dengan mereka.

Kawasan hutan tersebut merupakan salah sebuah kawasan kegemaran aku kerana sewaktu itu, mereka masih lagi mengamalkan adat dan budaya tanpa terikut-ikut dengan perkembangan dan pembangunan di negara kita sewaktu itu, iaitu era modenisasi. 

Di sana, terdapat satu suku kaum yang amat terkenal dengan ilmu-ilmu mistik mereka. Baik untuk mendapatkan toyol, ilmu batin, sihir melalui angin dan yang paling utama sekali adalah Minyak Dagu, di situlah tempatnya untuk mendapatkannya atau mempelajari mengenainya.

Ritual ini memerlukan satu bahan yang cukup payah dan jarang-jarang sekali ada, iaitu wanita yang maut dalam usaha mereka untuk melahirkan anak yang pertama mahupun sewaktu anak pertama itu masih lagi berada di dalam kandungan si ibu. Aku rasa amat bertuah kerana kunjungan aku kali ini tepat pada masanya.

Di kala zaman komunikasi melalui surat masih lagi merupakan salah satu kaedah untuk berkomunikasi dengan efisyen sewaktu itu, aku agak hairan bagaimanakah berita kematian seseorang itu boleh tersebar sehinggakan ke kampung-kampung lain yang terletak agak jauh daripada mereka yang meninggal dunia itu.

Di perkampungan yang menjadi tempat untuk aku menetap selama 1 hingga 2 minggu ini, terdapat seorang bomoh yang agak terkenal di situ. Orang kampung di sini memanggilnya dengan nama Tok Awang (Bukan nama sebenar). Dia juga merupakan bomoh batin yang handal untuk merawat pesakit, penghantaran santau dan lain-lain.

Apabila berita kematian itu sampai ke telinganya, maka, Tok Awang sudah bersiap sedia untuk melaksanakan misinya untuk memperolehi bahan mentah untuk memproses minyak dagu. Objektif misi ini pada kebiasaannya memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang. 

Man merupakan seorang anak didik Tok Awang dan memandangkan dia sendiri sudah pun tua, maka tidak hairanlah dia memerlukan bantuan untuk tugasan-tugasan berat seperti membawa peralatan dalam jarak yang jauh serta menggali semula tanah kubur tersebut.

Setelah aku ‘membayar’ Tok Awang dalam bentuk rokok tembakau tanpa penapis dan wang berjumlah 2 ringgit 50 sen, dia mengasapkan aku dengan asap kemenyan demi menjadikannya sebagai syarat wajib sebelum memberi kebenaran untuk turut menyertai misi mereka itu.

Menjelang waktu maghrib, aku dapat lihat Man sudah bersiap sedia membawa cangkul yang diikat di belakangnya serta lampu minyak tanah. Mereka berdua bukanlah orang Islam, sebaliknya mereka mempertuhankan alam semulajadi, yang mana mengikut pada mereka, setiap pokok, kawasan hutan serta sungai mempunyai penunggu dan tuannya sendiri.

Sembahan dan doa kepada tuhan-tuhan mereka ini tak silap aku dikenali sebagai pagan. Mereka memuja penunggu-penunggu dan tuhan-tuhan ini bagi mendapatkan hasil dan rezeki di dalam hidup mereka yang lebih banyak serta meningkatkan kekuatan batin dan fizikal mereka.

Misi kali ini memerlukan pergerakan secara stealth macam dalam permainan video Metal Gear Solid mahupun splinter cell (sorry, rasa lawak pula tengok perkataan stealth tu dalam konteks artikel sebegini - dan yang mengarut ni penulis yang tulis) atau pergerakan secara senyap-senyap. Hal ini adalah kerana sewaktu itu, permintaan minyak dagu ini amat tinggi.

Daripada segi kegunaannya pula, minyak ini amat popular dan dikatakan dapat mengawal hidup seseorang mahupun untuk membuatkan wanita tergila-gilakan lelaki atau lelaki yang akan menjadi pak turut dalam sesebuah rumah tangga dengan satu calitan sahaja.

Dengan harga yang amat tinggi, maka terdapat banyaklah kes penggalian kubur semula secara haram berlaku. Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan menjual minyak dagu yang palsu. Mahu tak mahu, pergerakan ke arah kubur tersebut seharusnya dilakukan untuk memastikan mereka tidak ditangkap ketika mereka berdua menjalankan operasi tersebut, tambahan pula, wanita yang meninggal itu pula berasal daripada suku kaum di kampung yang lain.

Aku bertanya kerana berasa sedikit risau kepada Man, kerana sekiranya Minyak Dagu ini terhangat di pasaran (KRU), maka, pasti akan ada kemungkinan untuk bomoh-bomoh yang berasal daripada kampung lain untuk datang juga membawa objektif yang sama dengan Tok Awang.

Man tersenyum sahaja memandang aku dan kata Man, sebelum mereka berdua ke sana, mereka telah pun mandi dengan air yang dibaca pelbagai jampi terhadapnya, yang akan menjadikan mana-mana orang yang ingin mendapatkan mayat tersebut tidak jumpa di manakah kuburnya.

Penggalian kubur ini perlu dilakukan secara senyap-senyap. Maklumlah, kali ini, mayatnya berasal dari kampung sebelah, dan mana mungkin orang membenarkan sesiapa untuk menggali kubur, dan membuat macam-macam perkara terhadap jenazah yang baru ditanam.

Akhirnya kami tiba di tanah perkuburan yang dimaksudkan itu setelah sejam setengah berjalan merentasi hutan belukar dan semak samun yang tinggi separas leher. Nyamuk, pacat dan lintah, semuanya aku rasa sepanjang perjalanan dan yang lebih menyeksakan adalah sekiranya terdapat nyamuk di badan aku, aku tidak boleh menepuknya dengan kuat kerana bimbang misi ini akan di kompromi kerana bunyinya yang kuat.

Maklumlah aku duduk di bandar, mana pernah merasai perkara sebegini dan walaupun sebelum ini aku banyak membuat perjalanan yang lebih kurang sama di penempatan orang asli di negeri lain, namun, setiap perjalanan itu tidak pernah sama.

Setelah itu, kami duduk sebentar di balik semak-samun yang tinggi dan yang terdiri daripada pelbagai pokok termasuklah lalang. Pokok lalang tersebut yang membuatkan kulit aku yang bersentuhan kepadanya berasa gatal. 

Aku tergaru-garu di sana dan sini yang mana bukan akan meredakan kegatalan tersebut, tetapi menjadikannya lebih teruk. Tok Awang memerhatikan sahaja gelagat aku dan dia tersenyum. Man juga begitu.

“Orang bandor…gitulah dia bak kata bini aku. Dia orang Muor jugak tu”, kata Man dengan dialek Muar.

Daripada tempat yang kami bertiga berehat, aku boleh nampak dengan jelas kawasan perkuburan yang dimaksudkan itu walaupun di waktu malam memandangkan bulan mengambang penuh ketika itu dan mata aku sudah pun boleh ‘adapt’ terhadap kegelapan malam.

Daripada jauh, tampak juga beberapa orang yang sedang berdiri di kawasan perkuburan tersebut, dan melihatkan salah seorang daripada lelaki di situ menangis teresak-esak, aku boleh agak bahawa kemungkinan besar, dia merupakan saudara, atau suami si mati.

Tok Awang berbisik untuk memastikan aku mendiamkan diri, dan jangan bergerak secara tiba-tiba kerana takut akan orang yang berada di kubur itu nampak kami. Jika perlu bergerak sekalipun, pergerakan tersebut perlu dilakukan dengan perlahan. Aku menunggu dengan penuh kesabaran.

Sejam selepas itu, mereka beredar. Jam tangan digital berbentuk petak yang aku pakai itu menunjukkan pukul 10 malam. Kami bertiga bingkas bangu dan keluar dibalik semak itu secara perlahan-lahan dan terbongkok-bongkok menghala ke kubur tersebut. 

Setelah memastikan kawasan tersebut sudah tiada orang, Man menyalakan semula lampu minyak tanahnya menggunakan mancis yang dia bawa. Tok Awang menggulung-gulung kertas rokok tembakau dan mencucuhnya kepada api yang berasal daripada lampu minyak tanah tersebut.

Man mendekatkan lampu tersebut kepada kubur tadi. Tanah merah yang masih lembab itu memberi kepastian bahawa itulah kuburnya. Tanpa disuruh, Man segera meletakkan lampu minyak tanahnya di balik kayu penanda kubur tersebut kerana mereka tidak mempunyai batu nisan, dan seterusnya memulakan penggalian. 

Dengan mudah mata cangkul menembusi tanah yang masih lembut itu. Pergerakan Man yang pantas dan senyap dalam menggali kubur itu sedikit sebanyak memberitahu aku bahawa ini bukan kali pertama mereka buat kerja ini.

Aku menawarkan diri untuk sambung menggali apabila aku kelihatan Man sedikit termengah-mengah, tetapi dihalang oleh Tok Awang. Aku orang luar, tidak boleh melakukan perkara-perkara sedemikian, takut tak jadi katanya. Setelah setengah jam menggali, mata cangkul terkena sesuatu yang keras.

Itulah saat yang ditunggu oleh Tok Awang, kerana penggalian sudah pun sampai ke keranda. Memang aku perasan, tanah perkuburan itu bukanlah tanah perkuburan Islam, sebaliknya tanah perkuburan masyarakat orang asli yang aku tak pasti beragama apa. Sama ada pagan ataupun bukan, aku memang tidak tahu.

Setelah dibersihkan semua tanah yang menutupi atas keranda itu, terus Tok Awang melompat ke dalam kubur tersebut. Perlahan-lahan keranda dibuka. Aku tiba-tiba rasa cuak, ibarat baru tersedar bahawa ada mayat yang baru sahaja ditanam di dalam keranda tersebut kerana fikiran aku menerawang jauh memandangkan aku duduk sahaja di situ dan memerhatikan sahaja Man membuat kerja.

Saat dibuka penutup keranda itu, semerbak bau kapur barus dan daun pandan yang memenuhi ruang. Terdapat sekujur tubuh yang dibalut dengan kain putih di dalamnya. Tok Awang selamba sahaja membuka kain yang menutupi wajah mayat itu.

Bau cendana mengisi atmosfera setelah kain yang membaluti mayat pesakit dibuka, menampakkan wajah mayat. Wajahnya pucat serta kebiru-biruan. Matanya tertutup dan mulutnya terbuka sedikit. 

Apabila aku menghampiri kubur tersebut, aku hampir nak muntah apabila tiba-tiba bau busuk pula yang keluar, mungkin bau proses pereputan yang sudah mula berlaku. Dibalik kain putih yang menutupi mayat itu, aku dapat lihat bahagian perutnya agak membusung. Maklumlah mayat tersebut maut ketika mengandung.

Tok Awang kemudiannya memanjat keluar dari lubang kubur sedalam 6 kaki itu. Dia teraba-raba isi begnya yang sebenarnya bukan beg, sebaliknya kain pelikat yang di lipat dan diikat untuk menjadikannya sebagai satu beg. 

Dia mengeluarkan satu kitab kecil daripada ‘beg’ tersebut. Dalam kesuraman malam, kitab tersebut nampak seperti kitab lama, berdasarkan ada beberapa halaman yang aku perasan berlubang-lubang, mungkin akibat dimakan anai-anai.

Dia kemudiannya mengeluarkan sebongkah kemenyan. Man mendekatkan lampu minyak tanah dan membakar kemenyan tersebut. Aku mula bertanya kepada Tok Awang.

"Tok, kenapa kita nak kena bakar kemenyan?"

"Sebab nak menutupi bau mayat yang sudah nak reput ini, lagi satu aku nak jamu 'benda-benda' tu dengan asap kemenyan ni. Memang kegemaran mereka. Senang saje (sahaja) nak bodek benda-benda ni, kau bagi dia makan, dia tak kacau kau lah ", jawabnya sambil menyelak halaman demi halaman dalam kitab lamanya itu.

Setelah bau kemenyan yang kuat memenuhi ruang atmosfera di situ, Tok Awang mula membacakan mantera. Aku cuba mendengar dengan teliti kerana suara Tok Awang sungguh perlahan, namun aku langsung tak memahaminya kerana mantera tersebut bukan dibaca dalam bahasa Melayu, sebaliknya bahasa lain yang aku tidak pasti. 5 minit kemudian, Tok Awang meminta Man untuk menghulurkan satu bekas kaca yang kecil, serta sebatang lilin berwarna merah. Man menggores sebatang lagi mancis untuk menyalakan lilin tersebut.

Dengan memegang lilin, Tok Awang melompat semula ke dalam lubang kubur itu, dan Man menurutinya. Tok Awang memegang dagu mayat itu, dan kali ini terpampang jelas muka mayat ini tadi. Kain yang diikat di bahagian bawah dagu si mati untuk memastikan mulutnya tidak terbuka ketika upacara pengebumian tadi dibuka ikatannya perlahan-lahan. Dengan menggunakan ibu jarinya, Tok Awang menolak dagu mayat tersebut ke atas, seakan-akan mahu menutupi mulut mayat tersebut.

Namun, disebabkan mayat tersebut telah kaku, tolakkannya ke atas menyebabkan seluruh kepalanya terdongak. Kemudian dia mendekatkan lilin tadi, sambil menyuruh Man memegang bekas kaca itu dan meletakkannya betul-betul di bawah dagu mayat tersebut untuk menadah minyak yang bakal keluar. 

Setelah dibakar dagu mayat itu menggunakan lilin, aku terperasan ada titisan minyak mula terbentuk, sedikit demi sedikit memenuhi bekas kaca yang ditadah itu. Sambil itu, Tok Awang menyambung bacaan mantera itu.

Aku terkejut beruk dan hampir nak pitam apabila aku dapat lihat sendiri mata mayat itu terbuka, dan berkelip-kelip. Seolah-olah ingin meronta, tetapi terhalang dek tolakan Tok Awang yang kuat. Bunyi nafas yang amat kuat dan mendengus-dengus seperti anjing liar itu memang amat menakutkan aku.

Upacara itu diteruskan tanpa memperdulikkan gerak-geri badan mayat tersebut yang semakin lama semakin kuat. Setelah bekas kecil itu terisi satu per empat dengan minyak itu, Tok Awang meniup lilin untuk memadamkan api, seraya sebelah tangannya menutup kelopak mata mayat tadi yang terbuka dan tidak semena-mena mayat tersebut kembali keras dan kejung.

Mayat tersebut dibaluti semula, keranda ditutup, dan kali ini aku bersama Man mengambus semula lubang yang digali tadi. Perjalanan terasa sungguh jauh kerana kami perlu merentasi semula hutang belukar dan sungai untuk kembali ke kampung asal tadi.

Setibanya di rumah Tok Awang, sinaran lampu kalimantang berwarna putih itu menampakkan dengan lebih jelas akan kandungan botol kaca itu. Saiznya kecil sahaja, ibarat sebesar tabung uji, tetapi lebih pendek. Terisi satu cecair berwarna keemasan, ibarat warna minyak masak.

"Kira dah selesai la kan upacara ni Tok", aku bertanya.

"Ish, ini baru permulaan, sekarang aku perlu membuat minyak ini tunduk pada aku, supaya aku boleh kawalnya", jawab Tok Awang.

Aku sedikit tidak faham, namun belum sempat aku habis bertanya, Tok Awang membaca mantera lagi. Kali ini ada sedikit-sedikit bahasa Melayu yang aku fahami. 

(AMARAN - ini bukan bacaan jampi yang sebenar)

"Mari sini datang kemari

Mari bersahabat bersama aku

Mari datang menjadi diriku

Datang taat turut perintahku

Jangan berani kau ingkar

Jangan berani langar perintahku

Jika engkau ingkar juga

Akanku buang engkau ke tengah laut"

Sehabis membaca mantera itu, aku lihat Tok Awang mencucuk jari telunjuknya menggunakan jarum yang agak besar. Bentuknya ibarat jarum jahitan cuma saiznya amat besar. Kemudiannya, Tok Awang memicit jarinya itu, memaksa darah keluar daripada jarinya. Darah itu dititiskan di dalam bekas kaca itu.

Saat darah itu bersentuhan dengan minyak tersebut, tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi bayi yang menangis dengan begitu kuat sekali. Setitik demi setitik di masukkan, dan suara bayi menangis itu semakin lama semakin perlahan dan akhirnya berhenti. 

Perkara tersebut menyebabkan aku menggeletar ketakutan kerana entah dari mana datangnya bunyi tangisan bayi tersebut, aku pun tidak tahu.

"Sebenarnya, darah ini aku rasakan untuk memastikan dia tahu tuan dia siapa. Ibarat macam bayi yang baru dilahirkan, ibunya akan memberikannya susu bukan? Sama sahaja, kecuali ‘dia’ tidak minum susu, dia minum darah. Dengan cara inilah aku boleh kawal dan memberi arahan kepadanya untuk melakukan sesuatu. Sebab makanan dia cuma satu, darah. Darah siapa yang hinggap terlebih dahulu, itulah orang yang bakal menjadi tuannya", kata Tok Awang menjelaskan perkara itu kepadaku.

Aku masih lagi gementar apabila benda-benda ini terjadi di hadapan mataku. Ibarat sesuatu yang tak dapat difikirkan dan tak terjangkau dek akal fikiran. Kalau nak dikatakan mengenai logik atau tidak perkara itu, sememangnya tak logik. 

Tok Awang memberitahu aku mengenai fungsi minyak dagu ini, yang mana apabila dicalit oleh tuannya kepada seseorang, orang terbabit akan tunduk dan mengikut kata apa yang kita hendaki.

Sama ada nak membuatkan orang itu jatuh cinta, atau tunduk patuh mengawal suami atau isteri yang degil, serta kebolehan untuk mengawal kehidupan seseorang itu. 

Betapa bahayanya kesan apabila terkena minyak dagu ini, yang sering dicalit tanpa pengetahuan orang, dan lebih teruk, akan ada orang yang mencalit minyak ini di tombol pintu, menyebabkan mangsa yang terpegang minyak tersebut tak semena-mena tunduk dan patuh kepada tuan minyak itu.

Memang tak dinafikan, seseorang yang terkena sihir ini, akan jadi suka menyendiri, serta hilang kewarasan. Kata Tok Awang, jika seseorang itu terkena sihir ini, akan terbayang-bayang muka tukang sihir ini, membenci dan tidak mengenali ahli keluarga mereka sendiri serta mempunyai nafsu yang tidak dapat dikawal terhadap tukang sihir.

Memang aku sendiri pernah mendengar, mereka yang terkena sihir ini akan mula bermimpi mengenai ular hitam, anjing hitam serta seringkali termimpikan wajah penyihir itu sendiri. Memang rawatannya ada kerana sihir minyak dagu ini amat sensitif dengan ayat-ayat Al-Quran.

Mereka yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk akan sedikit susah dikawal dan kadangkala tidak berkesan. Namun, sekiranya sudah terkena, memang sukar untuk dirawat. Jadi, amalan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk serta mengamalkan surah 3 Qul sangat-sangat berkesan dalam mencegah sihir ini.

Pengalaman ini membuatkan aku sedikit berwaspada terhadap keadaan di sekeliling aku. Bukan itu sahaja, mulai daripada saat itu, aku merajinkan diriku sendiri membaca Al-Quran setiap hari, sebagai pendinding terhadap sihir-sihir sebegini.

Aku ingin sangat nak katakan perkara ini hanyalah mainan tidur, tetapi tidak. Perkara ini betul-betul terjadi dan memang tidak akan dapat dijelaskan dengan sains. Tapi apa yang pasti, dengan mengetahui wujudnya benda-benda sebegini, maka, lebih kuat dan teguh lah keimanan aku terhadap agama aku, Islam.

TAMAT

Ahad, 27 Disember 2020

Penampakkan Semasa Memancing Gara-gara Lagu Lingsir Wengi


 Ni aku nak cerita pasal lagu lingsir wengi.. 

masa tu tahun 2016.. aku dengan member aku wan nama dia.. kami berdua ni mmg suka sngt cari hantu.. masok hutan.. pergi jirat cina.. tempat2 yang seram di langkawi semua kami terjah.. tapi sekadar dok dalam kerata ja.. xbrani keluar

ada juga penampakan2 hantu.. tapi sekali imbas ja.. takot tu ada lah jugak.. minat punya pasal prasaan takot tu letak tepi dulu.. 

pada satu malam.. aku dengan wan pergi mancing di satu tempat.. nama tempat tu rahsia le... pantai dia cantik.. port situ memang banyak ikan.. ad ikan duri.. ikan putinamaq.. ikan gelama.. ikan pari pon ada.. 

pantai tu dekat sngt dengan hotel.. jalan kaki berapa saat ja.. tapi bila lewat malam mang sunyi.. seram.. sebab dekat dengan hutan.. tepi hutan tu pulak ada resort yg terbengkalai.. kata orang resort tu terbengkalai sbab berhantu.. ada prempuan mati bunuh diri.. 

de pendek kan cerita.. aku dengan wan memancing dari pukul 10 malam.. kami cadang nak balik sekitar pukul 2 pagi.. sbb nya bleh kami singgah di kedai petani makan nasi bujang.. jadi masa tenagh mancing.. jam pun dh pukul 12 tengah malam.. aku buka lah misteri jam 12 melalui mi radio.. bleh dengar secara live... radio dari singapura tu.. 

rancangan tu menceritakan kisah seram.. kisah hantu dan lain2 kisah misteri.. selama dua jam.. nak jdikan cerita.. dj kc telah menceritakan kisah seram berkenaan lagu lingsir wengi.. kata orang klau dngar lagu tu tengah malam nnti pontianak datang.. 

entah betol ke tidak aku pon xkisah dah masa tu.. aku memang minat mj 12.. wan pon sama mcm aku.. minat kisah2 seram.. jadi.. smbil cerita dj kc pon putarkan lagu seram tu..masa lagu tu berkumandang di talifon.. aku buat mcm tak ada apa.. lagu mmg seram.. tapi itu lah yg aku suka.. hihi..

lepas habis lagu tu di mainkan.. selang berapa minit.. angin sejuk melulu ke arah aku dngn wan.. macam ada benda ganjil nk berlaku.. 

selang lagi berapa minit.. aku dengan wan dengar suara perempuan minta tolong.. sayup ja dengar... aku tengok wan.. wan pon tengok aku.. mcm mna wan.. nak cau ka.. aku tnya pada wan.. wan pon balas pertanyaan aku.. cau lah.. dh lain macam ja seram dia.. 

kami pon memang xtggu lama.. tengah kami dok kemas2 barang nak balik.. datang seorang polis bantuan yang bertugas mnjaga sekitar kawasan hotel tu.. dia tanya kami.. dh nak balik ke.. lega skit aku rasa sbb ada orang dtg masa kami tengah nk pak barang2 dn nak balik.. 

kurang skit rasa seram tadi.. 

polis tu tanya lagi.  banyak ka ikan?.. boleh tahan banyak lah jgak.. ada lah dekat lima kilo.. semua dok dalam tong kabuih.. kata aku pada abg polis tu.. tu kawan hangpa x ikut balik sekali ka...  sambil dia suluh ke arah wanita berpakaian serba merah yang berdiri di tepi laut.. sedang memandang kearah laut.. tidak jauh pon dari kami.. cuma dalam 15 miter ja.. tapi dah gelap sangat memang xnmpak lah.. 

kami malas nak suluh kiri kanan dh masa tengah kemas2 barang tu.. 

aku dengan wan pon nampak apa yang abg polis tu suluh.. kami masing2 dah kecut dah masa tu.. aku wan dan abg polis tu pon.. ca ailb but.. cabuuutttt... sampai di kereta kami simpan smua brang2 dan tinggal kan tempat tu.. rasa2 yang tu mungkin hantu yang tinggai kat resort berhantu tu kot.. hahaha smbil ketawa aku dengan wan kat dlm kereta.. 

macam mana la kami bleh tak prasan dia ada dekat dengan kami.. nasib baik lah tak nampak muka.. tah cantik ke tidak.. hehehe.. 

sekian terima kasih... assalamualaikum...




Pengalaman Seram Security Hotel Mewah Langkawi

 


Apa yang aku nak cerita malam ni, Adalah kesah pengalaman aku sendiri..Semasa aku bertugas disebuah Hotel yang Terkemuka di Pulau Langkawi..pada 1994

Aku buat kerja ni pun partime saja sebab cuti belayar aku panjang, Aku kerja 6 bulan disini, Kebetulan sepupu aku kerja disitu sebagai Accountant.

Aku dengar hotel ni baru buka belum ceremony lagi, masa tu hotel ni memang hebat la hingga sekarang pun masih hebat,

Kebanyakan penginap yang aku tengok semua terdiri dari golongan elite saja tidur sini,.. Seperti Menteri-menteri, Duta-Duta dan Korporat.

Setakat macam aku ni macam melukut ditepi gantang saja.. haha.. Mmg tak sanggup nak keluarkan duit seribu lebih semalam hanya untuk untuk tidur dibilik yang paling murah.

Kebetulan sepupu aku ni balik cuti aku terjumpa la dengan dia,.aku bergurau ja.

,"Mie ada kerja kosong tak tempat hang tu"

Dia jawab,. "Tak ada la dah penuh"...

Aku cakap, "Aku cuti lama ni boring la aku kat umah kalau dapat keja kat hotel hang best juga, aku dengar ceta hotel hang tu hebat sangat kat Langkawi"?

Sepupu aku sambil tersenyum cakap,

"Kerja kosong yang ada cuma Security sahaja lain-lain dah full, hang mau ka"

Aku cakap, 

"OK aku mau. Aku ni bukan memilih kerja sangat,. kerja apa pun tak apa, asal aku dapat kerja kat Hotel tu... Lagi pun aku boring ni cuti lama"

Aku cakap lagi aku nak partime saja bukan kerja tetap, untuk habiskan cuti ni saja maximum 6 bulan, Dia ckp "ok boleh.."

Pada hari yang ditetapkan, Kami bergerak ke Langkawi Dia dengan Yamaha RXZ dia aku dengan kawasaki KIP aku..senang nak gerak bila berada disana, kami pun naik bot dari  kuala Perlis dalam sejam lebih sikit kami dah sampai Langkawi.

Kami pun mula la perjalanan merempit di Langkawi menuju ke Hotel tersebut melalui hutan simpan hingga ke Pantai Pasir tengkorak baru sampai ke Destinasi..

Sampai di kaki lima hotel.

"wahhh mewah betul hotel ni" Patut setengah orang panggil hotel 7 bintang bukan 5 bintang. Hotel ni ada Padang golf sendiri, ada private beach orang luar tak dibenar masuk ke pantainya, kalau bukan guest hanya dibenarkan dekat lobby sahaja..

Aku mula melangkah masuk ke dalam kawasan Hotel..

Tiba di Lobby, Aku disambut dengan 2 ekor kuda kayu gergasi yang tinggi mungkin dalam 12 kaki, banyak sekali perabot-perabot antik dan takar-takar purba yang bersaiz mega, yang di import dari Bali tersusun kemas mengikut citarasa karyawan seni..

Bergerak sikit kat lobby tu terbentang swimming pool yang seperti tergantung mengadap laut Andaman... Dari sudut itu aku nampak hamparan laut Andaman biru kehijau-hijauan seperti permata zamrud..

Aku lihat Bangunan Hotel itu seperti sebuah istana yang melekat di Dinding gunung, dinding bangunan dilekatkan dengan batu-batu Granite seperti castle-castle  Purba Eropah. ..

Dapat ku rasa angin laut Andaman bersama aura rimba membelai-belai dingin dipipi aku.. 

Kalau kita turun melalui tepi swimming pool yang terapung tu kita akan menuruni ratusan anak-anak tangga yang disusun rapi..menuju ke pantai.. Digigi pantai terbentang satu lagi swimming pool, disana juga ada Beach club bar, beach club restoran, recreation club, dan sebagainya,

Tiang bangunan2 tersebut dari sebatang balak yang bulat tak dibelah, berbumbungkan jerami yang sangat tebal terasa seperti dekat Hawai la pulak..

Pantainya berbentuk melengkung seperti bulan sabit cukup indah mata memandang pasirnya halus putih bersih.. 

Kemudian aku lihat pula villa-villa mewah di dalam rimba di celah-celah pokok-pokok balak yang berusia ratusan tahun..

kelihatan sebuah restoran mewah yang tinggi dipucuk balak.. Bertiangkan batang-batang balak yang panjang lagi besar, seperti terapung-apung memukau sesiapa yang memandang..

Teruja dengan keunikan restoran kayangan tu aku pun berjalan menuju kesana setiba di Restoran tersebut aku terdengar satu lagu yang aku minat,

On a dark desert highway

Cool wind in my hair

Warm smell of colitas

Rising up through the air

Up ahead in the distance

I saw a shimmering light

My head grew heavy and my sight grew dim

I had to stop for the night.

Kelihatan beberapa orang pelancung barat yang berada disitu melengok-lengokkan tubuh sambil melayan irama lagu. 

Memang damai dan tenteram tempat itu, sepanjang Alleyway ada instrumental love song dan Relaxing music yang perlahan tapi mengasyikkan..

Dalam hati, "Memang berbaloi mereka keluarkan duit yang banyak untuk tidor sini" 

Boss-boss besar disini semua dikuasai oleh orang putih berhidung tinggi. General manager germany.,front office manager British.,Housekeeping manager British, Bakery manager dari france. 

Pendekkan cerita aku pun memulakan tugas aku seperti biasa kadang duty siang kadang kena Duty malam. Disitu kami diberikan sebuah Buggy car (macam keta kat padang golf tu) untuk round di sekitar kawasan Hotel mewah itu.. Kawasan Hotel ni ada jalan Tar mini jadi semua tempat kami dapat pergi dengan kereta buggy ini walaupun villa yang dihujung rimba sekali pun.

Ada time-time tertentu kami kena round check sambil kunci jam.. Kami bawa master clock

dan master key untuk buka kotak .. Dan deKat tempat-tempat tertentu ada kotak dalam kotak itu ada kunci yg ada print No.. Kami kena pergi kesetiap kotak untuk pastikan kami buat round check mmg tak boleh tipu.

Ada satu malam tu dalam pukul 3 pagi aku dengan kawan aku pergi la round check sebuah villa paling hujung sekali.

Kadang kami berjalan kaki kadang kami naik buggy, tetapi pagi tu kami jalan kaki sahaja nak Santai2.. Aku dengan kawan aku berjalan di jalan tar mini.. Menuju ke box yang hujung tu dilekatkan dipohon balak.. Pokok balak mmg banyak dalam kawasan hotel tu ada yang sebesar 3-4 pemeluk..

Kami pun berjalan dalam cahaya yang redup berwarna kekuningan, memang style lampu disitu macam tu, untuk mengekalkan suasana hutan belantara..

Elok sampai kat kotak yang hujung tu.. Kami dengar suara baby menangis..agak kuat  bunyinya..

...... ...... .... .....

...... ...... ..... .... 

Aku tanya kawan aku,

"kau dengar tak apa yang aku dengar"

Kawan aku jawab, 

"Aku dengar bayi menangis la"

Mmg sah la bukan hayalan aku..

Bayi tu menangis agak kuat jelas ditelinga aku..

Aku cakap kat kawan aku,

"Siapa la tergamak buang anak malam-malam buta ni"..?

Kawan aku tak menjawab hanya terkebil-kebil mata sahaja..lalu aku berkata.

"Jom kita pi tengok, kesian pulak bayi tu kalau ada orang buang ka bayi tu".. 

Kawan aku mengangguk setuju.

Berbekalkan cahaya lampu Torchlight kami pun mula bergerak meredah hutan, melalui semak dan pohon-pohon Balak..

Makin lama kami melangkah.. Makin kuat bunyi tangisan bayi,

Semakin lama semakin kuat... Kami terus mengikuti arah datang bunyi tadi..

Akhirnya kami sampai dekat sepohon pokok balak yang besar.. Banir akarnya sangat besar..

Suara bayi kedengaran sangat kuat dicelah banir akar balak itu.. Aku menghampiri sambil menyuluh kearah tanah tempat berbunyi itu.. Memang jelas bunyi  disitu.

Tapi.. Tiada..

Yang ada hanya daun2 kering yang gugur.. Aku suluh sambil membongkok sedikit bunyi tu macam berada sekaki saja didepan aku tapi tak ada..aku siap raba2 lagi tmpt bunyi tu, memang sah tak ada, kemudian kami pun segera meninggalkan tempat itu.. Bunyi bayi menangis  terus kedengaran..

Biar la mungkin ada ibu dia dekat-dekat pohon pokok tu ( cik ponti) 

Ada satu malam tu, masa ada pameran LIMA Kalau tak silap aku, isteri orang kenamaan  tidor kat salah satu villa mewah kat situ..villa-villa lain ada ramai Duta-Duta luar negara yang menginap sebab LIMA. 

Masa tu aku shift malam tapi aku standby kat office saja. Dalam pukul 2 pagi Reception call aku bagitau ada villa no sekian-sekian call menganggu Reception yang bertugas, masaalahnya villa yang call tu tak ada guest,

Reception yang bertugas malam tu plak semua wanita. Berbangsa Philipine. cuma Bell boy lelaki orang malaysia seorang standby,.takut la  Receptionist Philipine tu.

Villa yang menganggu tu pulak level villa yang harga mahal. Level-level pak menteri. 

Tanpa membuang masa aku kunci office pergi la aku ke lobby, budak bell boy dan receptionist tu cerita la kat aku panjang lebar.. Aku pun ajak budak bell boy ni teman aku sebab kunci bilik reception yang jaga kami kunci store dll kami ada la tapi kunci bilik guest reception control.

Aku pun pergi la villa yang dimaksudkan dengan bell boy tadi, sebelum sampai ke villa itu, kami kena melalui villa isteri orang kenamaan itu. Aku tengok ada dalam 5 orang UTK yang kawal villa isteri orang kenamaan itu , aku sekadar mengangkat tangan memberi salam saja bila melintasi mereka,

Selang satu villa dari villa isteri orang kenamaan itu kami sampai ke villa yang dicari, kami pun  buka pintu., Sunyi ja dalam villa tu aku terus ON lampu dalam villa. 

Aku mula lah menjalankan tugas aku memeriksa setiap telefon dalam tu.. Villa mahal ni bukan mcm hotel biasa.. Dalam toilet ada telefon, dapur ada telefon, meja tulis ada telefon bilik tidor ada telefon dalam empat telefon kalau tak silap aku lama dah memory pun dah tumpul, salah satu dari telefon ni terkeluar dari gagangnya..

Aku agak dalam hati aku, yang ni yang dok kacau tuuu..

Aku letak balik telefon tu dalam gagangnya, kemudian aku cabut wayer semua telefone2 tu supaya tak ada line, aku check tingkap-tingkap semua berkunci mmg sah tak ada orang boleh masuk, tak berapa lama kami pun keluar.

Aku lepak lagi kat Lobby sambil berbual-bual dengan Bell boy..

Tiba-tiba..

Ringgggggg... Ringgggg... Ringgg

Muka Receptionist dah berubah sambil memanggil aku.. Sambil menunjuk ditelefon no villa yang kami pergi tadi, call kembali..

Aku angkat telefon..

Aku dengar bunyi.. Angin...menderu-deruuu.. 

Bunyi.. Daun-daun kayu..

Tapi dia tak bercakap sepatah pun..

Aku ajak budak bell boy tu untuk check kali kedua,.. Aku tengok muka Bell boy dah pucat. Aku cakap, 

"kau ikut saja tak ada apa la"

sebenarnya aku sendiri pun gementar juga kalau sorang-sorang nak pergi check villa tu terletak agak jauh kedalam hutan dalam tu berbilik- bilik dan luas pula, seram juga aku kalau seorang.

Kami pun pergi untuk kali yang kedua, bila lalu dekat Pegawai UTK tu, dia macam dapat mengesan dengan perwatakan Bell boy tadi semacam dalam ketakutan, Pegawai UTK tu tanya kami ada masaalah apa,, kami pun cerita la.. Bila dengar cerita kami 2 orang dari mereka ikut kami sambil berkata

"bahaya ni VVIP ada tak jauh dari situ"

takut ada unsur jenayah lain yang boleh merbahayakan diri Isteri orang kenamaan tersebut. 

Sampai di pintu villa kedua-dua Pegawai UTK tadi mengeluarkan pistol masing-masing, kami buka saja pintu villa,.. kedua-dua mereka menerpa masuk kedalam villa, Aku tengok puas mereka geledah tapi tak menemui apa-apa tanda orang ceroboh masuk...

Apa yang aku temui salah satu telefon terkeluar dari gagang dan terletak diatas meja seperti mula2 aku datang tadi...

Tak berapa lama selepas itu salah seorang dari pegawai UTK datang menghampiri aku sambil berbisik.

"Dah la... Kunci pintu kita keluar dari sini, ini mainan makhluk ghaib"

Tanpa membuang masa kami lock bilik tu,.. Terus pulang ke Lobby. 


Sabtu, 26 Disember 2020

Cerita Seram Nina Bobo Podcast - Hotel Berhantu Di Pulau Langkawi

10:22 Panggilan 1 [oleH: HAKIMI, Pasir Gudang] -suara di bilik jenazah surau,lembaga di blok kuarters

29:53 Panggilan 2 [oleH : SITI, Kuala Selangor] -cerita pegawai imigresen, tahanan org nepal

45:03 Panggilan 3 [oleH: AMIN, Yan Kedah] ] -memandu di jalan kaki gunung Jerai di tgh malam, penampak lembaga

57:00 Panggilan 4 [oleH: MUNAWAR, Sg Petani] -ditindah lembaga berbulu ketika tidur di rumah seorg diri

1:11:20 Panggilan 5 [oleH: SHAZANA, SubangJaya] -kisah bekas makeup artis, kwn keturunan penanggal, di serang dalam mimpi,  keguguran (KISAH TERBAIK MALAM INI!)

1:31:06 Panggilan 6 [oleH: SOFIE, Bkt Selambau] -kakak sahabat di datangi lelaki tua, ank dlm kandungan 6bln diambil diganti dgn ilmu mengubat,ank dtg melawat

1:41:12 Cerita DJ Mamu [oleH : MANAP] -kisah seram di kedai makan di waktu malam,suara tamil, ada gambar


1:54:33 Panggilan 7 [oleH: AM, KL] -balik menuggang motorsikal di tengah malam, penampakan pocong, bukit Terap Negeri 9 

2:06:00 Panggilan 8 [oleH: REMY,IPOH] -lepak di kampung kelapabatas  di malam hari, terserempak arwah paklong bilal surau

2:11:19 Panggilan 9 [oleH: NENAS, SG PETANI] -1)perumahan  baru kelibat yg menggangu di rumah memanggil2 nama, 2)mak disihir , 3)Nibong tebal, diganggu tidur dimalam hari,sami siam

2:41:24 Panggilan 10 [oleH: HALIM, SG PETANI] -ditipu agen kerja di pulau Langkawi terpaksa sewa bilik rumah tumpangan murah yg berhantu

3:00:24 Panggilan 11 [oleH: AM, KULIM] -kisah tapak pembinaan, pokok puaka yg tak boleh dibuang, berdekaan jambatan pulau pinang

3:14:35 Panggilan 12 [oleH:EPI, LUMUT] -balik bekerja malam di pengerang, berhenti kutip durian curi, terjumpa penunggu dusun bermata merah

3:25:40 Panggilan 13 [oleH:RINA @R. Moe] -scuba diving di maldives di malam hari, ternampak suluhan lampu misteri yg mengundang sesat di dalam laut 


SELAMAT MENDENGAR




Sabtu, 19 Disember 2020

Apartment Camar Kuala Kangsar


Pagi Itu dengan penuh semangat syam bangun awal untuk bekerja..syam bekerja sebagai pemandu e hailing. Kerja sebagai pemandu ni tidaklah mencabar, cuma kena penuhkan dada dengan kesabaran.

Haritu seperti biasa syam akan mencari tempat untuk menunggu job order. Syam pun berhenti di petronas area taming jaya. Lepas satu, satu job yang di terima dan di selesaikan, hingga tak sedar jam menunjukkan 7.10 malam.

" huish lewat dah ni...aku belum solat lagi ni...tunggu lah sekejap mana tahu dapat last job ni" fikir syam dalam hati..

Tidak smpai 10 min menunggu, syam mendapat job order rm598 hantaran satu parcel ke Kuala Kangsar Perak..berbunga hati syam..fuhh rezki aku harini...alhamdulilah" sambil tersenyum.

Syam pun call lah no telefon penghantar untuk mengambil parcel tersebut..terdengar suara perempuan menjawab " bolehla  datang sekarang ke tempat saya" kata wanita itu. " Ok miss on the way ye.." balas syam.

Sesampainya di alamat tesebut, syam agak pelik ianya sebuah bangunan rumah kedai yang agak usang, sunyi dan suasana agak gelap.." syam mendail nombor wanita tadi dan berkata" saya sudah sampai miss, saya tunggu dibangunan kedai paling depan ye". kata syam. "ok, tunggu ye" wanita itu menjawap. Syam memasang radio kereta dengan agak kuat untuk menghilangkan rasa seramnya.." kenapa hati aku berdebar lain macamnni" getusnya dalam hati". Syam pun menyedut vapenya dalam dalam dan perlahan lahan menghembuskan asapnya ke tingkap." Huish gelap betul ni... solat pun belum, terasa seram pulak aku ni". Fikirannya tetiba berfikir yang bukan bukan..

Sedang syam melayankan perasaan seramnya, tiba tiba terdengar ketukan di cermin tingkap keretanya...terkejutnya  bukan kepalang!!! lantas syam terus memasang lampu dan terlihat sosok wanita muda membawa bungkusan. Syam menurunkan sedikit cermin, dan bertanya" ini cik laila ke???yang order job tadi???" syam beranikan diri. " ye" jawab wanita itu ringkas." oh orang rupanya, syam tersenyum sambil melurut dadanya cuba  untuk menyembunyikan rasa takutnya. Syam pun membuka pintu dan turun untuk mengambil bungkusan tersebut. " terimaksih miss selamat malam." kata syam penuh sopan...wanita itu hanya mengangguk kan kepala tanpa berkata apa-apa. Syam cuba mencuri pandang dan merenung wajah wanita itu, tetapi suasana yang agak gelap membuatkan syam tidak nampak wajah wanita itu dengan jelas.

Tanpa mengesyaki apa-apa,  syam terus bergerak menuju ke kuala kangsar...huh 4 jam juga ni" keluh syam namun diwajahnya tergambar kegembiraan. "Siapa laila tu ye?? pelik juga...ahhh persetankan semua itu yang penting job masyuk" syam cuba menenangkan kegusaran dihatinya.

Sepanjang perjalanan ke kuala kangsar, radio yang menjadi peneman diri. Syam tidak berhasrat untuk berhenti rehat kerana dia tidak mahu sampai lewat sangat ke destinasi. Sesekali syam  menjeling jam di tangannya.."huh lagi sejam baru sampai ni".....Syam terus memandu walaupun hakikatnya dia agak keletihan.

Akhirnya, syam pun sampai ke destinasi, dia berhenti disebuah apartment. "APARTMENT CAMAR, hah betul lah ini tempatnya"...Apartment tu ada 3 blok, blok yang belakang kelihatan agak suram dengan suasana agak menyeramkan.Syam turun dan berjalan menuju ke alamat yang tertera di applikasi. " mak aii tingkat 3 no 303, takde lift la plak, haduii " rungut syam sendirian.

" Betul ke bangunan ni?? mcam apartment tinggal jer ni...kotor plak tu" hush apa barang lah laila ni nak hantar!!!" ader juga orang nak duduk kat tempat cmni" bebel syam sendirian...." duduklah bangunan depan tu bersih sikit!! tah pape..pelik "

Syam berjalan dari satu tingkat ker satu tingkat..sampai ditingkat 3, tetiba langkah syam terhenti... lampu kalimantang yang sekejap ada sekejap padam membuatkan syam menjadi takut dan berdebar-debar..syam terpandang seorang wanita berdiri, seolah sedang menunggu parcel yang dia bawa. " mungkin itu ownernya" kata syam perlahan..Syam berjalan mendekati wanita tersebut,dan memberanikan diri menyapa" miss,..miss....ni ada parcel dari miss laila". Wanita itu berpaling dan mengambil parcel dari tangan syam. " miss bayaran nya rm598". Wanita itu mengangguk dan membayar rm598. " Thanks miss, saya gerak dulu"!!... Syam tersenyum sambil mengatur langkah ...tak sampai 5 min syam berjalan, tetiba syam terdengar suara mengilai .."hehehehe!!!! terimaksih bawa kan tangan laila ke sini!!!!" syam menoleh dan terkejut melihat wanita itu berdiri diatas tembok dan menunjukkan tangannya.... wanita itu menyambungkan tangannya sambil mengilai ngilai....syam yang amat ketakutan, hampir terkucil dan terjatuh...syam merangkak menuruni tangga...mulutnya tak meberhenti menyebut Allah..Allah....sampai dibawah syam terus lari menuju ke keretanya...syam masuk kedalam kereta dan menguncinya ...syam cuba menenangkan diri nya...syam hanya duduk didalam kereta tanpa mampu membuat apa-apa. Dalam keadaan ketakutan yang amat sangat, tiba tiba cermin tingkapnya diketuk...laila menunjukkan tangannya yang tercabut..... syam menjerit sekuat hati dan tak tahu apa yang terjadi selepas itu...

Syam tersedar bila cahaya matahari menyuluh mukanya...syam mengosok gosok matanya... ditangannya dia mengenggam daun daun kering..dia cuba mengingatkan kembali peristiwa malam tadi...dihadapannya tersergam bangunan usang..berlumut..dan dikelilingi hutan...tertulis apartment camar..." Allah" syam mengurut dadanya...enjin kereta nya dihidupkan dan syam memandu keretanya mencari tempat rehat.

Syam membasuh mukanya, dia memesan minuman untuk sarapan....syam memilih untuk duduk sebelah pakcik yang juga sedang menikmati sarapan pagi..." pakcik, bole saya duduk?? " tanya syam..." duduklah ada juga teman berbual pelawa pakcik itu.

" kamu dari mana?? hendak ke mana?? tanya pakcik memulakan perbualan..." oh saya dari selangor pakcik...malam tadi ader job ke kuala kangsar" jawab syam sambil matanya terkebil kebil..

" pakcik orang sini ke??" tanya syam..." iyer, pakcik orang sini..besor disini, udah kenapa muka kamu pucat gitu??" tanya pakcik. " pakcik tahu tak apartment camar??" syam cuba mengorek cerita. " oh apartment tu, ha.... dulu ramai orang tinggal kat situ...sejak ada kes bunuh diblok belakang tu... ramai orang udah pindah katanya berhantu!!!" lama dah bangunan tu kosong, dah kenapa kamu dok tanya??" soal pakcik.

"eh takde apa pakcik" syam cuba sembunyikan apa yang dialaminya.." gini..dulu ada sepasang laki bini..bininya orang selangor ler... lakinya ni kaki mabuk..satu malam tu, sepupu bininya datang ke rumah, dia balik ke rumah, dia ingat bininya ada jantan lain...dia mengamuk, tangan bini nya dikerat, lehernya dikelar ..dengar kata..tangannya tu diposkan pada emak mertuanya di selangor!!!. gitu lah yang pakcik dengor". Syam cuma ternganga mendengar cerita pakcik tersebut. " oklah pakcik..saya gerak balik dululah" sambil menghulurkan tangan bersalaman.

Sepanjang perjalanan, syam masih trauma dengan apa yang dia lalui..." huh..duit jadi daun, rupanya tangan yang aku bawak, haduii!!! ini mungkin aku tamak job kot..sampai aku lupa nak solat"..apapun ini pengajaran bagi diri aku dan hingga sekarang apa jua kerja yang aku buat, aku akan dulukan perintah allah swt.

Badi Mayat


Menjadi seorang pelajar perubatan, memang salah satu subtopik yang perlu dipelajari adalah anatomi, iaitu mempelajari struktur tubuh badan manusia. Daripada sekecil-kecil saraf, sehinggalah sebesar-besar tulang-temulang, jantung, otak dan paru-paru.

Kes ini berlaku sewaktu pembelajaran aku di sebuah universiti pada tahun 2007. Ijazah yang aku ambil ini bakal mendapatkan aku kelulusan Medical Doctor atau MD yang mana mempunyai sedikit (insignificant) kelainan berbanding dengan ijazah MBBS. Perbezaan ini juga adalah berdasarkan negara di mana terletaknya universiti tersebut.

Oleh yang sedemikian, pembelajaran mengenai anatomi ini agak terhad daripada segi praktikal yang mana aku tiada peluang untuk membelah kadaver (mayat), atau dikenali sebagai dissection. Pengajian MD ini lebih kepada menumpu kepada penyakit yang berkaitan perubatan, bukan pembedahan.

Aku baik dengan Professor Madya Salman (PM Salman - Bukan nama sebenar), iaitu seorang pensyarah di jabatan anatomi sewaktu aku berada di tahun satu di universiti tersebut.

Oleh itu, sekiranya ada masa untuk beliau dissect kadaver untuk tujuan pembelajaran khususnya kepada pelajar-pelajar yang menyambung pembelajaran dalam bidang Anatomy (Master), beliau akan membuat panggilan telefon kepada aku untuk menyertainya sebagai seorang penolong.

Terdapat satu ruangan simpanan di belakang Muzium Anatomi di universiti tersebut yang menempatkan mayat yang didapati sama ada dengan pendermaan ataupun mana-mana jenazah yang tidak dituntut.

Tempat simpanan mayat ini tidak sama dengan tempat simpanan mayat yang bakal dibuat autopsi seperti yang berada di dalam jabatan forensik di hospital-hospital kerajaan. Aku tahu, ramai menyangka bahawa mayat-mayat ini disimpan dalam laci seperti yang ditunjukkan di dalam filem-filem mat Salleh.

Perbezaannya di sini adalah tempat penyimpanan mayat di hospital untuk tujuan autopsi memerlukan preservation yang agak singkat kerana kebanyakan mayat ini perlu diketahui punca sebenar kematiannya, terutama sekali yang berkait rapat dengan jenayah. Sudah tentu kes polis memerlukan masa yang pantas untuk memastikan sama ada mayat tersebut dibunuh atau sebaliknya. 

Laci yang menempatkan mayat ini sebenarnya adalah sebuah peti sejuk untuk yang diubahsuai. Suhu yang rendah ini dapat merencatkan proses pereputan mayat.

Untuk mayat yang disimpan bagi tujuan dissection yang mana selalunya berada di hospital universiti pula, tempat penyimpanan mayat ini berbentuk seakan-akan tab mandi. Mayat-mayat yang berada di sini disusun di dalam posisi berlawanan antara satu sama lain. Maksud aku, untuk mayat di bawah, kakinya berada di kepala mayat di atasnya, dan kepala mayat yang berada di atasnya pula terletak di bahagian kaki mayat di bawahnya.

Selalunya, terdapat 3 hingga 4 mayat di dalam satu tab dan terendam di dalam larutan formaldehyde dan chloral hydrate, iaitu larutan yang digunakan untuk tujuan pengawetan dan melambatkan proses pereputan. Susunan bertimpa-timpa antara satu sama lain ini bukanlah satu bentuk penghinaan kepada mayat-mayat tersebut, tetapi lebih kepada penjimatan ruang semaksimum yang mungkin dan menjimatkan kos bahan pengawet.

Aku tahu, untuk mayat yang tak dituntut dan disimpan melebihi 14 hari di sesebuah hospital dan bukan beragama Islam, ianya akan diserahkan ke pihak universiti untuk tujuan akademik. Itulah prosedurnya untuk mendapatkan mayat mengikuti garis panduan (SOP) yang dibuat oleh kementerian kesihatan. 

Mayat-mayat yang tidak dituntut ini ni bukan semuanya berasal daripada Malaysia. Tak silap aku, PM Salman mengatakan ada juga beberapa mayat yang berasal daripada negara lain seperti India, Pakistan, Indonesia dan negara-negara jiran yang lain serta diketahui sebagai bukan beragama islam.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, PM Salman menghantar SMS kepada aku dan mengatakan bahawa beliau memulakan prosedur dissection untuk salah satu satu mayat pada petang hari tersebut. Aku seperti biasa, agak teruja, ditambah lagi apabila beliau mengatakan bahagian yang ingin dipotong itu adalah bahagian kepala untuk mencapai organ otak kerana aku minat subjek neurologi sewaktu aku di tahun satu dahulu.

Namun, biasanya semasa proses dissection ini dibuat, hanya sedikit sahaja bahagian yang aku dapat potong dan belah, selebihnya PM Salman yang buat. Beliau sedikit perfectionist, apatah lagi saat berurusan dengan satu tubuh yang pernah menjadi manusia. Dissection perlu dilakukan dengan berhati-hati dan penuh teliti. Petang itu, aku tiba di bilik penyimpanan mayat.

Bau formaldehyde serta-merta menusuk hidung aku. Baunya sangat kuat, ibarat bau Clorox yang menusuk masuk ke saluran pernafasan aku walaupun aku dah pakai mask siap-siap. Di situ, pemakaian apron plastik diwajibkan kerana takut terpercik cecair dan bendalir yang berada di dalam badan mayat yang kebanyakannya sudah pun berusia 3 hingga 4 tahun ketika dissection dijalankan.

Untuk cecair tersebut, kalau terpercik dengan bau mayat secara langsung pada baju atau pun tangan, alamatnya, kau kena buangkan sahajalah pakaian yang terkena itu dan alau terkena di tangan, seminggulah kau kena makan guna sudu dan garpu.

Bau itu satu hal dan sebenarnya akan hilang dalam masa yang agak cepat, akan tetapi, otak kita seringkali menyangka bahawa bau cecair itu masih lagi berada di situ kerana kita tahu bahawa cecair tersebut datang daripada campuran cecair pengawet dan juga bendalir yang datang dari mayat.

PM Salman meminta aku untuk membantu memindahkan satu jasad di atas meja. Kadaver ini sebenarnya agak berat. Aku lihat, bahagian muka mayat tersebut dibaluti kain putih. Memang kesemua bahagian muka mayat-mayat di situ dibaluti kain putih.

Aku juga perasan bahawa bahagian badan mayat tersebut juga dipenuhi dengan tatu. Aku terus bertanya kepada PM Salman.

“Prof, body ni daripada mana actually?”

“Body ni daripada Pulau Pinang. Tak dituntut, jadi terus diserahkan kepada universiti selepas beberapa bulan”

“Oh, prof tahu cause of death dia?”

“Ni kes terjun jambatan Pulau-Pinang ni, punca kematiannya akibat sama ada impak yang kuat bila terhempas ke permukaan laut ataupun lemas”

Selepas itu, PM Salman mengarahkan aku membuka kain putih yang membaluti tubuh jenazah. Terketar-ketar juga aku buat. Walaupun ini dah kali ketiga aku membantu beliau, aku masih berasa takut kerana aku tidak pernah melihat dissection untuk bahagian kepala mayat.

Saat terlihat muka mayat tersebut setelah aku buka kain yang menutupi wajahnya, memang aku jadi sedikit cuak. Silap, bukan sedikit cuak, tetapi cuak nak mampus. Wajahnya mayat tersebut pucat lesi, sebelah matanya terbuka dan terjegil manakala sebelah lagi tertutup. Mulutnya sedikit terbuka dan menampakkan giginya yang berwarna kuning akibat pereputan walaupun terendam dalam cecair pengawet.

Selepas aku menyentuh sahaja bahagian kepala mayat tersebut, memang aku dapat rasakan sejuk benar kulitnya walaupun aku memakai sarung tangan getah. 

Di dalam bilik tersebut sebenarnya, bukan mayat tu sahaja yang pucat lesi, aku pun sama. Melihatkan aku yang pucat dan terketar-ketar, beliau bertanya adakah aku okay ataupun tidak? Aku berdalih, mengatakan bahawa suhu bilik tersebut terlalu sejuk dan itulah yang membuatkan aku menggigil.

Dissection dimulakan. Dipotong perlahan-lahan di bahagian kulit kepala mayat itu. Aku lihat, tangan prof sungguh laju, sungguh pantas dan lancar, bagai melihat chef Gordon Ramsay memotong ayam. 

Prof memberi aku peluang juga untuk memotong, dan membelah. Ditunjuknya aku di mana nak belah. Dia memerhatikan pergerakan aku macam burung helang untuk memastikan aku tidak silap mahupun membuat pergerakan yang kasar terhadap jenazah tersebut.

2 jam kemudian, bahagian otak dah dikeluarkan, dan direndam di dalam satu cecair di dalam bekas yang lain. Proses untuk mengeluarkan otak ini sebenarnya dimulakan dengan pemotongan di bahagian tempurung kepalanya menggunakan gergaji.

Gergaji tersebut agak kuat bunyinya, dan untuk pengetahuan anda semua, alat yang digunakan itu lebih kurang sama macam angle grinder. Sejam kemudian, semuanya selesai.

Aku mengucapkan terima kasih kepada prof atas segala ilmu yang dikongsikan bersama kepada aku. Seperti biasa, prof akan memesan;

“Ingat, lepas ni jangan balik bilik terus, pergi keluar makan dulu dan lewat sikit, baru balik bilik”

Memang itulah pesanan prof. Takut ada yang mengikut katanya. Aku berjalan keluar daripada kampus perubatan ke kedai makan yang terletak di seberang jalan hospital universiti tersebut, tetapi tiba-tiba perut aku memulas-mulas. Aku terus berlari ke hostel untuk ke tandas.

Habis sahaja menunaikan hajat, aku terus masuk ke dalam bilik aku. Di situlah kesalahan pertama yang aku lakukan di mana aku lupa apa yang dipesan oleh prof.

Aku tertidur akibat keletihan. Sebenarnya, hari tersebut merupakan cuti semester di universiti, namun, aku berasa malas untuk pulang ke kampung halamanku. Lagipun, aku nak sertai banyak aktiviti yang aku kira boleh menambah ilmu pengetahuanku dan aku manfaatkan masa untuk study juga.

Aku terganggu dan ternampak sesuatu yang buruk. Aku terbayang didatangi oleh satu lembaga yang mempunyai muka yang seiras dengan mayat yang aku belah dalam tidurku. Aku dapati dia berbaring di sebelah aku dan badannya dibaluti kain putih, macam pocong. Mukanya menyeringai sahaja memandang aku.

Aku terjaga daripada mainan tidur dan bingkas duduk. Ku lihat jam sudah pun menunjukkan pukul 6.45 petang. Bilik aku suram kerana waktu itu memang dah hampir senja. Lampu bilik pula tak aku buka sebelum aku tidur jam 4.00 petang tadi.

Aku segera memetik suis lampu dan ke tandas, untuk mandi dan berwuduk memandangkan aku masih lagi belum menunaikan solat Asar. Aku lihat, lampu tandas di hostel tersebut masih tidak terbuka lagi, maklumlah, biasanya jam 7.00 malam barulah semua lampu di desasiswa aku terbuka. Jadi, keadaan agak suram walaupun lampu di bahagian koridor itu sentiasa terbuka.

Aku membasuh muka tetapi, saat aku melihat cermin di tandas, aku perasan akan sekujur tubuh berdiri di belakangku. Aku terpaku. Cuak. Perasan juga aku rupa makhluk itu, yang serupa macam manusia. Namun aku tak dapat pastikan betul-betul sebab aku menoleh sepantas kilat. Itulah tindakan refleks aku.

Bila aku pusing ke belakang, tiada apa-apa. Saat itu, aku segera sempurnakan wuduk aku, dan terus berlari ke bilik untuk menunaikan solat asar. Pada tanggapan aku, itu semua hanyalah mainan perasaan aku sahaja. 

Puas aku bacakan ayat Kursi, sampai 21 kali, maklumlah dah dua kali berturut-turut diganggu, walaupun satu dalam tidur dan satu lagi aku tak dapat betul-betul memastikan kewujudannya di tandas tadi.

Saat itu, sudahlah hanya tinggal aku seorang sahaja di asrama kerana teman-teman lain sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, aku pula terpaksa melalui gangguan sebegini rupa. Aku cuak juga, takut sekiranya makhluk itu memunculkan dirinya lagi.

Aku berbaring di katil, menghadap dinding. Saat aku pusingkan badan sahaja ke kanan,

“Ya Allah!”, terpacul daripada mulutku apabila aku terlihat penampakkan sekujur tubuh yang betul-betul berdiri di sisi katil. Saat ku tenung mukanya, terus dia menyeringai sambil mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi pemotong elektrik yang digunakan sewaktu memotong tengkorak mayat tadi. Matanya sebelah terbelolok keluar, dan sebelah lagi tertutup separuh.

Aku tergamam. Aku tutup mataku dengan tangan, dan sekali lagi aku tersentak apabila kedengaran azan Subuh. Ternyata itu semua hanyalah mainan tidur. Akan tetapi, aku boleh rasakan seolah-olah perkara tersebut betul-betul terjadi.

Masuk hari ketiga, sememangnya hari yang agak menyeksakan untuk diriku. Tidur tak boleh,dan apabila bangun, dan berada di kawasan yang agak suram, ‘dia’ datang memunculkan dirinya lagi. Memang selalu aku terperasan di pandangan sisi mataku, kelibat orang melintas ke sana dan ke sini.

Ada sekali tu, apabila aku terlelap, aku rasa bahu kiri aku disentuh, dan kemudian mendengar bunyi nafas ibarat bunyi nafas anjing yang sedang bernafas sambil lidahnya yang terjelir itu. Sungguh menakutkan. Aku berjumpa dengan senior aku, dan mereka menyuruh aku berjumpa dengan pakar psychiatrist. Aku tak mahu memberitahu Prof Salman mengenai perkara ini, maklumlah, aku baru sahaja melanggar apa yang disuruhnya.

Aku berjumpa terus dengan salah seorang psychiatrist, merangkap pensyarah aku, Dr Hanim (bukan nama sebenar). Aku ceritakan segalanya kepada Dr Hanim mengenai keadaan aku. DIagnosis Acute Stress Reaction dibuat, dan aku diberi 2 jenis ubat.

Pulang ke asrama, aku makan ubat tersebut. Memang agak mengantuk kerana ubat tersebut berfungsi untuk meredakan pemikiran yang resah gelisah berterusan. Petang itu, aku ingin mandi dan bersedia untuk solat Asar. Aku masuk ke bilik air, membawa tuala dan sabun. Sedang aku mandi, sekali lagi aku rasa bahu kiri aku dipegang. Cepat aku menoleh, tetapi tiada apa-apa.

Aku balik ke bilik setelah aku mandi cepat-cepat, dan solat Asar. Kesan ubat yang diberikan menyebabkan aku terlelap, dan sekali lagi aku ternampak satu lembaga lelaki dengan badan penuh bertatu betul-betul berdiri di sebelah katil aku.

Aku hanya mampu menatap mukanya yang pucat, dan mata yang sebelah terbuka dan sebelah tertutup sambil mulutnya yang terbuka menampakkan giginya yang berkarat. Aku tak boleh bergerak, dan tak boleh buat apa-apa. Aku lihat dia menghampiri telinga ku, dan bunyi nafas sama macam sebelum ni, nafas anjing semakin lama semakin kuat.

Aku dapat rasakan nafasnya yang suam itu di telinga ku. Tetapi aku tergamam dan tak mampu bergerak.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku. Sekali lagi aku bermimpi perkara yang seakan-akan sama temanya, mayat. Sepanjang malam aku tak tidur, dan apabila otak aku terlalu letih akibat tak habis-habis diganggu aku rasa sudah cukup. Aku dah tak tertahan dan segera aku menelefon Prof Salman pagi itu.

“Boleh awak datang ke rumah saya?”, katanya setelah aku menerangkan gangguan tersebut. Aku menjawab boleh.

Satu per satu peristiwa yang berlaku aku ceritakan. Walaupun pada asalnya aku cuba berdalih, menyatakan bahawa aku tidak terus pulang ke bilik, tetapi akhirnya aku mengaku juga. Dan memandangkan aku memandu sebuah kereta di sini, tiada masalah untuk aku ke rumahnya yang terletak lebih kurang 3 kilometer daripada universiti tersebut.

Setiba aku di rumahnya, aku lihat dia masih bercakap-cakap di telefon. Saat dia meletakkan sahaja panggilan tersebut, terus dia kata dengan aku

“Don’t worry, saya dah call ustaz”, katanya sambil tersenyum.

Isterinya ke ruang tamu menghidangkan aku secawan kopi.

“Kenapa teruk sangat saya kena kacau prof?”, aku bertanya

“La, inilah orang panggil badi mayat. Sebenarnya lebih kepada psikologi awak, tetapi ada juga kadangkala yang memang benda tu ikut awak sampai ke bilik, dan nak menetap bersama awak. Maklumlah dah lama dia menumpang di bilik mayat tu sahaja”, katanya.

Cuak juga aku dengar. Memang aku pernah mendengar orang membicarakan mengenai badi mayat, tetapi aku tak sangka sampai begitu sekali kesannya pada diri aku.

“So, what if benda tu ikut saya balik prof? Ubat hospital nampak macam tak membantu sangat”, tanya aku

“Ha, kat sinilah datangnya peranan ustaz tu. Macam ni, awak biar dia tengokkan awak dulu dan ubat hospital tu awak makan juga. Sebab tahun lepas, ada salah seorang pelajar master anatomy ni pun jadi macam tu lepas dissect satu kadaver”, katanya.

“Oh, pernah terjadi ke sebelum ni?”, aku bertanya hendakkan kepastian.

“Ya, pernah. Selalu sebenarnya, daripada situlah saya kenal ustaz ni, sebab kadangkala walaupun ikut apa yang kita belajar kan, masalah ni macam ala-ala Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) atau Acute Stress Reaction, tapi ada juga yang bukan”, kata Prof Salman sambil menghirup kopi, sama seperti apa yang diberitahu oleh pakar psychiatrist yang aku jumpa.

“Macam mana kita nak tahu masalah ni nak kena treat dengan psychiatrist atau kena treat dengan ustaz?”, aku bertanya lagi.

“Hmm, itu susah sikit. Biasanya saya akan suruh orang yang kena ni jumpa psychiatrist. Kalau lepas dah makan ubat pun masih tak henti-henti lagi gangguan, masa itulah saya akan syorkan jumpa ustaz ni. Jadi, alang-alang awak dah beritahu saya, bagus lagi kalau jumpa ustaz ni dulu”, jawabnya.

Aku mendiamkan diri, berasa bersalah juga, masakan tidak, ini semua gara-gara perbuatan aku yang tidak mengikut cakapnya. Tapi apa sekalipun, aku memerlukan rawatan.

40 minit kemudian, seorang lelaki berambut putih, berkopiah dan berjubah tiba di perkarangan rumah Prof Salman. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Ustaz Sulaiman (bukan nama sebenar).

Setelah diceritakan apa yang berlaku terhadap aku, ustaz Sulaiman memberi aku segelas air iaitu air Yassin. Setelah soalan demi soalan ditanyakan kepadaku, dia membaca sesuatu. Terkumat-kamit mulutnya, dan aku dapat menangkap juga beberapa bacaan daripada surah Yassin dan Surah Al-Falaq.

Kemudian dia diam sahaja. Memandang aku tanpa membuat apa-apa. 5 minit juga. Aku rasa mungkin dia ingin men’diagnos’ aku semasa itu. Kemudiannya dia tersenyum, seraya berkata,

“Apa saya nak pesan, macam ni, satu, jangan sekali-kali tidur di waktu selepas Asar, beberapa minit sebelum Subuh dan waktu di antara Maghrib dan Isya’. Sewaktu itu, badan kita berada di dalam keadaan yang tersangat lemah”

Aku mengangguk. Memang aku pun pernah mendengar orang memesan supaya jangan tidur pada waktu-waktu sedemikian. Even Rasulullah pun ada memesan, ada waktu-waktu yang tak digalakkan untuk tidur. Dia kemudiannya menyambung,

“Dan yang kedua, ingat, baca Ayat Kursi tiga kali, 3 Qul dan doa tidur sebelum tidur. Jangan lupa untuk ambil wuduk juga. Sebabnya, kalau gangguan nak terjadi, biasanya akan berlaku pada waktu kita sedang tidur. Jadi lepas saya lihat awak ni, insha Allah tiada yang bukan-bukan mengikut awak balik, mungkin semuanya mainan perasaan. Cuma ingat, kalau ada gangguan-gangguan lagi, awak boleh hubungi saya semula”.

“Ubat yang psychiatrist tu bagi macam mana ustaz? Nak teruskan makan ke?”, tanyaku.

“Ya, sudah tentu, kita ikhtiar dua-dua cara sekali, Insha Allah boleh”, katanya

Pulang sahaja ke asrama, aku mula membaca Al-Quran semula. Maklumlah, dah lama aku tak menyentuh kitab suci itu, dan aku selalu pastikan diri aku untuk mengikuti nasihat-nasihat yang diberikan oleh Ustaz Sulaiman. Ubat yang diberikan oleh Dr Hanim juga aku makan seperti biasa.

Alhamdulillah, ternyata gangguan-gangguan sedemikian tidaklah hilang sepenuhnya, tetapi berkurangan sedikit demi sedikit. Dan akhirnya, selepas 2 minggu, tiada lagi penampakkan mahupun bayangan-bayangan yang mengerikan menghantui aku lagi. 

Sewaktu aku datang untuk follow-up dengan Dr Hanim, dia juga menghentikan ubat-ubatan aku secara perlahan-lahan, sehinggalah selepas 1 bulan setengah, aku tak memerlukan lagi ubat-ubatan itu.

Memang sebagai seorang pelajar perubatan, atau ahli sains, kita akan menganggap perkara-perkara sebegini berlaku kesan daripada keadaan mental kita yang terkejut tatkala terlihat sesuatu yang mengerikan, seperti mayat, kemalangan, peperangan atau kematian. Penyakit ini yang kita gelar sebagai PTSD.

Namun, sebagai umat Islam, kita perlu mempercayai akan kewujudan makhluk-makhluk yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar, atau tak dapat diterangkan melalui logik akal dan sains.

Itulah sebabnya walaupun seseorang itu yang telah pun bergelar professor, atau berada di jawatan yang tinggi dengan pengalaman berpuluh tahun sebagai pakar anatomi ataupun forensik, mereka masih mempercayai bahawa memang ada ketika yang mana ‘benda-benda’ tersebut boleh mengikut kita balik, dan itulah sebabnya mengapa mereka akan sentiasa berpesan untuk tidak pulang terus ke bilik atau rumah, selesai sahaja menguruskan mayat.

Wallahu’alam

TAMAT

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...