Sebelum PKP, aku bertemu dengan rakan sekolah dahulu. Kami habiskan masa di hotel kerana jarang sangat berjumpa. Pertemuan kali itu dia ceritakan pengalaman semasa awal bekerja di Genting Highlands.
Kawan aku, Rahman (samaran) setelah tamat ijazah bekerja sebagai technician IT di Hotel First World, Genting. Dia dan seorang lagi rakan sekerja Zaki (samaran) ditempatkan di sebuah bilik dalam hotel tersebut.
Suatu malam, mereka pulang lewat dari bilik IT,sekitar jam 12. Suasana lobi hotel agak sunyi. Adalah kelibat pelanggan yang berlegar di ruang lobi, yang kebanyakan bangsa Cina. Mereka naik ke tingkat 5, aras bilik mereka.
Sebelum sampai ke bilik,mereka terlihat ada seorang wanita tertunduk-tunduk mencari sesuatu. Daripada postur badan, mungkin orang cina. Rahman menghampiri wanita tersebut,
" Miss, what are u looking, Can i help u ?"
" Oh yes, i am looking for my head!"
Wanita itu memandang Rahman dengan wajahnya yang putih dan kosong, tanpa mata, hidung, serta mulut. Maka lari bertempiaran Zaki dan Rahman.
Esoknya, mereka demam terkejut semangat. Supervisor mereka membawa rakaman cctv pada malam kejadian. Ternyata, tiada kelibat wanita cina,hanya mereka berdua yang berlari. Barulah beberapa orang staf membuka cerita. Hotel itu merupakan tempat orang kalah judi bunuh diri. Ada yang terjun dari tingkat tinggi dan ada yang gantung diri dalam bilik. 6 bulan sebelum Rahman dan Zaki masuk, ada kejadian seorang wanita cina yang mati dipenggal kepala oleh ceti haram. Semuanya akibat hutang judi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan