Selasa, 8 Disember 2020

Waze Bawa Ke Alam Hantu

 


Bulan Julai lalu, Milaa serta keluarga telah membuat keputusan untuk pergi percutian sehari (short vacation) ke Cameron Highlands. Awal pagi lagi Mila dah bertolak jadi sampainya kat Cameron Highlands dalam jam 12-1ptng macam tu la sebab jalan jem. 

Puas jalan2 dekat Cameron Highlands, tengok jam dah pukul 6 lebih. Jadi kami buat keputusan untuk pulang ke rumah sebab kedai2 pun dah mula tutup. Perjalanan pulang atau nak turun dari Cameron Highland agak mencabar bagi kami sebab jalan pun gelap gelita dan jalan tar yang berlubang serta jalan tak rata. Sebelum ni kenalan Mila pernah cerita yang jalan Cameron Highlands tu keras sebab banyak berlakunya kemalangan jalan raya. 

Disebabkan ada budak kecil sekali dengan kami, saya mintakan suami untuk memandu dengan lebih cermat. Nak turun ke lebuhraya utara selatan tu memang makan masa yang agak lama tambah lagi atas faktor hujan. Tengok jam kami turun ke lebuhraya utama dah pukul 9 ke 10mlm. Selalunya waktu balik dari pulau pinang Mila memang tak pakai waze biasanya tengok papan tanda ja. Entah kenapa masa ni suami suruh buka waze sebab nak tengok jarak dan nak elak jalan jem dan senang nak monitor jika ada sebarang halangan di jalan nanti. Bila semak dalam waze, jalan yang kami akan guna tu lebuhraya rawang. Jadi ok la sebab jalan tu dah biasa guna walaupun waktu lewat malam. 

Entah kenapa, tiba2 jaa waze tukar jalan ( xbiasa jadi mcm nie selama guna waze 3 tahun lebih). Jalan tu bawa kami ke susur keluar atau exit entah tak ingat exit berapa. Jalan tu sunyi gila walaupun ada lampu. Memang tak ada kenderaan lain di belakang sampai nak bayar tol pun. Masa tu Mila ada berhenti sekejap lepas tol tu sebab nak amik susu kat booth. Tak tau la dari mana mai seekor kucing hitam yang cuba nak masuk dalam kereta. Nasib baik mak mentua halaukan daripada kucing tu masuk kereta. Dah la Mila takut kucing tambah pula kucing hitam. Kucing tu pula pi duduk kat tengah2 jalan sambil pandang tajam ke arah kami. Jadi kami pun gerak cepat2 sebab dah rasa cam x sedap hati. Mungkin sebab jalan sunyi. 

Dah gerak ke depan sikit, dekat pembahagi jalan tu ada sebuah pondok pak guard ( tapi dah usang dan tak ada orang). Dari jauh dah nampak pondok tu gelap jaa, dah dekat pondok tu Mila pandang ke arah dalam pondok tu memang terkejut beruk sebab nampak kelibat sesuatu kat dalam pondok tu. Bukan manusia ya, memang hantu tapi tak dapat nak gambarkan macam mana rupa dia sebab nampak macam asap hitam tebal sedang berdiri dan terapung sikit dari lantai. 

Dah jalan ke depan lagi, booth kereta pulak terbuka ( tak pernah jadi macam nie, masa kat tol tu dah double cek booth). Jadi behenti sat kat tepi jalan dan pi tutup dulu baru getak balik. Korang nak tahu tak jalan ni memang tak pernah laku sebelum ni dan dah dekat 15 minit kat jalan ni tak ada pun kelibat kereta ataupun orang. Cek waze jalan tu menghala ke kuala kubu bharu. Padal jalan tu lagi jauh compare dengan jalan highway rawang tu. 

Masa ni walaupun dah tak sedap hati, kami masih meneruskan jalan. Tapi dah ke depan sikit boleh pi nampak kak ponti kat tepi jalan pulak dah. Tapu Mila diam ja walau dah nampak sebab tak nak takutkan orang dalam kereta. Dah ke depan ladi sikit ambik hang jalan gelap gelita pulak dah mula. Dah la tak dak orang lalu tambah pulak gelap gelita sebab tak dak lampu jalan. Jadi akhirnya amik keputusan patah balik jaa sebab dah boleh rasa jalan tu keras lagipun jalan kuala kubu bharu pun memang gelap waktu malam. Sebab ada budak kecil dengan kami, kami amik keputusan patah balik jaa. Balik rumah malam tu memang tidur pun tak tenang dan keesokkan hari Mila renjiskan air kunyit sekitar kawasan rumah dan asapkan rumah dengan kemenyan hitam. Lepas daripada tu semua dah ok tak dak lagi mimpi. Memang dah serik dan lepas ni memang tak nak guna waze dah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...