Kejadian berlaku pada tahun 2011 masa tu aku berumur 17 tahun. Arwah nenek moyang (sebelah datuk) aku masih hidup lagi ketika itu. Aku dan family aku akan sentiasa melawat moyang di rumah makcik aku ( teh mah) di Kl..
Nenek moyang aku ni dah uzur sangat umur arwah masa tu 90 tahun.. Arwah dah tak boleh jalan cuma mengesot je kalau nak pergi mana².. Seluruh rambut nya berwarna putih dan diikat kemas. Rambut nya tidak pnjang cuma paras bahu.
Satu hari , semasa kami sekeluarga melawat teh mah dan moyangku , tiba² teh mah dan anak² nye buka cerita pasal moyangku yg membuat kan kami satu family kecut perut. Kami satu family ni penakut.
Teh mah bagitahu kami yang moyangku waktu malam akan berdiri tegak dan akan ketuk pintu kuat² setiap bilik cucu² nya termasuk bilik teh mah aku.. Dia akan merayu panggil cucu² nya untuk buka pintu , sebab nak masuk bilik diorang. Anak² teh mah setiap malam akan menangis ketakutan. Moyangku akan memanggil sambil merintih mendayu² bayangkan lah moyangku tu tak dpt berjalan dan tiada kekuatan tapi macam mana dia boleh berdiri tegak dan berjalan² waktu malam ?
Waktu siang , moyang aku akan makan banyak kali seperti org kelaparan. Dia akan sentiasa lapar dan lapar lagi. Kebanyakan org² tua yg uzur takkan makan bnyak.. cuma makan untuk hilangkan lapar sahaja. Tapi moyang aku lain , Kami yg tengok pun rasa takut je. Kadang kala dia akan makan dengan rakus dan akan bagi pandangan tajam dekat kami. Padahal arwah mata nya sudah sepet.
Malam tu , aku dan adik2 ku bermalam di rumah teh mah. Kami tidur di ruamg tamu bersama moyangku. Tapi jarak kami jauh juga lah dari arwah. Kami tidur asing².. Aku tak dpt lena masa tu , aku sempat tengok jam pada handphone.jam menunjukkan pukul 3 pagi.. Tiba² , arwah mengesot dari tempat tidur dia nak pergi dekat aku n adik² aku.. Aku nampak je arwah mengesot.. Aku terus sorok dlm selimut. Tapi masih boleh nmpak arwah. Kalini arwah berdiri tegak dan rambut nya mergerbang dan panjang. Dia bercakap tapi dengan nada yg perlahan seperti berbisik. Arwah cakap dekat aku , dia perlukan pengganti dia dah tua tak mampu.. jadilah pewaris dia. Masa tu juga aku menjerit ketakutan.. Semua terjaga dan masing² terkejut dengar jeritan aku , dorang terus buka lampu. Alangkah terkejut nya aku tengok moyang ku tengah tidur lena.
Sebulan juga aku tak melwat teh mah. Takut punya pasal.. Petang tu, kami dapat berita moyang telah meninggal dunia. Kami sekeluarga terus bergerak ke rumah teh mah. Masa tu lah kami tahu yg arwah membela saka tujuan nya biar lah aku saja yang tahu. Semasa tenat arwah nak buang semua saka yg ada. Teh mah mencari pengamal perubatan. Selepas proses membuang saka arwah meninggal dunia walaupun agak susah untuk arwah "pergi"
...................
Selepas arwah meninggal aku fikirkan tiada gangguan.. tapi sangkaan aku silap.. setiap malam aku akan bermimpi benda yg sama dan berulang.. situasi nya aku di ruang tamu rumah teh mah dalam keadaan gelap gelita.. aku berdiri tegak dan akan ada suara bisik dekat aku " akan ada menunggumu genap umur mu 18 tahun. Terima lah ambil lah dan biar ia sebati dengan mu". Terus aku tersedar dari tidur dan badan aku berpeluh teruk.. mimpi apakah ini ??
Hari² aku mimpi benda yg sama... sampaikan aku benci waktu mlm.. aku takut nak tidur.. sebelum tidur mesti aku dengar bunyi org mengesot.. sama bunyi nye seperti arwah buat tiap kali dia mengesot.. yg pelik aku sorang saja yg diganggu...
Genap umur aku 18 tahun.. pada mlm hari jadi aku , aku mimpi kan arwah moyang aku... berdiri tegak di dapur teh mah... moyang aku tunduk secara perlahan² dan cuba untuk merangkak ke arah aku.. dari muka moyang aku tiba² berubah menjadi mkhluk yg teramat hodoh... muka makhluk tu betul2 depan muka aku... muka nya hitam hancur isi nya terkeluar tiada mata dan rambut mengerbang... makhluk tu menjerit ke arah aku.. "Terima aku , aku warismu.. aku akan jaga mu aku adalah darah dagingmu ambil lah aku" .. Aku terus tersedar dan melihat tgn aku penuh dengan kesan cakaran..
Akhir nya , aku buka cerita juga dekat family aku.. mak aku cepat² bawa aku berubat jumpa salah seorang pengamal perubatan seorang ustazah.. Ustazah tu potong limau nipis dan pegang kepala aku smbil baca ayat suci Al Quran... "hmmm.... seram nya dik muka yg ganggu kamu ni.. macam mana lah kamu boleh tahan gangguan tiap² mlm.. takpe lah kita usaha buang dia".. ujar ustazah tu.. ustazah tu sendiri rasa muka "benda tu" terlampau seram..
Ustazah meminta aku untuk mandi 7 air kolah masjid , 7 jenis bunga , mandi bersama kain putih dan mcm² lah cara untuk halang benda tu dari gnggu aku.. "asal nya dia pontianak yg terbang di hutan , tetapi disebabkan arwah moyang kamu "ikat" dia.. dia lupa asal usul dia iaitu terbang sebab tu dia dtg kepada kamu dgn merangkak ".. tambah ustazah tu lagi.
Alhamdullilah , dengan izin Allah.. saka tu dibuang jauh dari aku dan diterima oleh sedara jauh aku..
Sepanjang berubat , ustazah bagitahu kami yg dia teruk diganggu.. pontianak tu akan dtg kepada nya dan menjerit "jgn cmpur urusanku" ,dia keturunan ku" .. ustazah tu baca ayat² suci Al quran dan pontianak tu terus menghilang.. nasib baik usztah tu tetap membantu aku.
*arwah moyang aku ni masa hidup dia sentiasa pakai rntai loket.. tak pernah tinggal.. ketika arwah tenat, dia sempat suruh pengamal perubatan buka rntai loket nya dan arwah terus meninggal... tapi aku tak tahu apa kaitan nya arwah dan rntai loket tu. SEKIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan