Rabu, 9 Disember 2020

Penampakan Hantu Di Cermin Motor



Hi semua, saya di sini nak kongsi pengalaman kisah misteri yang terjadi kepada saya sekitar 2008.Waktu kejadian itu saya masih di peringkat menengah. Seperti kebiasaan, rutin harian pagi, usai solat Subuh, mak saya setiap hari akan suruh saya pergi ke gerai pagi Cik Mah yang letaknya beberapa blok dari kawasan kejiranan saya. 

Gerai Cik Mah ini memang terkenal dengan makanan pagi, jadi banyak jugalah pembeli sebab makanan pagi yang dijual Cik Mah ni memang ada pelbagai jenis dan sedap, terutama nasi lemaknya. Sungguhpun jarak antara rumah saya ke gerai Cik Mah hanya selang beberapa blok, tapi penat dan berpeluh jugalah kalau nak berjalan kaki, dengan saya sudah bersiapnya dengan pakaian sekolah. 

Lantas, jam menunjukkan 6.15-6.20 pagi macam tu, saya hidupkan enjin motosikal dan terus gerak ke gerai Cik Mah.

Usai membeli beberapa jenis kuih-muih dan bekalan nasi lemak yang dikirim mak, saya segera pulang ke rumah. Sedang otak ligat memikirkan, waktu masih awal ,alangkah best jugak ni kalau dapat seround dua naik moto. Maka dengan itu, pantas sahaja saya membelok ke arah lagi satu jalan yang menghala ke arah koperasi kampung. Waktu tu entah kenapa, teringat cerita rakan-rakan dekat sekolah, jalan yang saya tuju tu ade sepohon pokok mangga yang agak rendang jugaklah daunnya.Di bawah pohon mangga tu ade sebuah pondok Blok yang dihias orang kampung sewaktu pertandingna kampungku tercantik diadakan oleh masayarakat setempat. Kata kawan sekolah, selalu ada penunggu bawah pohon mangga tu. Sedang otak ligat mengimbau dialog kawan, entah kenapa saya mula sengaja perlahankan minyak dan bawak slow-slow je bila lalu dekat pohon mangga tu. Fuhh, berani betul time tu seyy~~. lepas tu, sengaja mencabar (mungkin) , saya start raba-raba tempat duduk  belakang, takut-takut memang 'die' menumpang, sambil-sambil menjeling jugak cermin sisi moto,kalau -kalau 'dia' muncul. Setekah yakin, tiada siapa yang menumpang, saya decide nak balik je lah terus ke rumah.

Sampai saja dirumah, sedang saya nak menongkat motor,lock tengkuk moto, tiba-tiba, mata saya terarah ke satu posisi cermin sisi motor. Memang terkejut bila nampak penampakan 'dia' yang seakan bertelekung  putih tapi dilimpahi dengan cahaya brek lampu merah yang ketika itu secara tak sengaja saya tekan brek.

'Opocot mak ko!' , itu ayat pertama yang terpacul di mulut.HAHAHA. Setelah memalui fasa terkejut , saya cuba amati, muka 'dia', alangkah terkejutnya, muka 'dia' SEBIJIK macam saya! mata 'dia' bulat besar, sedang merenung tajam ke arah sisi cermin,secara dasarnya pantulan mata 'dia' memang tepat ke arah saya lah kan..hekhek. Bila dah terkejut tengok muka sendiri yang berdiri menegak di belakang, terus saya pusingkan kepala ke arah 'dia' sebab nak pastikan betul ke tak. Entah keberanian apa yang saya ada, saya siap pergi ke arah tempat ' dia' berdiri. Tapi, malangnya, 'dia' dah tiada bila saya pusingkan kepala ke arah 'dia'. Macam menghilang begitu sahaja! lepas saya dah tak nampak kelibat 'dia' terus saya berlari ke pintu rumah, taoi saya tak cerita pon dekat mak. sebab dah tahu apa mak akan jawab~~(hekhekhek)

Bila saya ceritakan balik kejadian ni di opis tahun ni, kawan saya kata itu khadam. saya kurang tahu khadam ni, tapi menurut dia,setiap manusia memang ada  khadam. Contoh 'dia' itu khadam-muncul melalui cermin/biasan. Jadi, itulah pertama dan terakhir kalinya saya melihat penampakan makhluk lain seumur hidup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...