Mungkin ramai juga yang ada pengalaman ' disorok ' atau ' hilang ' seketika dari alam nyata kita bernama manusia.
Aku ada seorang kakak kembar, kami masa kecik2 dulu kemana atau apa sahaja kami buat mesti berdua. kadang kencing berak pun sama2. Maklumlah kembar seiras, cubit peha kiri meraung dua2, kata mak akulah.
Aku duduk kat kawasan kampung. Masa aku umur 5 tahun, kami main macam budak2 lelaki.Budak zaman tu main lumpur, main pondok2, masuk hutan main telaga semua, kata orang macam dunia kita yang punya.
Uniknya zaman kanak2 ni semua benda rasa nak cuba. Pernah aku dengan kembar aku main telaga kat tepi rumah jiran. Telaga yang bertutup dengan zink karat, aku alihkan ke tepi. Kami sama2 bercangkung nak tengok apa yang ada dalam telaga tu. Telaga tu tak ada gelung, boleh cecah dengan kaki. Sambil tengok ,kami gelak2. Tiba2 aku dengan kakak nampak ikan warna warni, cantik gila banyak pulak tu. Kami berbincang siapa yang nak masuk ambik ikan tu. Kembar aku ni suka buli aku, entah macammana haritu aku cerdik sikit. Banyak sangat dolak dalih dia, aku geram aku tolak dia jatuh dalam telaga tu. Sambil tu aku jerit " kutip kutip ikan tu " tapi aku pelik dia tenggelam timbul macam ajak aku turun sama.
Dalam hati rase dengki, macam best je dia tenggelam timbul. Elok je aku hulur kaki, tiba2 ada org tarik ke belakang, rupanya opah jiran datang. Dia tarik rambut kembar aku tu. Semua marah aku masa tu. Weihhh ikan tak dapat, marah yang dapat dengan mak aku.
Tapi kembar aku kata masa tu dia tak rasa lemas pun. Dia rase macam main air dalam besen je. Merasa la jugak sedas dua batang paip. Bukan nak cerita jatuh telaga sebenarnya, balik pada tajuk tadi aku dengan kembar aku suka ikut opah pergi kebun getah depan rumah kami.
Kalau kami bawak timba ikut opah mengutip getah put,kadang2 kami boleh dapat 50sen atau RM1 upah dari opah pun rasa dah syok sangat dah. Sepokok kami kutip put dengan skrab, opah pulak toreh pokoknya. Macamtu laa. Bila timba dah penuh aku akan tinggalkan kat bawah pokok untuk opah isi dalam guni pulak. Selalunya cukup setimba kami pun cabut main dalam kebun pulak. Tapi bagitahu siap2 kat opah. Kami nak main.,dalam aku main dengan kembar aku tetiba aku sakit perut. Aku cakap nak balik rumah dulu, opah ada lagi beberapa baris lagi pokok yang tak siap. Dia suruh kami balik dulu.
Biasalah budak kan, 5minit lurus selebihnya menyimpang. Dalam jalan balik aku dengan kembar tu tiba2 rase lain. Laluan kami tu mulanya penuh dengan semak samun kami redah. Tiba2 kami nampak laluan kami pijak tu tak ada rumput, atau lalang tinggi pun.
Lantai buminya berwarna kuning, suasananya kuning, dari lantai, langit, dan daun2 pokok semua kuning.Tapi tinggi pokoknya jauh lebih tinggi dari pokok getah yang selalu kami tengok. Tak ada orang, hanya kami berdua.
Seronoknya rasa dengan suasana kat situ, cantik sunguh-sungguh pemandangan yang kami tengok. Ada bukit2 rendah yang diselaputi daun2 luruh warna kuning. Kami main golek2 ke bawah bukit. Betul2 rasa dunia tu susah nak ditinggalkan. Tak rasa lapar, tak rasa haus pun. Sepanjang main tu kami rasa baru je berseronok- seronok. Ada dahan kayu mati yang lembab2, ada lumut hijau sikit, titis2 air pada dahannya. Kami asyik dengan suasana tu.
Tiba2 aku rasa sengal2 perut, mungkin nak membuang. Aku tarik tangan kembar aku yang tengah syok kutip daun2 kuning tu. Aku bagitahu dia yang aku nak melepas, dia bagi cadangan suruh aku melepas je kat satu bawah pokok tu. Elok aje aku tenggong nak membuang, suasana yang kuning tenang mendamaikan tu hilang sekelip mata, aku tengok keliling aku penung dengan lalang tinggi lebih dr kepala kami, duri denai berselirat kat kaki kami. Terus terbantut nak buang, sebelah tu kami jumpa jalan yang selalu kami ulang alik keluar masuk ke kebun tu. Terus aku dengan kembar berlari balik rumah.
Sampai di rumah opah dengan mak memekik panggil, mak peluk kami berdua. Mak terus bawak kami mandi. Aku terkejut sebab opah dah sampai rumah dahulu dr kami. Rupanya kejap yang kami rasa tu rupanya dah sampai lewat petang kami balik. Puas mereka mencari kami, tapi mak tak marah sebab asalkan kami balik dengan selamat.
Selepas aku hilang tu, selalu aku jumpa anak ayam kecik2 dengan ibunya. Tapi kecik dia lebih kecik dari ayam serama. Aku nampak kat jalan yang sama dengan yang kami lalu masa hilang dulu. Peristiwa tu bukan kami je pernah rasa, ada seorang kg jugak pernah hilang 3hari dalam kebun tu. Tapi orang dewasa la, katanya keliling dia penuh dengan kolam ikan. Bila cari jalan pusing2 kat situ jugak. Dia hilang 3jam je katanya.
Ok sekian cerita kali ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan