Rabu, 9 Disember 2020

Hantu Bilik Bedah


Hari aku seperti biasa dalam shift oncall iaitu cuci bilik bedah sebelum aku pulang ke rumah. Aku siapkan solution aku dalam preparation room yang terletak dihujung ruang jalan bilik bedah. Hospital aku kerja ni bilik bedah agak besar dan luas. Dengan kapasiti 10 bilik bedah terasa macam jalan di shopping mall dari satu bilik ke satu bilik. Oncall team biasanya 4 orang dan jika tiada kes 2 orang akan kemas bilik bedah sebelum pulang dan esok team lain pula bergilir gilir. 

Kreeeettt bunyi roda troli solution yang aku bawa untuk membersihkan bilik bedah. Bestnya view 3 bilik bedah pertama akan mengadap taman rekreasi. Selesai 3 bilik pertama tiba giliran 7 bilik lain. Patut aku dengan kawan aku tapi biasalah dia kata nak pergi hisap rokok dululah, nak call awek lah semua lah nak buat time tu. Aku ingat bilik bedah 5. Bilik bedah yang tak mempunyai view kerana terletak di tengah tengah. Buka pintu gelap, cuma terang lampu indikator dari mesin bius (GA machine). Aku pun hidupkan lampu dan aku terperanjat sebab bilik tu bersepah. Aku mula merungut 'Dah lepas buat kes bukan nak kemas nama je senior semua kita nak kena buat'. Nak tak nak kena lah aku susun semua pada tempatnya, dalam aku menyusun tetiba ekor mata aku tertangkap satu gerakan semacam kelibat di bilik 4. 'Man ko ke tu' kata aku. Diam sunyi tanpa jawapan. Bilik 4 dan bilik 5 dia ada pintu penghubung di tengah, apa jadi di bilik 4 akan nampak di bilik 5. 

Aku pun hidupkan radio di bilik 5 untuk hilangkan rasa takut. 'Ganda 23' kata Jamal Jamaludin dalam siaran sinar fm di radio. Sinar pun sinarlah. Aku mula mengelap cermin, troli, lampu bedah dan meja bedah. Tukk tukk, dengar jelas bunyi ketukan tingkap. Aik, sape ketuk, 'Man ko jangan main main, ko nak ngelat aku tak marah tapi main main camni boleh buat aku baran' jerit aku. Lagi lama lagi kuat. Aku tanpa lengah ke bilik 4 dimana bunyi tu kedengaran, masuk dan terbeliak mata aku, aku nampak sekujur tubuh terbaring diatas meja bedah dimana aku macam perasan tak perasan kerana punca cahaya aku cuma lampu GA machine tapi pasti itu tubuh manusia. 

'Man, nak tidur pun pantry kan ada' sapa aku memberanikan diri dan beranggapan itu Man. Hei, kau siapa!! terpa makhluk tersebut pada aku sambil menoleh dengan mata merah menyala. Tak ingat dah surah apa nak baca, aku campakkan kain cuci aku kearah makhluk tu sebelum aku lari tak cukup langkah. 

Sampai di changing room, aku nampak Man berpeluh dan pucat lesi siap nak balik. 'Man ko kenapa, aku rasa aku yang nampak hantu, apsal ko yang kalut'. Man tak cakap apa apa terus keluar dan itulah hari terakhir aku jumpa Man sebelum esok dia hantar surat resign 24 hours. Aku pun tak berlengah terus balik dan esok demam sejuk MC terus. Boss aku bising sebab aku tinggalkan troli mencuci di bilik 5 dan aku tak tukar kain linen penuh berdarah di bilik 4. Berdarah!! dengan nada terkejut dan aku pasti semua linen di meja bedah semua baru aku tukar. 

Tak pasal pasal aku kena explaination letter. Haih. Dan selepas kejadian itu, aku tak masuk dah bilik 4 dan 5. Aku cuba elak dan minta kawan aku cuci bila kena giliran aku oncall. Sekarang aku dah pun resign dan bilik 4 dan 5 masih menjadi misteri hingga kini. Siapa kah dia yang menoleh pada aku?? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...