Selasa, 8 Disember 2020

Pocong Blok Highlands Tower


Cerita ni berlaku sendiri kepada saya dua tahun yang lepas. Waktu itu saya sering pergi ke daerah Ulu Klang setiap minggu pada waktu malam. Ketika itu saya mengajar tuisyen personal di rumah pelajar. Memandangkan SPM sudah tidak lama lagi saya memenuhi permintaan ibu kepada pelajar tu untuk pergi ke rumah beliau.

Kebiasaannya setiap minggu saya ke sana tiada sebarang masalah memandangkan jam 8 kereta masih lagi sesak di MRR2. Dan yang paling meremangnya bulu roma waktu tu hingga terpaksa melintasi blok Highlands Tower. Ketika tragedi 11 Disember 1993 waktu tu saya masih lagi 3 tahun. Hinggalah pada satu malam itu ketika balik dari rumah pelajar itu saya memandang Highlands Tower tu dengan perasaan ingin tahu dan simpati.

Entah kenapa sedih pulak terasa ditambah dengan perasaan tak sedap hati. Saya terus pecut pulang ke rumah di Kajang memandangkan lebuhraya waktu tu sudah tidak sesak.

Bila sampai dirumah saya terus parking kereta di luar rumah memandangkan porch sudah penuh. Sewaktu saya mematikan enjin kereta dan saya biasanya akan rehat seketika dalam kereta beberapa minit sebelum masuk ke dalam rumah. Pesan ustaz saya sebelum masuk rumah bila balik lewat malam jangan terus masuk rumah sebaiknya duduk diluar dalam beberapa minit, baca ayat kursi dan tiga qul kemudian masuk rumah tanggalkan baju seluar dan terus masuk mandi.

Entah kenapa waktu tu saya seolah lali seketika lepas keluar dari kereta saya berjalan ke pagar rumah. Tiba-tiba saya ternampak satu lembaga yang berbalut kain putih berlumuran darahhh.

Saya membesarkan sedikit pandangan dan alangkah terperanjatnya waktu tu saya melihat lembaga itu adalah POCONGGG.

Saya terus lari dan baca beberapa ayat surah qul dan terus masuk ke rumah. Rupanya dia ikut saya balik. Allahu akbar.

Saya terus masuk rumah dan mandi tanpa bercakap sepatah apapun dengan ahli keluarga waktu tu kerana terkejut sangat.

Saya solat isyak dan membaca beberapa ayat AlQuran untuk melindungi diri dan keluarga serta syaitan yang ada diluar rumah daripada masuk ke rumah malam tu. Keesokkannya saya rasa tak sedap badan dan barulah saya bercerita kepada ayah mertua saya. Ayah mertua saya akan pesan setiap kali keluar malam banyakkan ingat Allah dan jadikan solat berjemaah dan AlQuran tetap dalam hati.

Sejak dari tu setiap kali lalu depan blok Highlands Tower ni saya akan beringat dan berdoa supaya tiada yang akan ikut saya pulang ke rumah. Walaupun masih takut tapi demi sesuap nasi dan demi anak bangsa ku gagahi jua. Moga Allah selalu lindungi kita semua. Amiin ya rabb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...