Isnin, 7 Disember 2020

Sihir 3 Penjuru

 


Assalamualaikum. Bismillah.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah pengalaman saya sepanjang dalam membantu mengubati pesakit pesakit saya. 

Pertamanya saya mohon maaf jika tata bahasa yang saya gunakan salah, atau cerita ini tidak menyeramkan. Niat utama adakah agar kita semua mendapat iktibar dari pengalaman ini. InsyaAllah. Terima kasih juga kepada Admin kerana sudi menyiarkan cerita ini. 

Baiklah. Saya mulakan ya. 

Beberapa minggu yang lepas, saya mendapat sebuah pesanan whatsapp dari seorang sahabat saya. Saya namakan dia sebagai Majid. 

Setelah menyapa dan bertanya khabar, Majid beritahu saya, "Andy, kau free tak? Kalau free boleh minta tolong tgkkan mak aku?"

Saya jawab "Free je. Sbb tak banyak pesakit pun skang ni. Napenya ngan mak kau?"

Majid pun mula menceritakan masalah yang dihadapinya. Dia berkata mak dia sekarang terkena sihir. Selalu merasa sakit dibahagian rahim dan sakit sakit diseluruh tubuhnya. 

Majid ini pun bukan calang calang orangnya. Jadi sebelum menghubungi saya, dia dah scan tubuh ibunya beberapa kali dan confirmed itu mmg sihir yang dihantar orang! Malah Dia juga telah beberapa kali meleburkan sihir2 ditubuh maknya dan mak beliau pulih buat seketika. Kemudian, mak beliau kembali sakit semula dan apabila di scan sekali lagi, beliau dapati bomoh / tukang sihir itu dah menghantar sihir yang baru. 

Selain itu, Majid dan adik beradiknya yang lain juga pernah menghantar mak mereka ke beberapa pusat rukyah dan ustaz2 yang terkenal dikawasan mereka. Semuanya sependapat bahawa, ianya sihir yang dtg dari org yang sama. Sihir dan jin2 ini semuanya telah dibuang oleh pusat pusat rukyah malah ustaz2 persendirian ini, namun apakah daya, masih belum mendapat redha Allah untuk pulih lagi. Sihir baru yang dihantar juga semakin mantap sehingga mak Majid kerap menjadi kerasukkan. Perkara ini telah menyebabkan Majid menjadi buntu dan sedih dalam waktu yang sama. 

Majid juga ada menghantar video mak beliau mengalami kerasukkan dipusat rukyah dan didalam video tersebut mak Majid ada menyebut bahawa tuannya ingin menyeksa mak Majid sehingga dia puas hati!

Bila ditanya apa sebab hingga menyebabkan tuan jin tersebut hingga berdendam begitu rupa pada  mak Majid? Mak Majid menjawab, "Orang tua ni mulut celupar! Dia berani nasihatkan aku tentang tanah aku! Ikut aku lah nak buat mcmane pun. Itu tanah aku! Dia tak payah nak sibuk sibuk hal aku!"

Rupanya mak Majid suatu ketika dulu, pernah menasihatkan salah seorang dari  ahli keluarganya, berkenaan cara pngurusan tanah dan itu telah menyebabkan orang tersebut tidak berpuas hati dan mula menaruh dendam pada nya. 

Jadi, selepas dari seorang ke seorang ustaz, mak beliau masih lagi sakit, dan Majid semakin risau akan kesihatan ibunya yang dah tua. Tiba2 Majid diberikan ilham untuk menghubungi saya. Itulah sebabnya, Majid meminta pendapat & bantuan ikhtiar dari saya. 

Saya berkata pada Majid, saya tak boleh nak berjanji apa apa dahulu dan saya kena scan situasi ini berdasarkan maklumat yang saya terima dulu. Apa apa pun saya maklumkan kemudian. Majid bersetuju. 

Setelah meneliti (scanning) perihal mak Majid, saya memohon ilham dari Allah agar saya diberikan redhoNya untuk membantu mak Majid ni. Saya telah mendapat ilham dariNya, satu cara untuk mengubati mak Majid ini adalah dengan  cara mengistihar berperang ghaib dengan Tok Bomoh upahan yang menjadi pengantara orang yang berdendam pada mak si Majid ini! 

Allahu.. untuk melakukan ini, iktikad perlu kuat kerana, nyawa adalah galang gantinya. Jika kalah, ini adalah kali terakhir saya berpijak dibumi ini. 

Saya pun memberitahu Majid berkenaan hal ini. Majid faham memandangkan dia juga terlibat dalam hal mistik ini. Sebelum membuat keputusan untuk melancar perang atau tidak, saya mencadangkan kepada Majid agar kami berdua membuat solat istikarah dan memohon pertunjuk sekali lagi pada Allah jika kami boleh diberikan kemenangan dalam perang batin ini. Majid setuju.

Esoknya kami kembali berhubung melalui whatsapps. Saya memberitahu Majid saya mendapat ilham bahawa saya diberi keredhaanNya untuk meneruskan misi perang ghaib ini. Majid memberitahu dia juga memperoleh hasil yang sama. Jadi, Majid bertnya pada saya, bila kita boleh lancarkan serangan? 

Saya sedikit confuse dan saya tnyakan kembali pada Majid, "Kita??". 

Majid jawab, "Ya kita. Aku nak turut serta dengan kau dalam perang ghaib ni. Izinkan aku." 

Saya tnya kembali pada Majid, "Kau dah fikir habis ke Majid? Ini melibatkan nyawa tau tak? Kau tu dah la baru dapat baby. Apa kata kau biar aku je uruskan bende ni dan aku update kau nanti? InsyaAllah kau doakan kemenangan dipihak aku. Itu dah mencukupi."

Majid balas, "Ini mak aku yang disihir! Tak mungkin aku biarkan kau berjuang kesorangan. Lagipun apa guna ilmu didada jika tak digunakan pada jalan yang Allah tetapkan. Izinkan aku join kau. InsyaAllah, aku pun dapat ilham yang kita berdua akan diberi kemenangan."

"Baiklah. Jika itu kehendak kau, aku takda halangan. Bersiap sedialah." Ulas saya kembali. Saya pun memberitahu Majid bila tarikh dan masa kami akan melancarkan perang ghaib dengan bomoh upahan ini. 

Untuk pengetahuan semua (agar mudah faham), ilmu yang saya tuntut dari guru saya ini adalah ilmu perubatan mistik dan kami mengubat pesakit dari jarak jauh. Jadi, saya tidak perlu berada disisi mak Majid atau disisi Majid untuk berubat. Dalam keilmuan saya juga, Guru tidak menggalakkan kami berperang dengan tok tok bomoh ini kerana selalunya perang ghaib ini tidak ada kesudahannya. Saya diajar dan dituntut oleh guru agar lebih fokus kepada mengubat penyakit2 mistik ini agar pesakit lepas dari seksa sihir ini atas izin Allah. Sebab itu guru menyarankan kami berubat secara jauh, kerana dengan berubat jarak jauh ini, kami dapat mengubati pesakit tanpa pengetahuan jin dan tukang sihir. (Serang Hendap / Sniper Technique). Macam lebih kurang team sniper dalam pasukan polis tu lah. 

"Aim head, shoot dead! 😎"

Namun, serangan balas tetap akan ada dalam konsep perubatan islam ini. Yelah, mana ada tok bomoh yang puas hati jikalau kita kacau periuk nasi mereka kan? Jadi kami juga ada cara cara mempertahan diri serta teknik serangan jika perlu. Dalam situasi Majid ni, nampak gayanya saya perlu lancarkan serangan, tetapi saya akan gunakan teknik sniper, iaitu aim dan tembak dari jauh. Semoga Allah beri kejayaan pada saya. 

------------

Hari dan masa yang ditunggu2 telah tiba. Saya dan Majid telah bersiap sedia dengan memantapkan pertahanan kami sebelum memulakan serangan. Walaupun guna teknkk sniper, tetapi persedian yang rapi tak boleh diambil mudah! 

Saya mula dengan ambil masa untuk scan bomoh upahan tersebut. Dari hasil scan, saya diberi ilham bahawa kami boleh mulakan serangan ini. 

Saya pun membahagi tugas dengan Majid. Saya akan menyerang dan meleburkan pagar ghaib, keilmuan, dan sanad sanad ilmu hitam yang ada pada diri bomoh tersebut serta perkaitannya. Manakala Majid pula saya minta untuk mencabut pakaian diri bomoh tersebut dan menarik sukma bomoh tersebut. Jadi ini serangan hendap dari dua penjuru arah! 

Atas nama Allah, saya dan Majid memulakan serangan kami. Semasa dalam serang hendap tersebut, saya diberi penglihatan bahawa bomoh itu telah tersedar akan serangan hendap kami dan cuba mempertahankan dirinya! Namun saya tidak langsung berhenti dan sebaik mungkin saya teruskan utk meleburkan pagar ghaib hitam yang mengelilingi bomoh upahan ini. Akhirnya, saya berjaya dan saya teruskan dengan meleburkan sanad sanad ilmu hitam yang tertanam dalam diri beliau. 

Rupanya, dalam waktu yang sama satu serangan ghaib dari bomoh tersebut berjaya mengenai tangan saya, dan peritnya hanya Allah yang tahu! Namun begitu, saya tak beritahu Majid kerana saya tak mahu menggangu konsentrasi Majid dalam berperang. Memandangkan ini melibatkan nyawa, jadi saya mengambil sikap berhati hati. Jadi saya tahankan saja sakit ditangan ini.

Tak lama kemudian, Majid menghubungi saya dan mengatakan dia dah berjaya tarik sukma bomoh tersebut dan meleburkan pakaian diri yang pada pada bomoh tersebut. Untuk langkah berhati hati, saya pun scan sekali lagi. Alhamdulillah. Saya dapati apa yang Majid beritahu itu benar. 

Untuk pengetahuan semua, sebelum memulakan serang hendap terhadap bomoh ini, saya telah memberitahu Majid bahawa saya tidak mahu ada pertumpahan darah dan hanya ingin melumpuhkan ilmu bomoh ini. Kecuali jika keadaan betul betul memaksa, barulah kami akan gunakan jalan perang sampai mati. 

Jadi, saya sekali lagi diberi ilham bahawa bomoh upahan ini sekarang dah kosong. Dia seperti orang biasa dah sekarang ni dan disebabkan sukmanya dah berjaya ditarik, maka segala sihir yang cuba dilakukan pun tidak akan berjaya. Ilmunya lumpuh secara total! Jin jin yang diagung dan dipuja juga semuanya hancur. Kami bakar dan lebur. Semuanya. Saya juga nampak nafasnya tercungap cungap mungkin penat bertarung atau sedang menahan marah! Wallahualam.

Saya berterima kasih kepada Majid kerana sudi berjuang bersama saya. Maka, sekarang ini masa untuk kami berubat mak Majid pula. Itu saya serahkan pada Majid. Janji syaratnya, saya minta mak Majid mesti mandi air limau dan garam untuk membuang sisa bisa bisa jin yang tertinggal ditubuhnya. Majid setuju. 

Saya juga telah menetapkan tarikh bersama Majid, untuk pantau semula keadaan bomoh upahan tersebut untuk lihat jika semuanya masih dalam keadaan yang sama pada minggu hadapan. 

Setibanya pada hari yang ditetapkan, kami sama sama semak, dan kami dapati bomoh itu masih 'kosong' dan mak Majid juga semakin pulih dan tiada serangan baru. Alhamdulillah. Kami sangat2 gembira dan bersyukur pada Allah diatas keredhaan nya dalam memberi kejayaan terhadap usaha kami! 

Lima hari pun berlalu dengan tenang. Saya pun kembali sibuk dengan permintaan dari pesakit2 yang mengalami gangguan mistik minta diusahakan agar dipulihkan dengan redha Allah. 

Tiba tiba.. saya menerima pesanan whatsapp dari Majid sekali lagi. 

"Salam andy.. Mak aku diserang semula!"

Apa yang berlaku ni??

insyaAllah jika ada permintaan, saya akan teruskan cerita berkenaan mak Majid ini nanti. Jika tidak, maka anggaplah sampai disini saja, dan cerita tersebut berkubur bersama saya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Himpunan cerita seram, gambar dan video seram

Memancing di Pulau Puaka

Aku ni tak la hobi memancing sangat. Tapi sebab pulau aku keje ni facilities dia tak lengkap, takde tempat nak pegi sangat. Mall ke movie ke...