Tugas sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian tidak tertakluk sekadar membantu rawatan cabutan gigi,tampalan,scaling dan rawatan klinik pergigian biasa sahaja. Tugas juga meliputi Oncall di kawasan yang berhampiran dengan hospital. Pengalaman saya ketika oncall di hospital boleh tahan juga.Kes-kes kemalangan cedera parah sehinggalah kehilangan nyawa itu semua sudah saya lalui.Tugas kami adalah melakukan rawatan kpd bahagian kepala sehingga ke dagu pesakit yang mengalami kemalangan tidak kira apa jenis kemalangan. Jika anda terkena balingan periuk belanga yang dilemparkan oleh isteri kemudian mengakibatkan bibir anda pecah,maka kami lah yang akan menjahitnya dengan penuh kasih sayang.
Ketika di awal memasuki bidang yang mencabar ini, saya ditugaskan untuk oncall di satu hospital yang baru beroperasi. Jadual oncall biasanya berlansung selama seminggu dan bole jadi juga dua minggu jika terpaksa menggantikan kawan-kawan yang cuti. Kebiasaannya jadual oncall disertakan bersama Nama Pegawai dan Pembantu yang bertugas. Jadi kali ni saya tengok jadual saya bertugas adalah bersama Dr Sofea. Dr Sofea merupakan seorang Pegawai Pergigian di Klinik saya bertugas. Memandu Honda Civic Ej tag merah bernadikan enjin b16b dan berpewatakan sedikit kasar mcm lelaki guraunya tapi seorang yang mesra juga berbual jika kena dengan topiknya. Dalam ramai-ramai staff lelaki sayalah yang sering dia ajak berborak tentang jentera honda walhal masa tu saya naik kereta kelisa je. Staff laki lain pon seperti tidak berminat dengan beliau kerana identiti sedikit ala tomboynya. Tapi tidak bagi saya kerana saya pandai menilai. Pada diri Dr Sofea terdapat satu permata yang bernilai yang mana jika pandai digilap pastinya ia akan bersinar dengan jayanya.
Jadi,malam itu ketika sedang nyenyak tidur tiba-tiba telefon motorola saya berdering. Bila tengah malam berdering je automatik la tahu tu panggilan oncall. Saya pon tengok nama yang tertera “Dr Sofea jane”..Comfirm dah ni..saya pon jawab telefon :
Syaf:Hello Doctor..ya sy
Dr Sofea: Syaf tido ke maaf ganggu ye..ada kes la syaf kt redzone
Syaf: yeke..ok2 baik..erkk kes ape ek Dctr?
Dr Sofea: LW kot MVA trauma
Syaf: aduh mcm berat je tu Dctr smpai ke redzone.takpe saya siap-siap jap.jumpa sana ya
Dr Sofea: tula tu..ok syaf bye.
Dipendekkan cerita hospital ni adalah hospital baru ketika ini dan saya dan Dr Sofea la yang bertuah merasmikan oncall di bilik baru dental. Sampai di hospital saya pergi ke redzone dan tanya officer yang bertugas tentang kes kami. Dia kata patient sedikit stabil dan boleh further suturing procedure di bilik oncall dental sahaja tak perlu di redzone. Saya mengangguk paham dan terus ke bilik oncall dan menyediakan barang2 untuk procedure.5 minit kemudian Dr Sofea smpai dengan wajah baru bgn tidonya. Tapi kelihatan manis berpakaian kemeja lengan panjang kotak2 dan bertudung sekadar lilit di leher je. Tenungan saya terhenti apabila patient tiba dalam bilik oncall.Patient dalam keadaan mamai. Saya agak kurang arif dgn geografi hospital ni. Dr Sofea pula minta suction utk suck darah pada pesakit jadinya terpaksa juga saya ke bilik compressor di belakang untuk On Compressor dan suction unit. Saya pon keluar dan mula berjalan. Bilik Oncall dental ni terletak di hujung sikit. Dan disebelah bilik kami ada satu bilik tapi masih tidak berlabel. Di depan bilik tersebut ada seorang pakcik kira2 berumur lingkungan 50an sedang termenung dan memeluk tubuh.
“mungkin pak guard ngantok la ni” bisik saya dalam hati.
saya pon cuba bermanis mulut dan memberi salam
“assalamualaikum encik”
pakcik tu pandang dan menjawab
“ermm...”
hekeleh dosa kot tak jwb salam..xpela mgkin dia ngantok sgt la tu..saya pon terus ke belakang menyelusuri kegelapan malam menuju ke bilik compressor yang terletak betol2 di belakang bilik oncall dan bilik pakcik guard sombong tu. Saya pasang suis compressor dan suction kemudian terus masuk semula untuk menyambung tugas. Ketika lalu di hadapan bilik td, pakcik tu dah tak ada. Saya tak fikir apa pon ketika itu sebab fikir nak siap keje awal dan balik sambung tido. Esok plak keje bukannya cuti. Saya balik dan tetiba je bila saya masuk bilik oncall saya tengok Dr Sofea mukanya sedikit cemas.
“kenapa lama sangat Syaf? saya takut huhuhu”
Dr Sofea bersuara..
“laaa takut apa nya Doctor?”Soal saya semula pada Dr Sofea
“tadi patient ni meracau cakap eeee makcik muka buruk pergi kau pergi jangan ganggu aku”
“laa bukan dia dah kena suntik ubat tahan sakit ke doc? dia mamai la tu..abaikan dctr jom kita buat keje cepat2 bole balik” Aku cuba untuk menghilangkan kegusaran walhal aku pon bole tahan meremang..Hero pasti kena kelihatan tenang selalu. Kemudian kami pon meneruskan procedure kami keatas pesakit. Ketika kami kerja saya dengar sayup2 di bilik sebelah kami bunyi macam orang bertukang. Kadang-kadang bunyi macam meja digegarkan. Boleh tahan kuat sampai saya tengok Dr Sofea pon terhenti kadang tu tatkala sedang menjahit luka pesakit. Seketika kemudian bunyi orang mengetuk dinding plak betol2 datangnya dari bilik sebelah. Ketika ini saya dan tak tahan. Saya cakap kt Dr Sofea untuk jahit cepat sikit sebab bunyi ni macam bukan biasa2. Berpeluh juga Dr Sofea masa tu walaupon dalam keadaan bilik berhawa dingin dan menggeletar tangannya. Bunyi-bunyian tu masih berbunyi dan kali ni berbunyi seperti barang berbentuk logam berlaga..Fuhh lega maknanya sebelah ni orang la kot. Bilik basuhan atau sterile instrument mungkin.
“haa tu dengar tu bilik suci hama la tu sebelah doc. Bunyi mcm alat2 logam sedang dibasuh tu..hahahah buat cuak je seram2 dari tadi kita ni doc” saya berkata-kata sambil ketawa kecil.
“hahaha tula tu..saya dah pikir macam2 tadi Syaf..Dah la pukul 2 pagi lebih dah ni.Staff lain pon brape kerat je ada ni.. Ok dah siap. Saya settlekan patient ni dgn MO jap.Syaf clear dlu eh dan jgn lupa tutup compressor semua ok? pesan Dr Sofea kepada aku.
Saya pon basuh tangan dan membersihkan segala peralatan kemudian saya keluar menuju ke bilik compressor. Ketika je saya melintasi bilik sebelah tetibe je saya terpandang satu mayat tertutup kain putih betol2 di depan bilik tersebut. Ada seorang Ma dan seorang PPK sedang menulis sesuatu. Saya cepat-cepat masuk bilik compressor dan tutup apa yang patut. Ketika balik melalui bilik tadi semula tetiba Ma yang sedang menulis terpandang saya dan dia menegur saya:
MA: tuan ada kes dental ke?
Syaf: Haah kes eksiden kt simpang 4 traffic light tu td la
MA: Haa ni pon sama la ni. Baru nak postmortem. Kes sama jgk kt traffic light tu tapi yang ni makcik yang naik motor satu lg tu.
Syaf: Erkk MA, ni bilik mayat ke?
MA: haa la buat masa ni ni bilik mayat sementara..kenapa ada dengar apa2 ke? hehehe
Syaf: Ada org ke dalam? bising dari tadi kami dgr macam2 bunyi tukang la bunyi benda gegar lah
MA: Mana ada orang sini. Ni baru kami dtg ni anta kes. Saya dok kt kaunter triage depan td. Tak kuasa saya dok sorang2 dalam ni. Tu bunyi peti mayat tu dah seminggu dah. Asek bergegar ja.. Biasalah Tuan kawasan Dia hehehe..
Setelah itu saya pon minta izin untuk balik dlu. Saya mendapatkan Dr Sofea di depan.
“Syaf..tq..jom mamak jap?” soal Dctr Sofea
“baik..boleh..” jawab saya pendek.
Kami pon minum dan makan seketika di kedai mamak 24 jam. Banyak perkara yang dibualkan termasuklah apa yang berlaku tadi. So barulah Dr Sofea tahu bilik apa sebenarnya di sebelah itu. Kami sepakat untuk amik EL esok memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi dan kami masih belom puas bersembang...
Dr Sofea: Syaf, tq ya teman saya..
Syaf: sama2..takde apelah,itu kan mmg giliran saya minggu ni oncall dengan Dr
Dr Sofea: betollah tp tetap saya nak ucapkan terima kasih.
Syaf: baik sama2 Dctr..Doctor..
Dr Sofea: Call me Sofea or fya..
Syaf: Oh ok Sofea..Sofea nampak cantik pakai kemeja dan tudung santai macam ni..
Dr Sofea: ehh yeke..ke Syaf perli saya ni? hehe apa2 pon tq..
Syaf: sama2..Saya suka tengok Sofea..Tapi tula enggang mana bole terbang bersama pipit
Dr Sofea: kenapa tidak cuba dlu terbang bersama?
Syaf: ..........(tersenyum sipu)
Dr Sofea:........(tersenyum malu)
Sekarang Dr Sofea merupakan pakar bedah mulut di salah sebuah hospital swasta terkemuka negara. Mempunyai Dua orang anak yang comel dan suami botak tengah yang tak hensem.. Konon kenapa tidak cuba terbang bersama...puuihhh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan